Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Natasha Elyzza tayang buah 'apple', Fathia Latiff juga sama? (video)

Sabtu, 16 September 2017

Sebuah video rakaman pelakon baru Natasha Elyzza bersama seorang wanita mirip aktres Fathia Latiff sedang hangat diperkatakan di laman sosial.

Video yang dirakamkan menggunakan aplikasi Bigo Live menunjukkan Natasha dan wanita persis Fathia itu sedang menari dan berpakaian agak seksi sehingga menampakkan sebahagian buah dada.

Mengakui kesalahan tersebut, Natasha memohon maaf kepada semua pihak.

"Saya akui itu saya. Salah saya kerana menari dan berpenampilan seksi di dalam video itu. Ketika kejadian tersebut, saya sedang berada di sebuah villa persendirian bersama kawan-kawan wanita.

"Saya memakai baju yang agak seksi kerana saya mahu mandi di kolam renang. Salah saya sendiri kerana sebelum saya ke kolam renang, saya sempat membuka aplikasi Bigo Live.

"Silap saya, saya terlupa nak memakai baju yang lebih elok sebelum membuka aplikasi tersebut. Saya sangat kesal dengan perbuatan itu," kata Natasha kepada Astro Gempak.

Tambah Natasha, dia juga menafikan wanita tersebut merupakan Fathia, seperti yang didakwa oleh netizen.

"Wanita itu bukan Fathia, dia kawan saya, wajahnya mirip Fathia. Saya minta maaf dan akan menjadikan perkara ini sebagai pengajaran. Saya berjanji tidak akan mengulagi kesilapan saya," katanya lagi.

Daler Yusuf pegang 'apple' Nelydia Senrose (video)

Ahad, 2 Julai 2017

Akibat terpegang aset buah 'apple' Nelydia Senrose, Daler Yusof dikecam kerana lakonannya yang spontan/tidak sengaja itu di dalam drama Encik Suami Mat Slaih Celup yang disiarkan di TV3.

Berikut adalah kecaman daripada nitizen.

Apa yang tak kena dengan gambar ini eh?

Jumaat, 16 Jun 2017


Neelofa dan Fattah Amin bergambar bersama di suatu majlis, nak tahu apa yang tak kena dengan gambar diatas ni? baca komen di bawah ini..

DADA JE BESAR! - Shah Iskandar cakap kat Uqasha Senrose (video)

Selasa, 14 Mac 2017

Sebenarnya dorang buat lakonan je ni untuk promosi drama mereka, tapi sampai Shah Iskandar terlepas cakap di babak akhir video. Dipercayai ini adalah spontan. Apa reaksi Uqasha selepas itu eh?

Seksinya Izara Aishah di Meletop Era (5 gambar)

Khamis, 3 Mac 2016




Izara Aishah tampil di Anugerah MeleTOP Era dengan penampilan yang seksi. Berbaju merah, dengan bunga-bunga yang menutupi bahagian dadanya, beliau kelihatan begitu jelita.

Seperti biasa, netizen dan peminat akan terus berbalah dengan pemakaian artis kesayangang mereka di media sosial.

Nor Albaniah berani berbikini seksi.. (7 gambar)

Rabu, 29 Julai 2015

Pelakon Cinta Ibadah, Nor Albaniah yang juga pelakon paling top pada era 90-an membuat kejutan apabila berani mempamerkan aksi berbikini ketika beriadah di tepi pantai tidak diketahui.

Dia menerima banyak kecaman memandangkan aksinya itu tidak sesuai untuk usianya yang kini dah lanjut.

Isu berpakaian seksi Diana Danielle, ini komen Farid Kamil..

Selasa, 14 April 2015

Suami Diana Danielle, Farid Kamil kini tampil untuk mengakui agak terkilan dengan apa yang terjadi kepada isterinya itu akibat daripada babak seksinya dalam beberapa buah majalah antarabangsa yang sudah beredar beberapa minggu lalu.

Sebagai suami, rasanya ramai yang menyalahkan Farid dalam hal ini kerana gagal membimbing isterinya itu. Buat Farid tanggungjawab sebenar berada di bawah pihak pengurusannya iaitu Prokuya Studio yang dimiliki oleh adiknya Fadzil Zahari.
"Saya tidak mahu komen tentang perkara itu kerana ia adalah hal peribadi kami, cukuplah saya katakan bahawa saya terkilan dengan kontroversi tersebut.

"Perkara ini seharusnya dijawab oleh pihak pengurusan dia kerana ia adalah di bawah tanggungjawab pengurusan itu,"

"Perkara ini sangat tidak dijangka dan bagi saya dalam perjalanan seseorang untuk menjadi legenda banyak cabaran dan ujian yang harus dilalui," Farid petikan portal mStar

Zed Zaidi akui sokong Diana Danielle untuk sebab...

Khamis, 12 Mac 2015


Zed Zaidi Respon Isu Seksi Diana Danielle
Presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi tampil mengomen isu yang timbul berkaitan Diana Danielle memakai pakaian bra untuk sebuah majalah, bagi Zed, setiap artis perlu lebih bijak berfikir dan tidak memperbodohkan diri sendiri dalam melakukan apa saja tindakan kerana secara tidak langsung ia boleh memberi kesan buruk terhadap industri seni tempatan.
“Kita sebagai artis janganlah sewenang-wenangnya biarkan diri diperalat oleh mana-mana pihak. Apa saja job yang ditawarkan, itu rezeki masing-masing tetapi hati-hati.

“Artis juga seharusnya kaji terlebih dulu. Misalnya kalau dituntut untuk melakukan sesuatu, artis harus tahu atas dasar apa dia perlu lakukan perkara itu?

“Kadang-kadang artis itu sendiri mungkin tidak tahu agenda di sebalik perkara yang mereka perlu lakukan. Persatuan ada sediakan khidmat kaunseling dan mereka boleh rujuk sama ada wajar atau tidak mereka menerima job tersebut.

“Artis itu juga perlu fikir secara rasional, kalau sesuatu perkara itu tidak baik, janganlah buat. Kalau dia tahu yang dia pakai itu seksi dan sensitif, janganlah pakai.

“Sebab kalau ianya boleh memberi kesan negatif apatah lagi melibatkan sensitiviti masyarakat secara tidak langsung ia juga memberi implikasi tidak baik pada industri seni,”

“Tentang apa yang sudah sudah terlepas itu, kita maafkanlah dia (Diana).

“Tapi saya bersetuju dan sokong tindakan dia berdiam diri dan tidak bagi komen apa-apa sebab begini, cakap salah tak cakap pun salah.

“Kalau dia memberi penjelasan mungkin kenyataannya itu nanti akan dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab dan keadaan jadi lebih buruk.

“Jadi, eloklah dia senyap dan biarlah perkara ini sejuk sendiri nanti,” -Zed

Komen Diana Danielle isu pakai bra..

Rabu, 11 Mac 2015

Diana Danielle yang baru-baru ini membuat penampilan berani mati dengan memaparkan tayangan dada nya di dalam sebuah majalah.

Namun ramai yang terkilan, Diana sepertinya enggan mengambil berat atas tindakannya itu. Diana hanya memaparkan beberapa perkataan di dalam laman sosial instagram miliknya untuk menjelaskan apa yang terjadi.

Seksi juga Salwa Razak ni (3 gambar)

Khamis, 11 Disember 2014

Baru terperasan yang penampilan Salwa Razak penyanyi yang mendendangkan lagu Ahmad di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-21 yang lalu, cukup seksi dengan menampakkan sebahagian asetnya.

Uish ni dah kira berani dah ni kalau dah berpakaian dedah ini itu.

Apa yang tak kena dengan gambar Izara Aishah ni? (4 gambar)

Rabu, 10 Disember 2014

Pelakon cantik, Izara Aishah telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-22 di Pavilion Center Court baru-baru ini. Namun jangan hairan kenapa ada tanda anak panah hitam itu, mungkin ianya jahitan semata-mata.

Tiada orang nak tayangkan asetnya percuma-percuma okey kalau sudah popular. Kan. -gambar Forum Cari.

Peminat cacat otak! -Rita Rudaini

Selasa, 9 Disember 2014

Rita Rudaini baru-baru ini telah menjadi perbualan hangat dan komen negatif di laman sosial oleh segelintir pihak dimana terjadi salah faham yang kononnya dia bakal menyertai satu karnival memperagakan buah dada.
"Saya biarkan saja malas nak layan. Orang-orang yang bercakap macam ini adalah golongan cacat otak. Jenis macam itu saja yang akan cakap benda bukan-bukan pada orang lain."

"Mula-mula saya pun pelik kenapa pengikut ini komen benda bukan-bukan kononnya ada yang tak sabar nak tengok saya tayang dada di sebuah karnival.

"Nak tergelak pun ada pada awalnya. Apalah yang mereka merepek takkanlah ada acara macam itu. Apatah lagi saya dan Intan (Ladyana) pula yang dikatakan bakal tayang dada kami di karnival itu," katanya lapor Hmetro.

Nora Danish pakai baju nampak tali bra, peminat mula.....

Khamis, 27 November 2014

Cukup sadis sungguh pengomen-pengomen tegar kaki laman sosial ni, kadang kala perkataan yang dilemparkan cukup tiada garis panduan yang boleh diikuti, main hantam sahaja ikut suka badan.

Begitulah yang berlaku ke atas Nora Danish, apabila foto yang begitu seksi dengan memakai singlet sahaja yang sekaligus menampakkan tali branya yang berwarna hitam telah banyak dikomen oleh peminatnya/follower.

Korang bacalah komen kat bawah ni tapi yang ni berunsur nasihat sudah, menyebelahi Nora.. Ada komen tu, sampai nak sarankan Nora berbogel dah alang-alang pakai macam ni.. kuh kuh..

Seksi ketat giler pakaian Nora Danish (5 gambar)

Khamis, 13 November 2014

Pakai baju ketat atau mengancam maka siap sedialah pekena komen-komen negatif, Islamik dan lucah. Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Nora Danish apabila penampilannya memperagakan fesyen buatan Rizman Ruzaini untuk sebuah pelancaran produk kesihatan baru-baru ini.

Pakaiannya kalau tidak silap agak menjolok mata dan sesiapa yang terpandang pasti juling mata. keke. Nora seperti biasa enggan ulas lanjut mengenai komen-komen terhadap gambar berkenaan. -Gambar Murai

Seksinya artis ni di ASK 2014.. (4 gambar)

Ahad, 9 November 2014


Walaupun acara sudah berakhir beberapa hari yang lalu, namun ada beberapa kejutan fesyen yang diperagakan oleh selebriti yang hadir di Anugerah Skrin 2014 kali ini.

Agaknya ini diantara yang mengancam dan seksi sekali. Menampakkan aset aka buah dada yang sememangnya jauh daripada adat ketimuran.

Korang tengoklah sendiri selebriti ni.. -gambar RotiKaya

Gambar censored aset Ziela Jalil

Khamis, 18 September 2014

Memetik sebuah bloh hiburan, ada menyatakan yang pelakon, Ziela Jalil ada memuat beberapa keping gambar yang menjadi bahan pertanyaan di laman sosial miliknya.

Gambar censored di bahagian dada itu tidak dipastikan kenapa ianya berbuat demikian, walhal baju itu nampak elok dan menutupi aurat.

Tapi setelah dinilai semula, gambar diatas (censored) tadi sudah dipadam dan digantikan dengan yang dibawah ini.

Baju ketat Rabecca dikecam!

Rabu, 3 September 2014

Memang tidak menafikan fesyen Rebecca Nur al Islam kini bertudung, dan juga berpakaian sendat dan ketat. Banyak foto yang menampakkan dia berfesyen demikian.

Terbaru dia dikritik lagi gara-gara foto yang dimuatnaiknya baru-baru ini sehingga menampakkan bahagian agak pribadi dan berlegging.

Ramai beranggapan imej bertudung Rabecca tidak bersesuaian dengan fesyen yang dikenakan olehnya, bahkan ianya tidak mencerminkan pakaian muslimah sebenar.

Gambar Lana Nordin bersosial setelah umrah?

Selasa, 2 September 2014

Menerusi ruangan Forum Cari, agak terkejut apabila satu pendedahan yang memperlihatkan Lana Nordin yang dikatakan telah menghadiri sebuah 'majlis' yang tidak diketahui lokasinya, dengan tajuk 'Lana Nordin Selepas Pulang Umrah'.

Gambar yang diambil adalah milik laman sosial Stephani Liah iaitu kawan baik Lana Nordin. Melihat gambar di Instagram milik lananordin, gambar ini tidak ada, dan kesemuanya gambar yang boleh dikatakan agak sopan.

Mungkin gambar ini gambar lama kot sebelum mengerjakan Umrah (bersangka positif)

Ifa Raziah selamat buat pembedahan

Rabu, 9 Julai 2014

Alhamdulillah, itulah sahaja perkataan yang harus keluar di mulut kita apabila mendapat tahu Ifa Raziah selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketulan di payudaranya. Menurut portal Murai, ianya berpunca daripada jangkitan virus.

Ifa membuat pembedahan itu di Beverly Willshire Medical Centre semalam. Suaminya, Mohd Yani memberitahu yang isterinya itu dalam keadaan yang stabil selepas pembedahan selama 7 jam.

Semoga cepat sembuh dan boleh berpuasa serta menyambut Hari Raya nanti. :)
“Dia (Ifa) kini sudah berada dalam keadaan stabil cuma masih lagi tidak bermaya.Dia kini sedang menjalani beberapa rawatan susulan sebelum dibenarkan pulang tiga hingga empat hari lagi,”

“Dia memang amat takut untuk menjalani pembedahan ini, saya pun pelik kerana dia sebelum ini adalah seorang yang berani.

“Tapi syukur semuanya berjalan dengan lancar,” -Mohd Yani

Gambar seksi Fouziah Gous

Isnin, 26 Mei 2014

Bebrapa hari lalu, gempar apabila Fouziah Gous memuat naik gambar seksi dirinya dengan menampakkan buah dada dan juga skirt singkat di Instagram.

Namun Fouziah mengakui wajah berkenaan adalah dia, dan bentuk badan itu bukan dirinya.

Ini bermaksud ada seseorang yang membuat super impose terhadap Fouziah Gous. Fouziah sebenarnya sudah mengetahui gambar itu lama di dalam internet, namun dia saje nak muat naik gambar berkenaan untuk melihat reaksi orang lain di laman sosial miliknya.
“Perkara itu sudah lama tetapi saya baru sahaja menjumpai gambar berkenaan di internet. Jadi, tidak elok kalau saya sengaja tarik perhatian ramai dengan sekeping gambar itu.

“Apa yang saya boleh katakan, saya maafkan orang yang menggunakan muka saya dalam gambar tersebut. Saya tidak mahu ungkit apa-apa lagi.

“Tidak guna untuk saya marah sekarang. Saya muat naik gambar tersebut supaya orang tahu ada lagi insan yang sengaja menggunakan gambar kita sewenang-wenangnya untuk kepentingan diri. Jadi kita perlu berhati-hati. Gambar itu juga bukan saya," -Fouziah, petikan Utusan