Zizie: Bung Manis bak Madu Lebah

Pada: Jumaat, 12 Februari 2010
Perkahwinan di antara ahli parlimen, Datuk Bung Mokhtar Radin dengan aktres Zizie Izette bukanlah menjadi satu rahsia lagi. Seluruh masyarakat Malaysia telah pun mengetahui bahawa pasangan ini telah pun berkahwin secara senyap-senyap pada penghujung tahun lalu. Namun, masih ramai yang tertanya-tanya mengapa dan bagaimana Zizie memilih Bung Mokhtar sebagai jodohnya. Ini Jawapannya..

"Kalau hendak cerita pasal paras rupa, memang dia tiada apa-apa. Yalah, dia bukannya tergolong dalam kategori lelaki yang kacak atau handsome. Tapi, bila sudah mengenali hati budinya itu, barulah saya mengetahui bahawa dia mempunyai banyak kualiti sebagai seorang lelaki yang sebenar.
"Selain berpendirian tegas, dia tahu apa yang dia inginkan, bijak, berani serta penuh dengan idea. Saya bangga dengan kualiti yang dimilikinya itu dan walaupun dia tidak kacak tetapi saya lihat dia punya manisnya yang tersendiri," kata Zizie.

Tag : , , ,