Pada:
Sabtu, 19 Disember 2009

“Saya memilih untuk bersama Metadome sebab tawaran yang mereka berikan memang bagus. Mereka juga sudah ada perancangan untuk ‘memasarkan’ Marsha. Bersama Metadome, Marsha akan muncul sebagai penyanyi wanita bersama piano setiap kali mengadakan persembahan. Saya suka dengan idea ini sebab ia unik. Rasanya tidak ada lagi penyanyi wanita di Malaysia yang muncul dengan konsep itu. Mudah-mudahan konsep terbaru ini boleh diterima peminat nanti,” ulas Marsha yang menafikan dia mahu meniru konsep yang dibawakan oleh Alicia Keys.

“Saya bukan mahu meniru sesiapa tetapi saya perlu muncul dengan konsep yang berbeza bagi membolehkan saya bersaing dengan penyanyi-penyanyi yang ada sekarang ini. Jika tiada kelainan, pasti susah untuk saya bertahan dalam industri mencabar ini. Sebagai persediaan, sekarang ini saya sedang bersiap-sedia untuk memasuki kelas piano bagi memantapkan kebolehan bermain piano,” tambah Marsha lagi.
Tag : Akademi Fantasia , Berita Artis , Marsha Londoh , Penyanyi

