Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Cucu Allahyarmah Datuk Sosilawati

Isnin, 27 Mei 2013


Setelah melangsungkan dengan suami pilihan hati, Khamarul Azlan pada November 2011 yang lalu, kini anak kepada penguasaha kosmetik terkenal, Allahyarmah Datuk Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana telah pun memiliki seorang zuriat. Tanpa kita disedari mungkin usia anak sulungnya itu belum lagi cukup setahun.



Gambar perkahwinan Erni Dekritawati Yuliana

Khamis, 8 Disember 2011

Anak kepada Allahyarmah, Datuk Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana akhirnya telah diijabkabulkan dengan pasangan hidupnya Khamarul Azlan yang dilangsungkan beberapa hari yang lalu. Mungkin kurang sedikit details mengenai perkahwinan ini, namun kita berharap Erni lebih tabah menghadapi dugaan hidup, dan kini sudah ada teman hidup. Tahniah diucapkan kepada Erni dan Khamarul Azlan

Gambar Erni Dekritawati Yuliana Buhari

Khamis, 28 Oktober 2010

Siapa Erni Dekritawati Yuliana Buhari? dia ini merupakan anak kepada arwah Datuk Sosilawati. Anaknya ini menjadi perhatian ramai, sebab dia lah pewaris perniagaan ibunda tercintanya dengan rasminya menjadi pengarah pada Jun lalu. Walaupun mati dibunuh kejam dan tidak berperikemanusian, tetapi kalau nak dilihatkan Erni ni seorang yang tabah dan sabar orangnya. Orangnya yang baru berusia 25 tahun ini telah pun menyertai puteri UMNO ketika persidangan Agung UMNO baru-baru ini. Dan yang paling 'suprise' Erni terus dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Biro Usahawan dan Pemantapan Ekonomi sayap berkenaan pada hari yang sama. Tahniah lah Erni, teruskan perjuangan parti politik Melayu itu, dan teruskan kehidupan mu tanpa ibu tercinta yang kembali ke sisiNYA.

Sosilawati dan 4 yang lain sah dibunuh, dibakar

Ahad, 12 September 2010

Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.

Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.
al Fatihah kepada arwah dan salam takziah kepada ahli keluarga arwah.

Berita mengenai kehilangan Sosilawati Lawiya

Selasa, 7 September 2010

Senarai panggilan telefon terakhir pengasas produk kosmetik Nouvelle Visages atau bekas isteri kepada penyanyi rock (Nash), Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dipercayai dapat membuka laluan penyiasatan berhubung kehilangan mereka sejak 30 Ogos lepas. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pihaknya sedang menunggu data tersebut dan yakin butiran lanjut mengenai kejadian itu akan terungkai sebaik sahaja perincian penggunaan telefon oleh keempat-empat mereka diteliti.

"Kita perlu siasat kesemua anggota keluarga yang terlibat. Setakat ini kita belum dapat apa-apa petunjuk lagi. Antara yang kita siasat adalah panggilan telefon (panggilan terima dan panggilan keluar) kesemua mangsa untuk siasatan lanjut,” kata Musa.
Musa berkata, setakat ini, hanya satu laporan saja diterima polis berhubung kehilangan keempat-empat individu tersebut, iaitu pada Khamis lepas daripada keluarga Sosilawati. Sosilawati, 47, dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya setelah dikatakan keluar dari rumahnya di Gombak, sejak seminggu lepas.

Beliau dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas memberitahu salah seorang anak perempuannya mahu ke Banting atas urusan kerja selama tiga hari, namun gagal berbuat demikian sehingga hari ini. Ahli perniagaan itu dilaporkan hilang bersama pemandu, peguam peribadi dan seorang pegawai bank sejak 30 Ogos lepas dan difahamkan Sosilawati membawa wang jutaan ringgit. —Bernama

Sosilawati kahwin di Narathiwat

Selasa, 12 Januari 2010

Ditangkap basah? bukan mee basah ah. Apabila jutawan kosmetik popular, Datuk Sosilawati Lawiya kena 'tangkap' pada malam sambutan tahun baru minggu lepas, macam-macam versi hangat yang terkeluar di blog dan juga media. Pada awalnya sebuah laman web melaporkan Sosilawati ditangkap khalwat bersama seorang lelaki yang dipercayai duda beranak tiga di sebuah kondominium mewah. Ish! Kalau sudah kondominium mestilah mewah. Lagi pun jutawan, takkan hendak melepak di tempat murahan. Betul tak?

Tidak mahu terus-terusan dirinya diaibkan, sehari selepas cerita dia ditangkap khalwat tersebar di internet, Sosilawati keluar dengan kenyataan yang jauh lebih mengejutkan. Kali ini kepada akhbar pula.
"Dia suami saya. Kami sudah bernikah pada November lalu secara rahsia di Narathiwat," beritahu Sosilawati jujur.
Tidak ada angin, tidak ada hujan, ribut petir bagai, tiba-tiba taukeh NV ini mengesahkan yang dia sudah bernikah lagi, siap tunjuk surat nikah yang sah.