Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Neelofa tak jadi host masa Fattah-Fazura datang MeleTop?

Khamis, 22 Jun 2017


Gara-gara tidak muncul dalam program hiburan popular MeleTOP malam Selasa, hos rancangan itu, Neelofa dikecam netizen yang menganggap dia tidak profesional untuk bertentang mata dengan tetamu episod itu, Fattah Amin dan Fazura.

Netizen khususnya peminat gabungan pelakon Hero Seorang Cinderella yang digelar Fattzura itu mempersoalkan tindakan Neelofa sebagai sengaja tidak mahu bertemu pasangan itu.

Hos pada malam itu digantikan dengan penyanyi Siti Nordiana, sementara Imam Muda Asyraf menggantikan Nabil Ahmad.

Nabil ketika ini mengerjakan umrah di Makkah.

Selain itu, akaun Instagram @Meletop turut dihujani lebih 50,000 komen yang memberikan reaksi dan pendapat kerana tidak berpuas hati atas sikap Neelofa itu.

Bagaimanapun, pada episod minggu lalu, Neelofa dan Nabil ada mengumumkan bahawa kedua-dua mereka akan cuti bekerja bagi mengerjakan ibadah umrah namun difahamkan Neelofa ketika ini masih lagi berada dalam negara.

Sementara itu, gandingan pertama kali Siti Nordiana dan Imam Muda Asyraf turut menjadi perhatian penonton. -mStarOnline

Sekitar umrah pelawak Nabil Ahmad (6 gambar)

Jumaat, 1 Julai 2016

Nabil Sudah Bertunang Dengan Orang Indonesia

Selasa, 26 November 2013

Tahniah diatas perkhabaran dimana penyanyi Nabil Zamanhuri memetik MediaHiburan semalam yang dia sudah selamat bertunang dengan pasangan pilihannya, Adelia Citra Hapsari yang juga warga seberang berketurunan dari Surabaya, Indonesia pada 23 November yang lalu.

Majlis itu diadakan dengan sederhana di Restoran Bora Ombak, Ampang. Menurut info lagi, mereka berdua adalah pelajar yang menuntut di Universiti Multimedia, Cyberjaya.

Tarikh pernikahan mereka tidak diketahui lagi, namun mereka bercadang untuk berkahwin awal tahun hadapan. :)

Nabil, Zira buat video pra-perkahwinan!

Ahad, 11 September 2011

Sekarang ni nak kahwn pon nak yang canggih manggih juga. Perkahwinan Nabil dan Zira pada 30 September ini sememangnya dinantikan oleh ramai peminat Nabil. Baru-baru ini Nabil dan Zira pergi membuat video mengenai pra-perkahwinan mereka berdua, yang diberi nama 'Save the date Nabil & Zira'. Tapi video tue mungkin belum siap lagi, sebab baru dalam proses pembikinan. Mesti best tu. Nantikan sahaja. :)


[via]

Aksi panas Nabil RL dan Qasha?

Ahad, 14 November 2010

Memang sukar untuk dipercayai, apabila tersebarnya gambar 'misteri' diantara Nabil dan Qasha sedang bercium yang dipetik daripada sebuah majalah tempatan. (Qasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen adalah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)) Tapi gambar ini didakwa Nabil RL adalah 'buatan orang' (superimpose) untuk menjatuhkan dirinya. Maklumlah orang dah makin naik nama, mesti ada sahaja dugaan menimpa. Tak tahulah nak kata apa samaada betul atau tidak betul benda ini terjadi, Lu Pikirlah Sendiri!

Petikan BPop: Difahamkan, sekumpulan wartawan hiburan TV yang sedang bersiar-siar di sepanjang Bangla Road, sekitar Pantai Patong kira-kira jam 10 malam, terserempak dengan Nabil yang kebetulan sedang berjalan-jalan di situ sambil berpimpin tangan dengan Uqasha! Khabarnya, selain Nabil dan ‘teman tapi mesranya’ itu, turut bersama mereka ialah seorang wanita lain dipercayai ahli keluarga Uqasha. Menurut sumber, wanita berkenaan berjalan di belakang Nabil dan Uqasha.

Khabarnya, sebaik menyedari gelagat romantik beliau menjadi perhatian sekumpulan teman wartawan, Nabil terus melepaskan tangan Uqasha, sekali gus air mukanya berubah dan kelihatan cuak! Berdasarkan maklumat sumber, dia masih ingat kata-kata Nabil sebaik terpandang wajah teman wartawan: “Hei, korang buat apa kat sini?” Difahamkan, Nabil sempat bersembang sekejap dengan seorang teman wartawan yang juga kawan rapatnya.

Sarah Puteri tidak ambil hati soal poster

Khamis, 4 Februari 2010

Baru baru ini bertempat di Cathay Cineplex, Cineleisure Damansara, satu acara Majlis Tayangan Eksklusif dan Sidang Media Filem Lu Fikirlah Sendiri de Movie telah diadakan. Barisan pelakon filem berkenaan adalah Puteri Sarah Liayan, Mila dan Nabil. Dalam hal yang lain, Puteri tidak ambil hati kerana dia adalah pelakon utama filem berkenaan namun dia tidak ditayangkan di poster filem berkenaan. Yang di tonjolkan adalah Nabil dan Mila, kata orang dalam, mereka berpotensi besar untuk melariskan movie berkenaan kerana kedua-duanya sudah popular di mata peminat. Sabarlah Puteri..

Nabil , Irma bertunang 3 bulan

Jumaat, 8 Januari 2010

Rami peminat sudah maklum, juara Raja Lawak 2 (RL2), Nabil, 27, sedang hangat bercinta dengan pelakon dan pengacara berbakat, Irma Hasmie, 28. Ketika ditemui pada pelancaran lagu dan laman sesawang rasmi filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie, Nabil yang tidak ditemani Irma telah menyatakan hasratnya untuk bertunang dengan pelakon tersebut pada tahun ini.

"Kami ada merancang untuk bertunang pada 2010 ini. Ia sebagai mengeratkan hubungan percintaan kami. Insya-Allah, kalau tidak ada aral melintang, kami akan mengumumkan tarikh pertunangan kami tidak lama lagi. Terus terang, kami mahu bertunang 3 bulan saja dan selepas itu kahwin", katanya dengan ceria.
Lebih daripada itu, Nabil telah pun membayangkan majlis perkahwinannya nanti dengan Irma yang akan menonjolkan 3 konsep resepsi.

"Walaupun saya seorang lelaki tapi saya memang ambil serius tentang perkahwinan. Saya teringin buat3 konsep yang sudah bermain dalam fikiran saya. Konsep itu adalah konsep kampung yang memang dibuat untuk orang-orang di kampung halaman saya, kedua untuk keluarga dan saudara mara yang menetap di Kuala Lumpur dan ketiga garden wedding untuk rakan artis dan media," jelasnya lagi.

Nabil Buat lawak dengan JPJ

Jumaat, 11 Disember 2009

Nabil sempat buat lawak masa kena tahan abang-abang JPJ dalam satu sekatan jalan raya baru-baru ini. Ketika ditahan di Dataran Merdeka, Nabil menunggang motosikal berkuasa besar miliknya. Yang kelakarnya bila ditahan Nabil bukan sahaja serahkan kad pengenalan dan lesen memandu terkininya bahkan semua lesen memandunya termasuklah lesen L dan lesen-lesen yang tamat tempoh.

Kata Nabil, kalau JPJ benarkan, dia nak mohon lesen memandu untuk tempoh sehingga 2020. Ada ke orang lain berani buat lawak begitu? Nabil siap buat alasan kenapa dia sudi berhenti masa kena tahan.

"Kalau encik-encik JPJ ni yang tahan, tak nak saya berhenti. Tapi saya berhenti ni pun sebab Cik Murni kita ni jer," seloroh Nabil sambil menunjukkan isyarat kepada seorang anggota JPJ wanita bernama Murni yang cantik molek di situ.
Nabil oh Nabil, kamu memang pelawak. Sampai abang-abang JPJ pun tak boleh nak serius bila berdepan kamu. Lawak, lawak juga tapi nasib baiklah, Nabil tak kena tahan sebab nombor plat motosikalnya tidak menepati skala JPJ. Dia cuma diberi peringatan sahaja.

Nabil, Irma Gembira Berkaraoke

Sabtu, 31 Oktober 2009

Merpati dua sejoli. Nabil dan Irma yang semangnya sah digelar pasangan bercinta. Telah menunjukkan taring dengan berduet dengan Irma dalam pub yang dikenali sebagai tutzz.. Pasangan ini memang seronok dan gembira sahaja bila berduaan. Penulis berharap mereka berdua dapat menamatkan zaman bujang masing-masing dengan ikatan yang sah dan diredhai Allah. Nanti kalu putus, malu lah u'all berdua.





Nabil dan Irma Di Hari Raya

Isnin, 28 September 2009

Pasangan merpati dua sejoli ni memang makin hari makin intim, tengok sahaja baru-baru ini, semua filem/drama mereka sudah digandingkan bersama. Kononnya nak ikut cara Erra Fazira dahulu dengan si tuttz. Pasangan kekasih ini juga, Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 26, dan Irma Hasmie Ibrahim, 27, sempat bergambar Raya bersama tanda mereka tidak boleh diganggu dan mereka memohon hajat besar supaya mereka jangan dipisahkan antara satu sama lain. Ewah romatis sungguh.

Bila Azwan Ali Soal Nabil

Selasa, 8 September 2009

Dalam rancangan AC Sempoi yang sudah-sudah, adalah kena jemput dua artis ni, si Nabil Raja Lawak dan Azwan Ali (Diva No. 1 dari belakang). Diberi kesempatan Azwan Ali untuk menyoal Nabil, alangkah terkezutnya apabila soalan yang dikeluarkan adalah soalan yang berkaitan peluk Irma Hasmie sewaktu ABPBH yang lalu. Soalan macam ok jer pada mulanya, tapi selepas itu macam menyindir dan jelous rasanya Azwan Ali. Tapi begitulah artis, saling bermesra-mesra dan berlawak-lawak. Dan mungkin tiada yang sakit menyakiti hati, tapi bila tengok Azwan Ali tu yang sakit hati. Ngeh3.

Nabil Irma kantoi di Kapal Terbang?

Sabtu, 13 Jun 2009

Baru-baru ini dapat satu info pasal kemesraan pasangan Nabil dan Irma Hasmie. Nak tahu kat mana? Di dalam kapal terbang dek belakang!

Ada someone ni kebetulan ada dalam pesawat yang sama dinaiki oleh mereka ke Perth, Australia. Benarlah memang Nabil ada penggambaran program TV di sana. Eh! Irma ikut sama ke? Emmm... Lu Pikirlah Sendiri.

"Saya ada nampak Nabil dan Irma dalam kapal terbang tu. Mereka duduk di tempat duduk belakang. Agaknya nakkan privasi lah tu. Nabil tu pakai baju yang siap ada tutup kepala dan pakai kaca mata hitam. Agaknya tak mahu dikenali lah tu gamaknya.
"Kat dalam kapal terbang tu ramai orang Malaysia, tutup macam mana pun orang akan kenal juga, diakan artis popular," kata kawan Mangga Muda yang menghubungi Mangga Muda.
Apabila dah nampak mereka duduk berdua, someone tu pun usha-usha lah mereka. Ada juga ternampak aksi manja Irma yang baring di riba Nabil. Yalah penat agaknya sebab perjalanan ke Perth tu makan masa berjam jam lamanya.

Someone tu tak tahupun Nabil ada penggambaran di sana, yalah manalah orang kenal krew production kan. Pada hakikat sebenarnya, Nabil ke sana memang untuk tujuan penggambaran program TV.

Nabil... Nabil... ada ada saja ya. Kalau ya pun nak bermanja, janganlah tunjukkan depan orang. Nanti apa pula tanggapan orang. Kalau dah di depan orang boleh beraksi macam tu, apa pula agaknya yang boleh berlaku kalau mereka hanya berdua sahaja. Kan dah boleh menimbulkan syak yang tak baik tu. -ManggaOnline

Kantoi Nabil Dan Irma di Pavilion

Isnin, 18 Mei 2009

Memang dah semua orang tahu dorang berdua nie, sedang bercinta, jadi sana sini berkepit, xder soal malu dah. Kiranya ada seorang 'paparazi' ni datang ke mereka berdua ketika mereka berdua sedang minun-minum. Apa lagi sepertinya terkejut Nabil dan riak wajah Irma Hasmie yang berlum bersedia dengan senyumannya ketika diambil gambar candid mereka berdua. Kalau dah asyik berkepit, baik jumpa tok kadi jer terus.

Nabil dan Nissan Sylphy

Jumaat, 15 Mei 2009

Anugerah Bintang Popular 2008 (ABPBH08) telah pun menutup tirainya pada 12 April lalu. Nabil, secara rasminya telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2008. Kelmarin bertempat di Hotel Palace Of The Golden Horses, Mines Resort City, satu majlis telah diadakan untuk menyampaikan hadiah kepada semua artis yang memenangi kategori-kategori yang dipertandingkan.

Dalam majlis itu, Nabil telah menerima sebuah kereta Nissan Slyphy 2.0L yang bernilai RM109,000, barang kemas Raffelsia yang bernilai RM150,000, perabot Empire Classic Furniture dan pakej penginapan mewah di ‘Head of State Suit’, Palace of The Golden Horses.

Tidak dilupakan, pemenang-pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Selaku penganjur ABPBH08, Berita Harian Sdn Bhd juga telah menyerahkan hadiah wang tunai RM3,000 kepada pemenang setiap kategori kecuali kategori Penyanyi Berkumpulan / Duo Popular dan Penyanyi / Artis Nasyid Popular yang menerima wang tunai berjumlah RM5,000. Pemenang juga menerima barang kemas Rafflesia bernilai RM10,000, ‘Cleopatra Chaise Lounge’ Empire Classic bernilai RM6,000, hamper Nano White dan setem peribadi Pos Malaysia. Jamal Abdillah yang memenangi anugerah khas Pencapaian Seumur Hidup pula telah menerima wang tunai RM3,000, barang kemas Rafflesia bernilai RM20,000 dan hamper Nano White.

Majlis itu turut menyaksikan penyerahan hadiah kepada pembaca-pembaca Berita Harian yang memenangi Peraduan Undi dan Menang pencalonan akhir ABPBH08. Mohamad Noor Ibrahim telah diumumkan sebagai pemenang hadiah utama yang membawa pulang sebuah kereta Nissan Grand Livina 1.8L bernilai RM94,000.

Antara selebriti yang hadir memeriahkan acara ialah Dato’ Siti Nurhaliza, Nabil, Stacy, Maya Karin, Que Haidar dan isterinya, Linda Jasmin, Noorkhiriah, dan Rabbani. -GUA

Nabil Nyaris Maut Dalam Kemalangan

Khamis, 16 April 2009

Juara Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil nyaris maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas di Bukit Jelutong, Shah Alam (14/4).

Nabil, 26, yang baru memenangi Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular 2008 Ahad lalu, tercampak daripada motosikalnya dan terkena penghadang jalan bagaimanapun hanya cedera ringan pada bahagian siku dan kaki.
Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, Nabil juga bernasib baik kerana tidak dilanggar oleh sebuah lori yang kebetulan berada berhampiran tempat kejadian sebaik sahaja dia melepasi Plaza Tol Bukit Jelutong.

"Ketika itu saya sedang menuju ke Studio ntv7 di Glenmarie untuk menjalani rakaman program Harta Mania yang bakal ditayangkan di TV9 pada 1 Jun ini.

"Selekoh selepas plaza tol tersebut licin dan berminyak sehingga membuatkan saya tidak dapat mengawal motosikal lalu terbabas.

"Saya kemudian menghubungi Irma Hasmie yang terus membawa saya ke Hospital Darul Ehsan untuk mendapatkan rawatan," katanya lagi.

Menurut Nabil, doktor mengesahkan dia tidak mengalami sebarang kecederaan parah selepas menjalani pemeriksaan sinar-X.

''Saya dibenarkan keluar dan kini berehat di rumah. Ini merupakan kemalangan kedua saya tahun ini.

''Tiga minggu lalu, kereta yang saya pandu terlibat dalam kemalangan di Kerinchi Link,'' katanya.

Ditanya mengenai rakaman Harta Mania, Nabil berkata, dia sepatutnya menghabiskan baki rakaman terakhir iaitu tujuh episod program itu semalam dan hari ini.

"Tetapi terpaksa ditangguhkan dahulu sehingga saya benar-benar sihat,'' jelasnya.


-Utusan

Lagi Kontroversi Nabil Menang Bintang Popular 2008

Isnin, 13 April 2009

Kali ini lain pula ceritanya. Yang tadi mengenai Nabil berpeluk dengan Irma. Namun kali ini dia ter-pegang dah bini si Mawi, Ekin. Ter-pegang mungkin sebab dia terjatuh atau ditarik ketika nak bersalam dengan artis lain atas tiket menang dalam Kategori Artis Komedi Lelaki Popular. Ekin pun apa lagi, cubalah mengelak dengan penuh kelembutan. Nasib sahaja ter-pegang bahu, kalau yang tutzz tue, naya Nabil oleh Mawi woOi, tapi ada peminat yang mendakwa terpegang tutzz, tapi penulis nampak video ni seperti di bahu. Tengok video di bawah ini ajer. Ahaks.

Kontroversi Nabil Menang Bintang Popular 2008

Dah adat menang, siapa tidak gembira bukan. Dan juga mesti ada rasa terkejut dan teruja bila melihat Nabil yang tidak disangka-sangka memenangi ABPBH semalam dengan mengalahakan Mawi yang telah memegang rekod selama 3 tahun berturut-turut. Namun tahu kah anda disebalik kontroversi kejayaan ini? Nabil pergi peluk Irma Hasmie sebelum nak naik pentas. Mungkin fikiran dia melayang ketika itu dan memeluk semua orang yang berada di dalam perjalanannya menuju mengambil hadiah. Taklah juga erat sangat peluknya, sekejap jerk pada durasi 0.25 saat. Namun sebagai orang Islam, Nabil sepatutnya bersyukur dan menyedari bahawa tindakannya ini boleh mengundang kontroversi di negara ini. Seperti mengikut style anugerah kat Amerika pulak jadinya. Ahaks.



Nabil Rampas Takhta Mawi Bintang Popular 2008

Juara Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil dinobatkan sebagai Bintang Popular 2008 sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang berlangsung di sini, malam tadi.

Kejayaan Nabil itu sekaligus menewaskan penyanyi sensasi Mawi yang telah mengungguli gelaran tersebut tahun lalu selama tiga tahun berturut-turut.

Nabil, 26, yang meraih 127,524 undi, meraih gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tinggi iaitu Mawi yang menerima 55,080 undi, Datuk Siti Nurhaliza (29,676), Aznil Nawawi (18,864) dan kumpulan Meet Uncle Hussain (11,784).Nabil memenangi hadiah utama kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, barang kemas Rafflesia bernilai RM150,000 tajaan Rafflesia The Pearl Centre serta pakej penginapan bernilai RM8,000 tajaan Palace of the Golden Horses, selain trofi.

Nabil turut berjaya meraih dua anugerah iaitu untuk kategori Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular.

Selain Nabil, artis yang baru pertama kali memenangi anugerah pada acara berprestij itu ialah Stacy menerusi kategori Artis Baru Wanita Popular, Meet Uncle Hussein (Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular), Noorkhiriah (Artis Komedi Wanita Popular) dan Que Haidar (Pelakon Filem Lelaki Popular).

Paling menarik, Datuk Siti Nurhaliza berjaya mengekalkan gelaran Penyanyi Wanita Popular bagi 12 tahun berturut-turut manakala Mawi buat kali keempat tetap menjadi pilihan untuk merangkul gelaran Penyanyi Lelaki Popular.

Kumpulan nasyid Rabbani pula kali kelapan masih terpilih sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular.

Pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi buat kali keenamnya berjaya meraih gelaran Pengacara TV Lelaki Popular manakala Fara Fauzana dipilih sebagai pemenang gelaran yang sama bagi kategori wanita.

Fara turut meraih anugerah bagi kategori Penyampai Radio Wanita Popular manakala rakan seperjuangannya, Faizal Ismail memenangi gelaran Penyampai Radio Lelaki Popular.

Pelakon Rosyam Nor dan Dynaz berjaya merangkul anugerah bagi kategori Pelakon TV Lelaki/Wanita Popular.

Maya Karin pula meraih gelaran Pelakon Filem Wanita Popular.

Dalam pada itu, penyanyi Jamal Abdillah turut diberi pengiktirafan untuk menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.

Lain-lain pemenang adalah seperti berikut :

1. Pengacara TV Lelaki Popular —> Aznil Haji Nawawi
2. Pengacara TV Wanita Popular —> Fara Fauzana
3. Penyampai Radio Lelaki Popular —>Faizal Ismail
4. Penyampai Radio Wanita Popular —>Fara Fauzana
5. Artis Nasyid Popular —> Rabbani
6. Artis Komedi Lelaki Popular —> Nabil Raja Lawak
7. Artis Komedi Wanita Popular —-> Noorkhiriah
8. Artis Baru Lelaki Popular - Nabil Lagi..Hehehe
9. Artis Baru Wanita Popular - Stacy (kenapa bukan Lisa Surihani?)
10. Pelakon TV Lelaki Popular –> Rosyam Nor (Adus, tak kena target!)
11. Pelakon TV Wanita Popular –> Dynaz (Rezeki mengandung anak)
12. Penyanyi Kumpulan / Duo Popular –> Meet Uncle Hussain
13. Penyanyi Wanita Popular –> Siti Nurhaliza
14. Penyanyi Lelaki Popular –> Suami Ekin…
15. Pelakon Filem Lelaki Popular –> Que Haidar (Dok bersayang-sayang je)
16. Pelakon Filem Wanita Popular –> Maya Karin

Ehsan mStar