Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Zizie Ezzete akhirnya hamil, yang lebih mengejutkan...

Isnin, 24 Julai 2017

Akhirnya setelah penantian sejak 2009 berkahwin dengan Datuk Bung Mokhtar Radin, Zizie Ezette akhirnya hamil anak sulung. Paling mengembirakan kandungannya yang berusia 4 bulan itu merupakan anak kembar

Berita gembira ini dikongsi Zizie melalui Instagram miliknya semalam.
"Alhamdulillah, sekian lama menunggu, saya dikurniakan dua cahaya mata sekali gus.

"Doakan semoga kandungan ini selamat dan bayi berada dalam keadaan sihat.

"Sebenarnya kami ingin merahsiakannya sehingga memasuki trimester kedua, namun saya tidak dapat mengelak pasti sudah ramai dapat menghidu berita ini," luahnya


Sekitar Hari Raya Zizie Ezette (13 gambar)

Jumaat, 15 Julai 2016

Percutian Zizie Ezette ke Osaka, Japan (21 gambar)

Isnin, 25 April 2016

Tidak hadir ketika Bung di operasi, Zizie dicop tidak bertanggungjawab..

Jumaat, 26 Februari 2016


Tidak Hadir Pembedahan Bung Moktar, Zizie Ezette Didakwa Tidak Bertanggungjawab
Zizie Ezette dan anak angkat perempuaan yang diberi gelaran Baby J.

YB Datuk Bung Mokhtar yang merupakan suami kepada pelakon Zizie Ezette telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini bagi menerima rawatan pemindahan buah pinggang di Pusat Perubatan Prince Court.

Ekoran hal itu, melalui laman Instagram, ada sesetengah pihak mendakwa Zizie tidak menjaga suaminya dan tidak bertanggungjawab kerana tidak hadir ke hospital di ibu negara tersebut.

Zizie temankan suami, Bung jalani pembedahan (8 gambar)

Isnin, 2 November 2015

Baru-baru ini Zizie Izette bersama-sama terbang ke Nanning, China untuk menemani suaminya, Datuk Bung Mokhtar Radin yang menjalani pemeriksaan dan pembedahan di sana. Namun, maklumat lanjut pembedahan masih belum dikongsi.

Jika dilihat tiada sebarang kemaskini berkaitan pembedahan suaminya, mungkin Zizie hanya memaklumkan perkara tersebut kepada keluarga dan rakan rapat sahaja. Walau apapun, semoga Bung Mokhtar cepat pulih.

Zizie Izette kini dah bertudung penuh (13 gambar)

Ahad, 2 Ogos 2015

Sejak mendapat anak angkat dan pulang dari menunaikan ibadah Umrah baru-baru ini, Zizie Izette telah berubah. Berubah dari segi penampilannya iaitu kini dia kekal bertudung. Alhamdulillah semoga hidupnya lebih diberkati selepas ini.

Betty Benafe, suami tunai umrah buat pertama kali (4 gambar)

Jumaat, 31 Julai 2015


Dalam tak disangka, Betty Benafe telah pergi buat pertama kalinya ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah pada bulan Ramadan yang lalu dengan suaminya. Turut kelihatan bersama mereka ketika itu adalah pasangan suami isteri, Zizie Ezette dan Datuk Bung Mokhtar.

Siapa baby perempuan dengan Zizie Ezzete ni? (2 gambar)

Jumaat, 24 Julai 2015

Walaupun sudah berkahwin bertahun-tahun, pasangan, Datuk Bung Mokhtar dengan Zizie Ezzete belum dikurniakan cahaya mata.

Namun baru-baru ini, mereka mengambil ikthiar untuk menjaga anak angkat perempuan yang diberikan gelaran Baby J.

Dengan kehadiran anak ini, maka hidup pasangan ini akan lebih bahagia dengan ditemani oleh anak yang comel.

Zizie Izette dan Bung tunai umrah (9 gambar)

Jumaat, 10 Julai 2015

Zizie Izette dan suaminya, Datuk Bung Mokhtar Raden yang juga ahli parlimen Kinabatangan telah berkesempatan untuk menunaikan ibadah umrah baru-baru ini.

Zizie dedah perangai sebenar suaminya..

Ahad, 19 April 2015


 Kebahagiaan dikecapi pelakon, Zizie Ezette sejak bergelar isteri kepada ahli parlimen Kinabatangan, Dato’ Bung Mokhtar terserlah menerusi gambar-gambar Zizie di laman Instgram (IG) milik Zizie.

Antara ‘pengikat kasih’ mereka adalah permainan maya, Candy Crush yang digilai oleh Bung Mokhtar hmmm.

Bung Mokhtar saran Astro di tutup sebab..

Jumaat, 21 November 2014

Astro ni memang dah melampau. Kita bayar tiap bulan bukan nak lihat iklan di setiap ruangan slot rancangannya tapi nak tonton hak penuh tanpa sebarang gangguan.

Kalau nak beriklan, p buat jadi macam RTM, Media Prima atau al Hijrah. Kalau yang 3 stesen tv ni, beriklan sampai berminit-minit pun tak pe kan, ramai yang boleh terima lagi, sebab bulan-bulan rakyat tengok tv percuma.

Suami kepada Zizie Ezatte, Datuk Bung Mokhtar baru-baru ini ada menyuarakan pendapatnya yang mewakili kesemua pelanggan Astro di Parlimen dengan menyatakan pendirian yang sama mengenai jumlah iklan di Astro yang melampau.

Bung juga menyuarakan dan menyarankan agar syarikat Astro ini di tutup kerana 'menindas' pelanggannya. Lantas hujah Bung dipintas oleh Timbalan Speaker, Ismail Mohamad Said yang membalas jawapan kepada Bung dimana tidak risau kalau isteri di 'banned' oleh pihak Astro.

Soal 'banned' tak jadi masalah, yang penting TIADA LAGI IKLAN. Admin harap TM (Telekom Malaysia) boleh jadi pesaing yang boleh mengatasi masalah ini ditambah dengan slogan mereka, 'TIADA Masalah Gangguan Cuaca'. Kikiki..

Gambar Raya Zizie Ezette 2014 (9 Gambar)

Isnin, 4 Ogos 2014

Mari layan gambar Hari Raya AidilFitri selebriti bernama Zizie Ezette, suaminya, Datuk Bung Mokhtar serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Tiada anak, Kucing sebagai penganti - Zizie Ezzete

Khamis, 22 Mei 2014

Setelah 4 tahun lebih menjadi isteri kepada Datuk Bung Mokhtar Radin, Zizie Ezette kini lebih selesa dan bahagia dengan kehidupannya walaupun tidak lagi kita nampak dia berada di dunia seni.

Pun begitu dalam kebahagiannya itu, anak yang menjadi idaman mereka belum lagi dimiliki. Pun begitu, walaupun tiadak anak lagi, namun Zizie mencurahkan kasih sayangnya sementara itu kepada seekor kucing yang bernama Puteri.

Kucing terbuang itu dijumpainya dalam keadaan fizikalnya yang hampir buta.

Gambar Shaheizy Sam bercuti di Bali

Rabu, 23 April 2014

Baru-baru ini Shaheizy Sam pergi bercuti ke pulau peranginan terkenal di Indonesia, pulau Bali. Pemergian Shaheizy ke sana bukan seorang-seorang tapi dengan kekasih dan juga ahli keluarganya.

Dengarnya kekasihnya itu bernama Najwa, Najwa satu masa dahulu adalah kekasih kepada Shaheizy dan putus di tengah jalan, tapi rasanya mereka dah ber'couple' semula.

Turut kelihatan Khaty Fauziah dan juga Zizie Ezette.

Gambar Zizie Ezzete, suami Bercuti

Isnin, 3 Februari 2014

Rasanya dah lama tak melihat kelibat Zizie Ezette dalam dunia anak seni, mungkin dah bersara kot. Tapi itu lah kalau dah jadi isteri DUN, memang duduk rumah pun boleh bahagia juga. Hehe

Terbaru, dia dan suaminya, Datuk Bung Mokhtar telah pergi bercuti ke berapa buah negara di Barat terutatamanya di Amsterdam (Belanda), Mexico dan Los Angeles (Amerika Syarikat).

Gambar Ulang Tahun ke-4, Zizie dan Bung

Selasa, 17 Disember 2013

Gambar ini adalah gambar ulang tahun ke-4 untuk pasangan Datin Zizie Ezette dengan suaminya, Datuk Bung Mokhtar Radin yang diadakan di sebuah lokasi yang menarik dan tidak diketahui. Turut hadir ibu Zizie dan juga rakan-rakan yang lain.

Gambar Baby Shower oleh Rabecca Nur Islam

Selasa, 10 September 2013

Tak dipastikan samada acara yang dipanggil 'baby shower' ni diharuskan oleh Islam atau tidak. Namun mungkin pandangan orang selalunya berbeza-beza dengan logik akal fikiran.

Rebecca Nur Islam dikatakan membuat acara 'baby shower' baru-baru ini bersempena untuk menyambut kelahiran bayi anak ke-2 nya yang difahamkan akan bersalin tidak lama lagi.

Panas! Bung Mokhtar Sudah Bosan Dengan Zizie?

Ahad, 4 Ogos 2013

Ha biar betik apa yang dilakukan oleh suami kepada pelakon, Zizie Ezette ni, Datuk Bung Mokhtar yang dikatakan sudah tidak menghiraukan lagi apa yang diinginkan oleh isteri, Zizie sendiri.

Bah kan setiap kali ambil gambar berdua, Zizie seolah-olah disisih oleh Bung. Sepertinya Bung amat fokus terhadap handphone miliknya.

Shaheizy Sam Buka Kafe @ Restoran

Isnin, 22 April 2013

Wah pelakon dan penyanyi Shaheizy Sam dikhabarkan buat pertama kali telah membuka sebuah kafe aka restoran kedai makan. Langkah ini bukanlah biasa sebagai seorang selebriti yang mahu beralih arah sampingan dengan perniagaan, ramai juga artis yang berbuat demikian dengan wang mereka sendiri.

Menurut portal Utusan semalam, nama kafe nya itu adalah Best Time Family Cafe & Grill yang terletak di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Hasil usaha 'partner' diantara ahli keluarganya.
"Saya sebenarnya sudah lama berminat untuk membuka sebuah kedai makan dan akhirnya impian itu tercapai juga. Kedai ini saya buka bersama dengan kakak, Zizie Ezette dan seorang ibu saudara kami.

"Menu di sini ada macam-macam termasuk makanan tempatan tetapi istimewanya ialah masakan grill yang merupakan resipi saya sendiri," -Sam

Gambar Zizie Ezette Temankan Suami Pencalonan PRU13

Ahad, 21 April 2013

Semalam berlakunya hari penamaan calon bagi PRU-13 yang diadakan dikawansan Parlimen dan juga DUN masing-masing. Tidak ketinggalan isteri kepada Datuk Bung Mokhtar, Zizie Ezette yang turut menemani suaminya untuk pencalonan kawasan Parlimen P.187 Kinabatangan semalam.-gambar Instagram Zizie