Pada:
Rabu, 11 November 2009

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak tuntutan saman ganti rugi pelakon dan pengacara Nor Fazura Sharifudin dengan kos setelah mahkamah mendapati beliau gagal membuktikan kenyataan dalam akhbar Mingguan Warta Perdana yang didakwa telah memburukkannya adalah satu fitnah.
Tuntutan saman itu dibuat oleh Fazura, 26, ekoran artikel bertajuk "Fazura Rela Dipenjara" yang tersiar di Mingguan Warta Perdana pada 29 Mei 2005.Isi kandungan artikel itu turut memetik pelakon filem 'Pisau Cukur' ini sebagai berkata, "Saya tidak takut dengan hukuman sekiranya saya didapati bersalah melakukan perbuatan tersebut."
Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berpendapat, tajuk artikel dan isi kandung artikel itu sebenarnya membuatkan Fazura tabah, cekal dan berani untuk menghadapi semua kemungkinan.
"Inilah effect (kesan) artikel yang dikeluarkan pada 29 Mei 2005 itu. Pihak plaintif telah gagal membuktikan kenyataan tersebut adalah fitnah.
Tag : Berita Artis , Fazura , Mahkamah , Pondan


