Pada:
Isnin, 5 Oktober 2009
Jadi, dalam satu majlis sebelum hari raya, baru-baru ini, informer terus terkam apabila ternampak kedua-dua mereka yang datang berasingan. Di luar ballroom, informer itu menarik kedua-dua mereka ke satu sudut dan bertanyakan sendiri apa sebenarnya yang telah berlaku."Oooh... sebenarnya kami bukan gaduh besar. Cuma krisis biasa-biasa saja. Apa yang berlaku, kami mahu memberi ruang kepada diri masing-masing untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa perlu ada rasa yang kurang menyenangkan (cemburu?) serta tidak mahu terlalu mengongkong," kata Fouziah.Iqram juga mengiyakan perkara itu dan berkata apa yang terjadi bukanlah sesuatu yang serius sehingga mereka harus memutuskan ikatan silaturrahim.
"Kalau berdendam atau marah, takkanlah kami boleh mengambil gambar bersama-sama hari ini. Pada hari baik bulan baik ini, kami ingin terus menjalinkan persahabatan kami dan semoga ia berkekalan," ujar Iqram.
Tag : Cinta , Fouziah Gous , Gossip Artis , Iqram Dinzly

