Farid Amirul Kemukan Rayuan kes Curi

Pada: Sabtu, 19 Disember 2009
Nasib pelakon Farid Amirul Wu Abdullah yang cukup sinonim dengan watak Detektif Lim menerusi drama bersiri popular Gerak Khas sudah diketahui umum. Biarpun hukuman yang menyabitkan aktor itu atas kesalahan mencuri dua buah buku di MPH Mid Valley Megamall sudah dijatuhkan semalam, namun pelakon muallaf berusia 44 tahun itu mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi. Dia kini sedang menanti tarikh daripada mahkamah untuk rayuan kesnya dihujahkan di Mahkamah Tinggi kelak.

Penangguhan hukuman itu telah dibenarkan oleh mahkamah berdasarkan tiga syarat yang ditetapkan oleh Majistret Mohd Faizi Che Abu, di mana dia dikehendaki mengemukakan permohonan rayuan secara bertulis, membayar jumlah bon jaminan sebanyak RM3,000 dan perlu mendapat jaminan peguamnya bahawa dia tidak akan melarikan diri sepanjang tempoh penangguhan ini.

Farid berkata, dia tidak akan mengundur diri daripada bidang seni selagi masih diperlukan dan mendapat tawaran lakonan. Namun, seandinya nasib tidak menyebelahi, aktor itu bersedia untuk menceburi bidang perniagaan lain. Farid turut mengakui Datuk Yusof Haslam banyak memberikan sokongan dan perangsang kepadanya sepanjang proses perbicaraan ini.

Tag : , , ,