Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Tidak hadir ketika Bung di operasi, Zizie dicop tidak bertanggungjawab..

Jumaat, 26 Februari 2016


Tidak Hadir Pembedahan Bung Moktar, Zizie Ezette Didakwa Tidak Bertanggungjawab
Zizie Ezette dan anak angkat perempuaan yang diberi gelaran Baby J.

YB Datuk Bung Mokhtar yang merupakan suami kepada pelakon Zizie Ezette telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini bagi menerima rawatan pemindahan buah pinggang di Pusat Perubatan Prince Court.

Ekoran hal itu, melalui laman Instagram, ada sesetengah pihak mendakwa Zizie tidak menjaga suaminya dan tidak bertanggungjawab kerana tidak hadir ke hospital di ibu negara tersebut.

Zizie temankan suami, Bung jalani pembedahan (8 gambar)

Isnin, 2 November 2015

Baru-baru ini Zizie Izette bersama-sama terbang ke Nanning, China untuk menemani suaminya, Datuk Bung Mokhtar Radin yang menjalani pemeriksaan dan pembedahan di sana. Namun, maklumat lanjut pembedahan masih belum dikongsi.

Jika dilihat tiada sebarang kemaskini berkaitan pembedahan suaminya, mungkin Zizie hanya memaklumkan perkara tersebut kepada keluarga dan rakan rapat sahaja. Walau apapun, semoga Bung Mokhtar cepat pulih.

Zizie dedah perangai sebenar suaminya..

Ahad, 19 April 2015


 Kebahagiaan dikecapi pelakon, Zizie Ezette sejak bergelar isteri kepada ahli parlimen Kinabatangan, Dato’ Bung Mokhtar terserlah menerusi gambar-gambar Zizie di laman Instgram (IG) milik Zizie.

Antara ‘pengikat kasih’ mereka adalah permainan maya, Candy Crush yang digilai oleh Bung Mokhtar hmmm.

Bung Mokhtar saran Astro di tutup sebab..

Jumaat, 21 November 2014

Astro ni memang dah melampau. Kita bayar tiap bulan bukan nak lihat iklan di setiap ruangan slot rancangannya tapi nak tonton hak penuh tanpa sebarang gangguan.

Kalau nak beriklan, p buat jadi macam RTM, Media Prima atau al Hijrah. Kalau yang 3 stesen tv ni, beriklan sampai berminit-minit pun tak pe kan, ramai yang boleh terima lagi, sebab bulan-bulan rakyat tengok tv percuma.

Suami kepada Zizie Ezatte, Datuk Bung Mokhtar baru-baru ini ada menyuarakan pendapatnya yang mewakili kesemua pelanggan Astro di Parlimen dengan menyatakan pendirian yang sama mengenai jumlah iklan di Astro yang melampau.

Bung juga menyuarakan dan menyarankan agar syarikat Astro ini di tutup kerana 'menindas' pelanggannya. Lantas hujah Bung dipintas oleh Timbalan Speaker, Ismail Mohamad Said yang membalas jawapan kepada Bung dimana tidak risau kalau isteri di 'banned' oleh pihak Astro.

Soal 'banned' tak jadi masalah, yang penting TIADA LAGI IKLAN. Admin harap TM (Telekom Malaysia) boleh jadi pesaing yang boleh mengatasi masalah ini ditambah dengan slogan mereka, 'TIADA Masalah Gangguan Cuaca'. Kikiki..

Tiada anak, Kucing sebagai penganti - Zizie Ezzete

Khamis, 22 Mei 2014

Setelah 4 tahun lebih menjadi isteri kepada Datuk Bung Mokhtar Radin, Zizie Ezette kini lebih selesa dan bahagia dengan kehidupannya walaupun tidak lagi kita nampak dia berada di dunia seni.

Pun begitu dalam kebahagiannya itu, anak yang menjadi idaman mereka belum lagi dimiliki. Pun begitu, walaupun tiadak anak lagi, namun Zizie mencurahkan kasih sayangnya sementara itu kepada seekor kucing yang bernama Puteri.

Kucing terbuang itu dijumpainya dalam keadaan fizikalnya yang hampir buta.

Gambar Zizie Ezzete, suami Bercuti

Isnin, 3 Februari 2014

Rasanya dah lama tak melihat kelibat Zizie Ezette dalam dunia anak seni, mungkin dah bersara kot. Tapi itu lah kalau dah jadi isteri DUN, memang duduk rumah pun boleh bahagia juga. Hehe

Terbaru, dia dan suaminya, Datuk Bung Mokhtar telah pergi bercuti ke berapa buah negara di Barat terutatamanya di Amsterdam (Belanda), Mexico dan Los Angeles (Amerika Syarikat).

Gambar Ulang Tahun ke-4, Zizie dan Bung

Selasa, 17 Disember 2013

Gambar ini adalah gambar ulang tahun ke-4 untuk pasangan Datin Zizie Ezette dengan suaminya, Datuk Bung Mokhtar Radin yang diadakan di sebuah lokasi yang menarik dan tidak diketahui. Turut hadir ibu Zizie dan juga rakan-rakan yang lain.

Panas! Bung Mokhtar Sudah Bosan Dengan Zizie?

Ahad, 4 Ogos 2013

Ha biar betik apa yang dilakukan oleh suami kepada pelakon, Zizie Ezette ni, Datuk Bung Mokhtar yang dikatakan sudah tidak menghiraukan lagi apa yang diinginkan oleh isteri, Zizie sendiri.

Bah kan setiap kali ambil gambar berdua, Zizie seolah-olah disisih oleh Bung. Sepertinya Bung amat fokus terhadap handphone miliknya.

Gambar Zizie Ezette Temankan Suami Pencalonan PRU13

Ahad, 21 April 2013

Semalam berlakunya hari penamaan calon bagi PRU-13 yang diadakan dikawansan Parlimen dan juga DUN masing-masing. Tidak ketinggalan isteri kepada Datuk Bung Mokhtar, Zizie Ezette yang turut menemani suaminya untuk pencalonan kawasan Parlimen P.187 Kinabatangan semalam.-gambar Instagram Zizie





Zizie Guna Twitter Suami Updates Status

Ahad, 7 Oktober 2012

Kemesraan suami isteri diantara Zizie Ezette dengan suaminya, Datuk Bung Mokhtar memang dikatakan masih lagi kukuh. Namun berita kehamilan Zizie belum lagi dapat di dengar, mungkin belum ada rezeki lagi nampaknya untuk mengandung anak kandung.

Berbalik kepada tajuk, Zizie menggunakan akaun Twitter milik suaminya untuk mengupdates status. Kalau melihat daripada status berkenaan, tidak mungkin Bung suka main teddy bear dan juga anak patung, barbie.


Menjadi lucu dan lawak jika itu diupdates oleh Bung sendiri, namun Bung menjelaskan itu semua angkara isterinya, Zizie yang mungkin terlupa untuk logout akaun Twitter suaminya..

Zizie Ezette kini bergelar Datin

Selasa, 22 November 2011

Bermula awal tahun ini, Zizie Ezette telah mula bergelar datin. Ini berikutan Datuk Bung Mokhtar Radin menceraikan isteri pertama beliau, Nor Asidah Alimuddin.

Untuk yang tidak tahu, gelaran datin hanya boleh digunakan oleh isteri pertama sahaja. Perceraian itu dikatakan berpunca sikap Bung dan Zizie yang melanggar perjanjian dulu.

“Khabarnya dulu, Bung dan Zizie berjanji pada Nor Asidah tidak akan meuwar-uwarkan berita perkahwinan mereka. Bekas isteri minta mereka kahwin senyap-senyap supaya tidak menimbulkan persoalan.

“Tapi, malangnya berita perkahwinan Bung dan Zizie dapat dihidu wartawan dan menjadi berita besar. Kebanyakan akhbar meletakan cerita perkahwinan mereka di muka depan. Jadi Bung dan Zizie dianggap melanggar janji,” lapor akhbar berkenaan.

abang Zizie Ezette bakal dipenjara, sebat

Rabu, 13 Julai 2011

Pernah lihat lakonan Samzy Fuzette tak? dia ni abang kepada Zizie Ezette isteri AP Kinabatangan. Terbaru mengenai keluarga artis ini, abang sulung Zizie bakal dikenakan penjara dan juga sebatan sebab dipercayai memiliki dadah. Dalam kes ini masih lagi ada keraguan kerana Samzy dakwa dia tidak memiliki dadah berkenaan. Mungkin saat ini keluarga besar Zizie sedang berkabung dan berdoa agar Samzy senantiasa sihat sejahtera.

Bekas pelakon, Samzy Fuzette A. Samad kekal menjalani hukuman penjara, selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, menolak rayuannya berhubung kesalahan memiliki syabu, enam tahun lalu.

Samzy pernah mencuba nasib dalam industri seni menerusi drama Cucu-Cucu Atuk dan Seri Istana. Pada Selasa, Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 30 bulan dan tiga sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Ampang, dekat sini, terhadap Samzy dan memerintahkan agar hukuman tersebut bermula pada hari ini.

Sebaik sahaja Mohtarudin membacakan penghakiman beliau, Samzy yang memakai baju kemeja berwarna putih dan berseluar hitam dilihat menggelengkan-gelengkan kepala, manakala isterinya, Sarinah Mohammad, 32, yang berada di galeri awam mahkamah menangis teresak-esak.

Pada penghakimannya, Mohtarudin berkata, beliau menolak hujahan yang dikemukakan oleh peguam Samzy, Muhammad Faiz Fadzil bahawa terdapat kemungkinan bahawa dadah syabu itu diletakkan oleh orang lain termasuklah oleh anggota polis yang membuat serbuan atas maklumat orang awam.

Berhubung hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret Aida Mastura Mohamed Aman, Mohtarudin berkata hukuman tersebut adalah tidak terlalu tinggi dan bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan Samzy.

Hukuman tersebut dijatuhkan pada 30 November 2010 selepas Aida Mastura yang mendengar keterangan tujuh saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan mensabitkan Samzy bersalah atas pertuduhan yang dihadapi.

Samzy yang mempunyai tiga orang anak didakwa memiliki dadah itu pada pukul 3.30 petang, 11 April 2005 di rumah beralamat DG-W4, Kondominium Villa Ria, Taman Bukit Mulia, Jalan Mulia 1/5, Bukit Antarabangsa.

Dadah tersebut disimpan dalam 10 paket plastik lut sinar dan dijumpai dalam beg pinggang berwarna hitam dan di dalam beg tersebut terdapat dompet yang mengandungi kad pengenalan dan dokumen peribadi Samzy.

Semasa ditangkap, terdapat tujuh orang di dalam rumah tersebut dan Samzy didakwa sedang tidur di salah satu bilik bersama Nur Baizura Che Man, 29, yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan ketujuh. [via]

Zizie buka syarikat penerbitan filem sendiri

Isnin, 4 Oktober 2010

Selepas 10 bulan bergelar isteri kepada ahli Parlimen Kinabatangan, Zizie kini gembira dan berbahagia dengan kehidupan barunya. Cuma, dari segi karier kerjayanya, Zizie tidak lagi dibenarkan menerima watak-watak seksi atau penggoda, sebagai tanda menghormati suaminya itu. Sebab utama adalah terpaksa menemani suaminya ke majlis2 koprat dan rasmi, jadi segala tawaran lakonan pun ditolak, patutlah jarang dah Zizie berlakon kan.

Justeru itu, Zizie telah membuka syarikatnya sendiri iaitu yang dinamakan 2121 Vision Pictures, diamana Zizie akan menjadi penerbit drama/filem. Jadi, bagi sesiapa yang mempunyai skrip yang bagus, bolehlah hantar kepada Zizie dengan kadar segera, mana tahu skrip anda diterima oleh Zizie. katanya yang tidak sabar untuk menimang anak.

Rumah Terbuka Zizie, Datuk Bung

Sabtu, 25 September 2010

Pasangan paling romantis, Zizie Ezzette dan juga suaminya, Datuk Bung Mokhtar merupakan salah satu pasangan yang sempat membuat rumah terbuka Aidilfitri baru-baru ini yang kurang pasti dimana lokasinya (tidak dinyatakan oleh pengirim). Ibu kepada Zizie dan adik beradik kepada Zizie juga datang serta artis-artis lainnya. Pakaian mereka sepertinya tidak sedondon pulak, tapi masih mengekalkan warna hijau sebagai tema yang diikuti. Layan lah dulu gamba mereka ini. :)










Bung Mokhtar dan Zizie boleh beraya bersama

Jumaat, 13 Ogos 2010

Anggota Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin yang kelihatan sedih dan terharu akhirnya bebas dari hukuman penjara apabila Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada tarikh 11 Ogos bersetuju mengetepikan hukuman itu dan digantikan dengan denda RM1,000. Ketua Hakim Syarie Selangor Mukhyuddin Ibrahim berkata, denda maksimun dan bukannya hukuman penjara boleh dijatuhkan kerana kesalahan itu. Bagaimanapun jika gagal membayar denda itu, Bung Mokhtar boleh dipenjara selama enam bulan.

"Pengalaman itu telah mengajar saya. Saya akan terus berkhidmat kepada pengundi kawasan saya. Ini adalah hadiah Ramadhan untuk saya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada media yang bersama saya dan memberikan liputan,” katanya.
Zizie Izette pula berkata beliau bersyukur kerana kemelut itu sudah berakhir.

Zizie Ezette disahkan hamil?

Isnin, 5 Julai 2010

Dengar-dengar ada sebuah perkhabaran berita yang menarik daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa Zizie Ezette dah hamil/mengandung. Sungguh tidak disangka-sangka perkhabaran ini, memandangkan Zizie Ezette dan suaminya, Datuk Bung Mokhtar Radin sibuk turun naik mahkamah atas kes mengenai mereka berdua. Mereka berkahwin pada bulan Disember 2009 yang mana tidak diketahui tempat dan masa pernikahan mereka dan tidak dipersetujui oleh isteri pertama Datuk Bung untuk berpoligami. Apa-apa pun tahniah lah diatas berita yang bermakna dan gembira ini. Semoga anak yang dilahirkan itu putih melepak macam Zizie. :)

aksi Bung Mokhtar, Zizie gembira kes ditangguhkan lagi

Jumaat, 11 Jun 2010

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur yang sepatutnya membuat keputusan kelmarin mengenai permohonan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dan isteri keduanya, pelakon Zizie Izette A Samad supaya pernikahan mereka diterima dan didaftarkan oleh oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan tidak dapat berbuat demikian kerana kes itu ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

Permohonan tersebut adalah selari dengan seksyen 12(2) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303). Kelmarin sebelumnya (9/6), mahkamah menetapkan pada hari ini untuk keputusan permohonan pengesahan dan pendaftaran pernikahan antara Ahli Parlimen itu dengan Zizie yang berlangsung di sebuah banglo di Taman Melati, Selangor, Disember tahun lalu. Pada 19 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhkan hukuman penjara sebulan terhadap anggota parlimen itu kerana kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah pada akhir tahun lepas.

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu. Ekoran itu, Bung Mokhtar dibebaskan dengan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin sementara mendengar permohonan rayuan. -mStar

Kes Bung Mokhtar, Zizie ditangguhkan, ~selamat sekejap~

Jumaat, 21 Mei 2010

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur meluluskan permohonan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara selama sebulan ke atasnya sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selesai. Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad yang mengumumkan keputusan itu pada pukul 12.20 tengah hari mengarahkan pihak defendan mengemukakan notis rayuan kepada mahkamah dalam tempoh 14 hari mengikut Seksyen 138 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor 2003.

Bung Moktar atau nama sebenarnya Moktar Radin, 51, dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu proses rayuan selesai dilaksanakan. Bung dan Zizie turut dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara satu bulan jika gagal membayar denda tersebut hari ini atas tuduhan kedua iaitu bersubahat bagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk di bawah Seksyen 40 (2) Enakmen sama. -mStar

JAG desak suami Zizie, Bung Mukhtar letak jawatan!

Rabu, 19 Mei 2010

Sekumpulan 15 wanita mewakili Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) berkumpul di hadapan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur bagi mendesak Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar meletakkan jawatannya itu kerana telah memberi contoh yang buruk kepada masyarakat. Dalam bantahan secara aman itu, mereka berkata bahawa Bung telah menunjukkan teladan yang buruk dan menuntut agar beliau meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen.

Bung dan isteri keduanya aktres Zizie Izette A Samad mengaku bersalah pada 20 April lalu kerana melakukan poligami tanpa persetujuan mahkamah. Pasangan tersebut telah diikat jamin sebanyak RM500 setiap seorang dengan seorang penjamin. Lima lelaki yang terlibat termasuk tiga adik- beradik Zizie yang juga mengaku bersalah di mahkamah yang sama kerana bersubahat. Zizie dan Bung berkahwin pada 16 Disember tahun lalu di Tman Melati.

Bung Mokhtar, Zizie mengaku bersalah poligami tanpa izin

Rabu, 21 April 2010

“KES ini (poligami tanpa izin) terlalu peribadi. Jadi, biarkan pihak mahkamah tentukan pada 18 Mei ini,” kata aktres Zizie Izette berhubung perkahwinannya dengan Datuk Bung Moktar Radin yang didakwa atas kesalahan berpoligami tanpa izin. Isteri kedua kepada ahli Parlimen Kinabatangan itu bagaimanapun menegaskan perkahwinan mereka yang berlangsung di rumah saudara mereka di Cemerlang Height, Kuala Lumpur pada 16 Disember tahun lalu sah mengikut hukum syarak.

“Pernikahan kami sah mengikut hukum Allah dan syarak, ada wali dan saksi. Cuma kami bernikah tanpa izin dan menyalahi undang-undang syariah Malaysia. Bagaimanapun, kami tidak perlu mempertikaikan tentang pernikahan ini kerana ia terikat dengan kuasa undang-undang. Kita tunggu sahaja keputusannya pada 18 Mei ini dan lihat apa yang akan berlaku selepas itu,” ujar Zizie.
Bung Moktar dan Zizie telah dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (20/4) untuk menghadapi dakwaan berpoligami tanpa kebenaran. Kedua-duanya mengaku bersalah. Hakim menetapkan 18 Mei depan untuk menjatuhkan hukuman. Bagi Zizie, biarlah dia simpan sahaja cerita tentang mengapa perkara itu berlaku kerana tidak elok untuk menceritakan tentang kisah peribadi mereka ibarat membuka pekung di dada. -mStar