Pada:
Khamis, 14 Januari 2010
Laporan sebuah media online menyebut Mamat mengaku bersalah mencuri telefon bimbit bernilai SGD580 dan sebuah jam daripada Noor Shazeel Sazali, 21, di rumahnya di Bishan di sini pada 11 Nov lepas. Mahkamah diberitahu Noor Shazeel telah meletakkan telefon bimbit dan jam itu yang tidak diketahui nilainya di atas meja makan sebelum masuk untuk tidur petang, dan mendapati barangan tersebut hilang apabila dia bangun lima jam kemudian.Menurut edisi online Straits Time, Noor Shazeel kemudian diberitahu bapanya bahawa Mamat telah pergi ke rumahnya bersama seorang saudara. Mamat berjaya dikesan di rumah teman wanitanya di sini beberapa hari kemudian.
Tag : Berita Artis , Mahkamah , Mamat Exist , Singapore

