Zuar XPDC seorang Tabligh

Pada: Khamis, 8 Oktober 2009
Kumpulan rock tanah air yang pernah gemilang sewaktu 90-an kini semakin sepi daripada sebarang aktiviti dan nyayian. Zuar salah seorang daripada kumpulan berkenaan sempat dijumpai di pasar tani yang lokasinya terletak di Sungai Buloh, Selangor. Melihat dari penampilan Zuar, dia seperti seorang Tabligh yang gigih dalam mempergiatkan usaha dakwah islamiyyah. Baguslah kalau macam itu, ada perubahan dari semasa ke semasa.

"Saya masih lagi ada membuat show!" ujar Zuar XPDC ketika ditemui. Tambahnya, show terakhirnya ialah ketika rumah terbuka seorang ahli parlimen di Damansara Damai, Selangor baru-baru ini.

"Orang jemput, saya tetap buat persembahan tak kira siapa atau perbezaan politiknya. Ikhlasnya, show bersama XPDC sekarang memang dah agak kurang, jadi saya ada menjalankan perniagaan baju terpakai secara sederhana. Selain itu, saya juga aktif menjual pelbagai produk kesihatan untuk menampung kehidupan. Alhamdulillah, walaupun untungnya tak banyak, namun saya gembira dengan kehidupan saya sekarang," ujarnya yang sambil tersenyum.

Tag : , , ,