Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Tauke Jambu adalah pelawak gatal?

Rabu, 8 April 2015

Tauke Jambu menafikan yang dia adalah pelawak yang dikatakan playboy dengan meminta beberapa keping gambar bogel seperti yang didedahkan oleh seorang wanita baru-baru ini.

Memetik laporan Bharian semalam, Tauke agak kesal dengan tuduhan dan fitnah segelintir pihak disebabkan kesalahannya yang lalu.

Shahz Jaszle padam foto kekasih baru?

Khamis, 8 Mei 2014

Menurut laporan Murai, Shahz Jaszle telah memadam gambar kekasih barunya di laman Instagram miliknya. Tidak diketahui kenapa Shahz berbuat demikian.

Adakah mungkin mahu menyembunyikan identiti kekasih barunya itu lagi, atau mereak sudah putus dan Shahz kembali kepada kekasih setianya dulu, Redzwani.? masih menjadi tanda tanya..

Kalau korang tak percaya, boleh sergah kat sini, http://instagram.com/shahzjaszle

Tapi itulah, kalau selagi tak nikah/kahwin fitnah tetap muncul.

Panas: Ashraf Muslim seorang playboy??

Selasa, 6 Julai 2010

Peminat Artis: aku dengar ramai yang memuji mamat nih...muka ensem la...baik budi pekerti la...tapi ni aku dapat citer yang tak best la pasai mamat nih....dengar kata sejak dua menjak dah single pas break ngan pelakon sherry tu...dia ni dok ngayat ramai pompuan...dulu ainul aishah tu....pas tu kuar kat media dia bercintan cintun ngan pelakon linda hashim.....pas tu kuar lak gossip kat cari pasai dia dating kat papa rich tu....and the latest, kawan aku citer, dia seopis ngan budak pompuan ni....

si ashraf ni berkapel lak ngan editor sebuah majalah yang agak glamer....no wonder boleh jadi front cover magazine tuh....and pada masa yg sama masih lagi menerai pelakon linda tu....dan kuar dating ngan budak baru pas spm yang dia dating kat papa rich tu....aku heran...muka baik cam ustaz....tapi tetap boyeee -Cari

Penulis: Biarlah dia nak dating ngan saper pun, nak mengorat saper pun atau nak mengayat saper pun... yg penting dia masih single ... bujang trang-tang-tang..... yg tak tahan dengar kalau dah umur separuh abad.. anak dah berderet..tapi ada ati nak try masuk daun...yg tu memang tak bleh blah...

Suami saya bukan playboy! -Lisdawati

Selasa, 27 April 2010

Itulah kenyataan yang dibuat oleh isteri kepada Fauzi Nawawi di dalam keratan Harian Metro edisi minggu lepas. Ini buat adalah diatas gosip yang menimpa suaminya itu yang dikatakan ada hubungan dengan pelakon kontroversi, Zurina An Julie beberapa minggu yang lalu. Tapi tak tahu kesahihan gosip berkenaan, almaklumlah hanya gosip semata-mata, pengakuan daripada pihak tertentu pun belum didengarkan juga. Sebab tu, Lisdawati mahu mempertahankan rumahtangganya. Yelah siapa tak nak pertahankan rumahtangga bila mendengar isu-isu seperti ini. Memang suatu yang mengerikan apatah lagi status tue artis.

Dynaz Mokhtar Hamil kali ke-2

Ahad, 13 Disember 2009

Sebenarnya cuma ada sekeping sahaja gambar digital, artis pelakon, Dynas Mokhtar ketika beliau menghadiri sebuah majlis parti anjuran Playboy Malaysia yang diadakan di ibu negara baru-baru ini. Parti yang bukan berkonsepkan parti liar dan bebas, malah ia cuma sekadar sebuah majlis sosial untuk selebriti dan juga artis tempatan untuk memperkenalkan barisan wangian terbaru jenama Playboy.

Dalam gambar di atas, Dynas bergambar bersama orang kuat Playboy Malaysia dan juga Nuffnang. Harap kandungan Dynas kali ini akan lahir dengan selamat dan sihat hendaknya. Tidak putus nampaknya rezeki Dynas untuk memperoleh anak sendiri. Jika boleh, sekarang ini sudah sesuai masanya untuk Dynas duduk rumah dan manjakan diri untuk ketenangan bayi dalam kandungan.

Jehan Miskin Pandai Bahasa Kantonis

Selasa, 3 November 2009

Pelakon yang dicop sebagai diantara artis paling 'berjaya' dalam mencari teman hidup, Jehan Miskin mengakui masih bujang lagi dan dia sememangnya mengimpikan seorang gadis yang memahami kariernya sebagai seorang pelakon. Itu pun jika dapat diketemuilah, memandangkan Jehan ni suka tukar-tukar kekasih.

“Saya tertarik pada seseorang yang stabil dari segi emosi, tahu bersosial tapi pada masa yang sama bertanggungjawab, serta berkongsi minat yang sama dengan saya,” jelas pelakon yang telah berkecimpung dalam bidang lakonan selama enam tahun.
Menurut Jehan yang memakai sut berwarna hitam semasa menghadiri yang majlis pra-tonton ‘Media Prima Network Screenings 2010’ pada Jumaat lalu, semua gadis ada kelebihan masing-masing tetapi apa yang penting adalah keserasian yang ada pada si dia dan Jehan.
“Pada saya, gadis yang saya suka tidak semestinya cantik. Dia mestilah menarik di mata saya dari segi luaran dan dalam,” kata pelakon yang tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.
Beliau yang mempunyai susuk badan yang tegap ini juga akan bersenam di gim sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Apabila ditanya sama ada masih solo atau sudah berpunya, Jehan tidak memberi apa-apa komen.

“Buat masa ini saya tidak mahu mendedahkan apa-apa mengenai kehidupan peribadi saya,” kata pelakon yang mempunyai darah kacukan Cina (sebelah ibu) dan Arab-Melayu (sebelah bapa).
Selain itu, Jehan juga boleh berkomunikasi dalam dialek Kantonis dan boleh memahami Hokkien.
“Saya mempunyai ramai kawan Cina semasa saya menetap di Seksyen (SS2) Petaling Jaya,” jelas pelakon yang akan menyambut harijadinya yang ke-30 pada 4 Disember ini.