Jeffrydin Terima Anugerah 'Datuk'

Pada: Sabtu, 10 Oktober 2009
Siapa tak kenal Jeffrydin? Penyanyi yang terkenal dengan irama pop yeh yeh pada era tahun 60-an malah penulis pun berani mengeluarkan statement mengatakan yang beliau masih lagi popular sehingga kini dan awet muda gitue. Bila sebut sahaja nama ini, Jeffrydin, terus je lagu Mas Mona terngiang-ngiang di telinga. Dah menjadi lumarah peminat artis mengetahui serba sedikit mengenai artis berkenaan.

Baiklah, seperti tajuk yang tertulis kat atas tu, Jeffrydin atau nama sebenarnya Jefrydeen Imbrom Soekaman yang berasal dari Singapura dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-71 baru-baru ini. jadi tahniah diucapkan kepada bro Jeffry.

Tag : , , ,