Fasha Sandha dan Tan Sri J

Pada: Sabtu, 10 Oktober 2009
Siapa pula Tan Sri J ini? Selepas Qabil Ambak mengeluarkan kenyataan yang dia tidak jadi melamar Fasha beberapa hari lalu, tiba-tiba keluar gosip mengaitkan Fasha dengan Tan Sri J pula. Hai, ramai betul peminat Fasha ini! Mungkin sebab itu juga Fasha sering dilanda kontroversi.

Menurut gosip yang sampai, Tan Sri J ini ada memberi kereta mewah kepada Fasha, katanya Porsche warna putih. Tidak tahulah sama ada diberikan secara percuma atau sekadar dipinjamkan. Malah, Tan Sri J juga dikatakan pernah menghadiahkan kalung berlian yang dibelinya dari Singapura kepada Fasha.

Sedikit info tentang Tan Sri J: VIP ini dikatakan memang suka membantu artis-artis yang baru hendak meningkat naik. Maklumlah beliau seorang pemegang saham terbesar dalam sebuah organisasi minyak. -Gua

Tag : , , ,