Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Tomok pernah dibaling telur

Jumaat, 28 Oktober 2016

Tomok memberitahu ada beberapa individu yang pernah melakukan khianat termasuklah membaling telur kepadanya ketika populariti New Boyz akhirnya tampil memohon maaf.

Tomok sudah melupakan kisah pada awal kemunculannya dahulu biarpun mengakui agak fobia dengan tindakan agresif beberapa pihak yang tidak suka dengan kumpulan muzik dianggotainya itu.

"Ada beberapa inidvidu yang datang kepada saya dan meninggalkan komen di Instagram meminta maaf kerana pernah memarahi dan membaling telur kepada saya ketika saya dan New Boyz mengadakan persembahan suatu masa dahulu.

"Saya tidak kisah dengan hal itu kerana ia sudah lama berlalu dan mereka semua juga sudah membesar seperti saya. Dulu mereka juga remaja dan tidak matang lagi,

"Pertama kali saya dibaling objek ketika persembahan di Melaka dan selepas itu apabila kami ke semua tempat, ada sahaja orang yang baling sehingga membuatkan saya takut dan fobia untuk naik ke pentas.

"Masa itu saya sentiasa berfikir apa kesalahan yang saya lakukan sehingga dibenci sedemikian rupa," ujarnya memetik mStar Online

Gambar perkahwinan deejay Chad, Haris

Isnin, 12 Mei 2014

Penyampai radio Hot FM, Chad (Nur Shazrena Abd Rahim), sah bergelar isteri kepada gitaris kumpulan Klangit, Mohd Haris Muhamad di kediaman Chad yang terletak di Telok Mas, Melaka pada malam Jumaat.

Akad nikah berlangsung sekitar jam 9.41 malam dengan mas kahwin RM100 dan hantaran berjumlah RM20,000.

Sebanyak lima dulang hantaran diberikan oleh pihak pengantin lelaki kepada pengantin perempuan yang berupa tas tangan, kek, jam tangan, sirih junjung dan sepersalinan telekung bersama sejadah. Manakala pengantin perempuan membalas dengan tujuh dulang berupa jam tangan, buah-buahan, coklat manisan, kasut, sirih junjung, sejadah dan sepersalin baju.

Majlis resepsi pasangan ini bakal berlangsung di kediaman Chad pada Sabtu, 10 Mei 2014.

Chad dan Haris mengikat tali pertunangan pada tanggal 18 Ogos 2013. -sumber portal GUA

Rosyam, Ramli Bergelar Datuk!

Jumaat, 11 Oktober 2013

Menurut sumber, penyanyi rock Ramli Sarip dan juga pelakon terhebar, Rosyam Nor bakal bergelar Datuk dengan dianugerahkan pangkat kebesaran Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM).

Ianya bersempena dengan hari jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-75, pada 11 Oktober ini..

Gambar Ady Putra Melancong

Selasa, 26 Mac 2013

Memang sudah menjadi hobi dikalangan artis untuk pergi melancong. Tak sah kalau tak melancong luar negara. Ady Putra juga merupakan seorang kaki melancong yang rata-rata sudah menjelajahi tempat menarik di luar negara dengan membawa kamera DSLR miliknya.

Bahkan pengambaraan Ady di Sydney dan Taj Mahal ini merupakan salah satu percutian yang menarik sekali, banyak Negara telah dilawatinya, tapi sayangnya namun hanya beberapa keping gambar sahaja yang diberikan tontonan umum.

Dikesempatan lain pula, dia menemui YBh. Datuk Seri Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka.

Gambar Perkahwinan Dira, Helmi

Ahad, 13 November 2011

Tahniah! Tanggal 11.11.11 jam 4 PM, pelakon serta pengacara, Dira Abu Zahar apabila beliau sah bergelar isteri kepada pengarah fotografi, Helmi Yusof. Hubungan cinta mereka itu akhirnya menyatukan mereka ke jinjang pelamin apabila pasangan ini sah bergelar suami isteri dengan tiga kali lafaz di kediaman Dira, di Merlimau, Melaka .

Dira menerima sembilan dulang hantaran berupa mas kahwin berjumlah RM 7777 serta cincin, wang hantaran RM 17171.71, iPad 2, helmet X-Lite, wangian Lacoste, telekung dan baju persalinan, sireh junjung, kek serta coklat Patchi.

Manakala Helmi menerima sebelas dulang hantaran dari pihak perempuan berupa jam tangan Tag Heuer, MacBook Air, kasut Hugo Boss, baju Armani, wangian, sireh junjung, al-Quran serta sejadah, kek, coklat, helmet X-Lite dan kurma.

[artikel & gambar Via]

Shah Rukh Khan dalam DON 2 di Melaka

Khamis, 17 Februari 2011

Selepas dapat 'title' Datuk, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) kini semakin tidak mahu melupakan Malaysia, apatah lagi Negeri Melaka yang memberikan beliau gelaran berkenaan. SRK sekarang berada di negeri Melaka untuk menjalani penggambaran filem barunya yang bernama DON 2. Tidak ketinggalan peminat nombor satu di Negeri Melaka, Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan juga isterinya Datin Seri Asmah Abdul Rahman.

Tempat-tempat pilihan SRK adalah Melaka, Kuala Lumpur dan Langkawi adalah tempat untuk lokasi penggambaran filem DON 2 dimana turut disertai 140 kru filem itu dan akan berakhir di Berlin, Jerman nanti. Filem DON 2 akan ditayangkan pada Disember 2011 nanti. Tunggu taw~ tempat Malaysia dimata dunia. -Sumber Bernama | TheStar

Kumis Dan Janggut Terbaru Datuk K

Selasa, 13 Oktober 2009

Bagi penyimpan kumis-kumis dan janggut-janggut seMalaysia, mungkin Datuk K boleh menjadi icon kepada anda sebagai satu inspirasi yang boleh diikut dan dipraktikkan (bolehlah). Terbaru wajah Datuk K telah bertumbuh atau dalam erti kata lain menyimpan janggut (ikut sunnah Nabi kot) selepas balik dari umrah. Dia ditemui ketika Majlis Penganugerahan dari TYT Melaka baru-baru ini dengan ditemani isteri tercintanya, Datuk Siti Nurhaliza. Ngeh3.

Jeffrydin Terima Anugerah 'Datuk'

Sabtu, 10 Oktober 2009

Siapa tak kenal Jeffrydin? Penyanyi yang terkenal dengan irama pop yeh yeh pada era tahun 60-an malah penulis pun berani mengeluarkan statement mengatakan yang beliau masih lagi popular sehingga kini dan awet muda gitue. Bila sebut sahaja nama ini, Jeffrydin, terus je lagu Mas Mona terngiang-ngiang di telinga. Dah menjadi lumarah peminat artis mengetahui serba sedikit mengenai artis berkenaan.

Baiklah, seperti tajuk yang tertulis kat atas tu, Jeffrydin atau nama sebenarnya Jefrydeen Imbrom Soekaman yang berasal dari Singapura dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-71 baru-baru ini. jadi tahniah diucapkan kepada bro Jeffry.