Pada:
Rabu, 7 Oktober 2009
Dua saman tersebut ialah Manohara dituntut supaya kembali taat kepada suaminya manakala saman kedua berkaitan tuntutan hutang berjumlah RM1,112,250 (3.3 Miliar Rupiah). Hutang itu termasuk pemberian jam jenama Audemars Piguet bernilai RM174,000 dan selebihnya adalah kiriman wang sebanyak enam kali bagi kegunaan defendan dan ibunya.
Ketika prosiding, peguam Manohara, Mohamad Faiz Adnan dan Roshdan Sujak Rafie berhujah bahawa kegagalan pihaknya berbuat demikian kerana berlaku beberapa kekeliruan terhadap kedua-dua tuntutan yang dibuat oleh plaintif. Alasan tersebut mencetuskan perang mulut seketika antara peguam plaintif dan peguam defendan.
Tag : Artis Indonesia , Mahkamah , Manohara Odelia Pinot , Tengku Fakhry

