Ida Nerina Gagal Hadir ke Mahkamah

Pada: Selasa, 24 November 2009
Sebutan kes cerai pelakon Ida Nerina Hussain dan suaminya, Sha’arin Mohd Razali terpaksa ditangguhkan ke tarikh 22 Disember depan, pukul 9 pagi kerana pelakon itu tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di Kuala Lumpur, kelmarin (23/11).

Sementara itu, ketika perbicaraan kes yang berlangsung pada 11.35 pagi (23/11), Sha’arin yang membuat permohonan cerai itu ada menyebut yang dia telah memaklumkan kepada Ida melalui telefon.
“Saya dah hubungi dia tetapi dia tidak menjawab telefon dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) (tentang kes hari ini), tetapi dia tidak membalasnya,” kata Sha’arin ketika menjawab soalan Hakim Syarie.
Sha’arin atau lebih dikenali sebagai Shahrin Blackrose juga memaklumkan kepada mahkamah yang dia telah tidak tinggal sebumbung dengan Ida sejak lebih dua bulan lalu.

Tag : , , ,