Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Zuar XPDC ikut jejak Syam Kamikaze?

Khamis, 25 Ogos 2011

Alhamdulillah kepada mantan rockers yang masih aktif, Zuar dari kumpulan XPDC kerana dikhabarkan telah berubah menjadi manusia yang lebih beragama. Infomarsi ini diterima melalui laman seorang Facebooker yang bernama Mustaman Bin Mustain. Namun dalam album photo berkenaan (Zuar berbaju Melayu hijau) memberitahu kepada pemerhati selebriti yang Zuar sebenarnya masuk PAS seumur hidup.

Bukan kami nak tahu atau promosi mana-mana manusia/pembaca agar masuk isu politik ni. Cuma nak tahu perkembangan terbaru artis yang benar-benar kembali ke jalan Allah. PAS ker, UMNO ker, yang penting agama sama, kita semua bahagia. Peace World!

Zuar XPDC seorang Tabligh

Khamis, 8 Oktober 2009

Kumpulan rock tanah air yang pernah gemilang sewaktu 90-an kini semakin sepi daripada sebarang aktiviti dan nyayian. Zuar salah seorang daripada kumpulan berkenaan sempat dijumpai di pasar tani yang lokasinya terletak di Sungai Buloh, Selangor. Melihat dari penampilan Zuar, dia seperti seorang Tabligh yang gigih dalam mempergiatkan usaha dakwah islamiyyah. Baguslah kalau macam itu, ada perubahan dari semasa ke semasa.

"Saya masih lagi ada membuat show!" ujar Zuar XPDC ketika ditemui. Tambahnya, show terakhirnya ialah ketika rumah terbuka seorang ahli parlimen di Damansara Damai, Selangor baru-baru ini.

"Orang jemput, saya tetap buat persembahan tak kira siapa atau perbezaan politiknya. Ikhlasnya, show bersama XPDC sekarang memang dah agak kurang, jadi saya ada menjalankan perniagaan baju terpakai secara sederhana. Selain itu, saya juga aktif menjual pelbagai produk kesihatan untuk menampung kehidupan. Alhamdulillah, walaupun untungnya tak banyak, namun saya gembira dengan kehidupan saya sekarang," ujarnya yang sambil tersenyum.