Giliran Abby Abadi, Zul pula disaman!

Pada: Jumaat, 5 Mac 2010
Jika awal minggu lalu, berita pelakon komedi filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie (LPSdM), Nabil khabarnya akan disaman kerana melanggar kontrak produksi itu, SDAF Pictures Sdn Bhd. Kelmarin (4/3) pula, penerbit telefilem Paku Di Dinding Hati, Nor Faiz Ahmad Helimi mengesahkan aktres Abby Abadi dan kekasihnya, Zul Ariffin juga telah disaman oleh produksinya, Aficionado Media Sdn Bhd.

Abby dan Zul didakwa telah melanggar kontrak setelah menarik diri dari meneruskan penggambaran drama itu pada Mac tahun lalu kerana pihak produksi telah menjatuhkan air muka mereka. Lantaran daripada itu, pada April tahun lalu, Nor Faiz telah menyaman kedua-dua pelakon itu.

Sementara itu, Abby yang sedang sibuk dengan penggambaran berasa bengang dan marah apabila ditanya berhubung kes saman itu. Abby mempertahankan dirinya kerana mendakwa tidak bersalah dalam hal itu sebaliknya menyalahkan pihak produksi.

Turut terdengar sumber yang mengatakan Abby telah menerima bayaran dan hanya melunaskan separuh saja dari penggambaran telefilem itu. Namun Abby menafikan dakwaan itu dengan menjawab dia langsung tidak menerima apa-apa bayaran. Pelakon drama Gerak Khas itu juga mendakwa penerbit itu telah memburukkan dirinya. -mStar

Tag : , , ,