Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Remy ishak diugut bunuh oleh seorang wanita?

Ahad, 4 September 2016

Disebabkan enggan mahu berjumpa seorang wanita berstatus vip, Remy Ishak telah meneriaugutan bunuh wanita berkenaan. Remy menerima satu panggilan telefon dari seorang lelaki yang tidak dikenali yang kemungkinan menjadi orang suruhan wanita vip berkenaan.

Namun sumber itu mengatakan Remy telah membuat laporan Polis mengenai hail ini.
“Namun pelawaan itu ditolak dengan baik oleh artis itu sebelum telefon terbabit diserahkan kepada wanita berkenaan. Sebaik menerima telefon itu, wanita terbabit mengugut mahu membunuh pelakon lelaki itu jika enggan bertemunya. Malah beliau juga pernah membuat laporan polis sebelum ini di Balai Polis Sri Kembangan, Selangor,” katanya kepada Projek MMO.

Neelofa ada skandal dengan VIP (laki orang) ?

Isnin, 1 Ogos 2016

Baru-baru ini ada khabar angin mengatakan Neelofa sedang menjalinkan hubungan dengan suami orang bahkan sudah menjadi isteri kedua lelaki tersebut berstatus VIP.

Walaubagaimanapun, Neelofa menafikan dakwaan berkenaan.

Saya tidak memerlukan lelaki itu, jauh sekali duit ringgitnya. Saya tidak perlu apa-apa daripadanya. Demi Allah, saya baru tahu cerita ini minggu lalu apabila seorang teman memaklumkannya.

Sudah beberapa tahun, saya dikatakan mempunyai hubungan dengan lelaki itu. Ia bagaikan tiada berpenghujung, malah saya sudah jemu mendengarnya. Lagi dan lagi cerita karut seperti ini dibangkitkan. Saya sudah lama melupakannya, tetapi mengapa masyarakat di luar sana tidak melakukan perkara yang sama." kata Neelofa memetik sisipan BiPop Berita Harian

Harga Tiket Konsert Anuar Zain ialah RM1,380!

Rabu, 29 Januari 2014

Amat memeranjatkan sekali apabila dikhabarkan tiket konsert Anuar Zain bersempena Minggu Setiausaha dengan tema 'Terindah... Anuar Zain' yang dijadualkan pada 8 April nanti di di Hotel One World, Petaling Jaya, mencecah harga RM1,380! menaik 100% daripada tahun lalu, RM698.

Menurut portal mStar, ianya adalah harga VIP dan sangat berbaloi disebabkan ada sajian sedap, persembahan berkualiti, hadiah tiket bertuah dan sebagainya bagi mereka yang mampu tersangat-sangat.
"Harga itu berpatutan kerana ia merangkumi makanan, door gift, kualiti persembahan dan memberi peluang kepada para peminat untuk mendekati diri saya.

"Kita juga menjanjikan susunan muzik yang lebih segar dan mantap bersesuaian dengan tema majlis iaitu 'Terindah'. Ia hadiah ikhlas dari saya kepada peminat yang hadir nanti," katanya.
Namun bukan harga RM1,380 sahaja dijual, korang boleh join dengan membeli tiket RM480, RM680 sehingga RM980.

Tiket-tiket mula dijual pada 7 Februari nanti, menerusi online di lama portal www.tiketcharge.com.my manakala tiket untuk VIP boleh diperoleh terus dengan menghubungi Anuar Zain Network di talian 019-3177476/012-4642030.

Kereta dan Plat Nombor Milik Dafi?

Ahad, 17 Februari 2013

Memang tak sah kalau selebriti pakai kereta mewah lebih-lebih lagi kalau selebriti tu dari keluarga kaya seperti VIP mahupun VVIP. Seperti Dafi yang dikatakan memiliki kereta mewah, Porsche, model apa admin tak tahu sebab tak pro sangat dalam bab kereta dan model-modelnya.

Namun kereta mewah, Porsche itu juga dihiasi dengan plat number yang boleh dikatakan unik dan sudah semestinya mahal. D4FI merupakan singakatan nama huruf 'Dafi'. Wah memang senang kena cam la ini kereta siapa yang memandunya. Nak ingat ni Dafi punya agak susah sikit, ramai peminat selebriti berdolak dalih dengan seribu andaian kereta ini kepunyaan siapa. Kalau lihat gambar agaknya memang sah kereta dan plat nombor itu milik Dafi kan.

Tapi pengakuan Dafi melalui laman sosialnya menyatakan kereta itu adalah untuk shooting sahaja, dan mungkin nombor plat diubah mengikut citarasa shooting berkenaan.


Gangguan Seksual kepada Neelofa

Rabu, 7 November 2012

Luahan ini dikatakan luahan hati milik pelakon Neelofa yang dipetik melalui forum Cari. Tidak dapat dipastikan daripada mana sumber asal luahan hati berkenaan.

Namun jika ianya benar milik Neelofa maka anda pastinya sudah sedia maklum, pelakon cantik itu pastinya mendapat perhatian ramai apatah lagi statusnya yang belum lagi berkahwin.

Ramai dari kalangan orang biasa sehinggalah dari kalangan VVIP telah menghubungi Neelofa untuk tujuan tertentu tidak rasmi.

Nak tahu isi luahan hati berkenaan? baca lah di bawah ini...

Anne Ngasri Nafi Kahwin Dengan Ahli Politik

Rabu, 31 Oktober 2012

Bila berita pertunangan Wafi bekas kepada suami Anne Ngasri di postkan, kini giliran berita mengenai Anne pula di mana dia kini dikaitkan dengan perkahwinan dengan seorang ahli politik atau VIP.

Gosip itu tidak bertitik disitu sahaja, bahkan ianya menjadi lebih dasyat apabila Anne rela di madukan menjadi isteri ke-2. Namun gosip ini hanya lah khabar angin sahaja dimana Anne sendiri menafikan gosip itu berlaku keatas dirinya.
"Tidak benar saya sudah berkahwin dengan mana-mana VIP atau ahli politik kerana sehingga kini saya masih solo dan kepada mereka yang mempunyai bukti saya sudah kahwin, saya mempersilakan untuk ia didedahkan kepada umum." -kata Anne yang memetik daripada portal mStar.


Zizie Ezette kini bergelar Datin

Selasa, 22 November 2011

Bermula awal tahun ini, Zizie Ezette telah mula bergelar datin. Ini berikutan Datuk Bung Mokhtar Radin menceraikan isteri pertama beliau, Nor Asidah Alimuddin.

Untuk yang tidak tahu, gelaran datin hanya boleh digunakan oleh isteri pertama sahaja. Perceraian itu dikatakan berpunca sikap Bung dan Zizie yang melanggar perjanjian dulu.

“Khabarnya dulu, Bung dan Zizie berjanji pada Nor Asidah tidak akan meuwar-uwarkan berita perkahwinan mereka. Bekas isteri minta mereka kahwin senyap-senyap supaya tidak menimbulkan persoalan.

“Tapi, malangnya berita perkahwinan Bung dan Zizie dapat dihidu wartawan dan menjadi berita besar. Kebanyakan akhbar meletakan cerita perkahwinan mereka di muka depan. Jadi Bung dan Zizie dianggap melanggar janji,” lapor akhbar berkenaan.

Gambar Zizan, Juliana Evans kelas korporat

Rabu, 20 April 2011

Zizan RL dan Juliana Evans tak perlu disebutkan lagilah tentang hubungan mereka, pasti korang dah tahu yang dorang tengah hangat bercinta. Cinta dorang mungkin diam-diam kot, sebab time ABPBH pun jarang kelihatan sama-sama. Baguslah seperti itu, tak elok tunjuk-tunjuk dikhalayak ramai, nanti orang ramai makin meluat pula. hehe. Apa-apa pun kita doakan yang hubungan Zizan dan Jue kekal hingga ke jinjang pelamin kelak. Amin. Ni belum lagi sebut soal kahwin-kahwin, gambar dibawah ni umpama gambar potret suami dan isteri korporat lah, boleh buat bujet ni letak d ruang tamu Zizan nanti. Cewah, segak, mantop, Class... -gambar Kosmo

Artis kenamaan di majlis hari jadi Sultan Pahang

Selasa, 2 November 2010

Majlis memang kelas kenamaan yang hadir adalah kerabat diRaja, golongan VVIP, VIP, kaya raya adalah menjadi sebagai penyeri majlis. Mungkin majlis makan malam agaknya, majlis ini adalah sempena ulang tahun Sultan Pahang baru-baru ini. Kelas kenamaan ni menampakkan serinya apabila didatangi oleh artis-artis yang bertaraf dengannya, maknaya mereka berkahwin dengan golongan berkenaan ler. Lihatlah siapa yang datang. Artis bergelar Datuk dan Datin. Siti Nurhaliza dan suami pun turut datang.

Gaya mengoda Zahida Rafik, nafi jual badan dengan VIP

Rabu, 16 Jun 2010

Suatu hal yang dikagumi oleh sebilangan besar wartawan/penulis hiburan mengenai aktres Zahida Rafik ialah dia tidak pernah melenting apabila orang bercakap yang bukan-bukan mengenai peribadinya. Namanya sering dikaitkan dengan orang kenamaan atau VIP. Ada yang mengatakan kemewahan yang dinikmati itu kerana dia 'dibela' oleh orang kenamaan, kaya dan berpengaruh. Malah lebih masyuk lagi, ada mendakwa kononnya dia menjual tubuh untuk hidup mewah. Namun, entah dari mana Zahida memperoleh kekuatan dan tahap kesabaran untuk mempertahankan diri sucinya sehingga segala umpat keji masyarakat padanya tidak langsung meninggalkan kudis buatnya. :) -Utusan

Gambar Datuk Bung Mokhtar, Zizie di ABPBH 2009

Selasa, 6 April 2010

Malam ABPBH 2009 hari ahad lalu merupakan malam yang tidak perlu diperkatakan lagi, memang gilang gemilang terbilang dan lang2 lagi. Banyak kejutan dan juga budaya fesyen yang memang masyuk tahap revolusi. Namun yang menjadi menarik perhatian penulis cuma kehadiran Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar dan juga isterinya, Zizie Ezette. Kehadiran mereka berdua tidak disangka-sangka. Pasangan suami isteri ini cukup berseri-seri, kiranya pada malam itu mereka lah pasangan VIP yang menjadi perhatian. Dah kahwin juga pun, takda kontroversi lagi dah. Hikhik.

Rozita Che Wan kena pelawa naik Jet Pribadi

Isnin, 18 Januari 2010

Kisah golongan kaya dan VIP cuba memikat artis memang kerap diperkatakan, namun tidak ramai mengetahui taktik dan cara mereka ‘mengayat’ (memujuk) atau dalam erti kata ramai, mengorat artis yang diminati dengan berbekalkan kemewahan masing-masing sebagai aset untuk memiliki artis berkenaan. Rozita Che Wan tidak terlepas daripada itu, walaupun digelar janda, namun Rozita masih boleh dikatakan memiliki sesuatu yang berharga di mata mereka.

“Tahun lalu seorang lelaki yang menjadi orang tengah menelefon dan minta saya menemani seseorang untuk makan malam. Katanya, makan malam itu privasi hanya untuk saya dan lelaki itu bagi tempoh dua jam saja. Sebagai upah, saya boleh minta berapa saja walaupun puluhan ribu ringgit. Selepas saya menolak tawarannya, lelaki itu berkali-kali cuba menghubungi saya dan menghantar SMS dengan memaklumkan tawaran sentiasa terbuka. Katanya, saya boleh berhubung dengannya semula jikab erubah fikiran.
Saya berasa sungguh terhina dengan tawaran sebegitu. Saya juga pernah menerima tawaran melancong ke luar negara. Mereka bukan saja menelefon saya secara peribadi tetapi ada yang datang ke rumah dan sanggup menyediakan jet persendirian untuk mengambil saya. Saya tidak layan semua itu dan jangan fikir juga semua artis boleh dibeli dan dikaburi dengan wang ringgit.” Ujar Rozita

Bung Mokhtar sahkan perkahwinan Zizie

Isnin, 21 Disember 2009

Ahli Parlimen Kinabatangan yang lantang bersuara di Parlimen, Datuk Bung Mokhtar Radin dan aktres jelita rupawan, Zizie Ezette kelmarin mengesahkan mereka sudah selamat berkahwin. Dalam satu SMS kepada wartawan The Star kelmarin (20/12), Bung Mokhtar mengesahkan perkahwinannya dengan Zizie, tetapi tidak memaklumkan tarikh dan tempat pernikahan itu berlangsung.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) itu yang dipercayai sedang bercuti di luar negara dan enggan memberitahu di mana beliau berada sekarang atau dengan siapa, turut menafikan tentang majlis respsi perkahwinan yang dikatakan diadakan di sebuah hotel mewah di Petaling Jaya, malam Rabu lalu.

Beliau juga memohon semua pihak agar menghormati privasi mereka dan berjanji akan mengundang media jika mereka mengadakan majlis resepsi kelak.

Shila Nafi Ada Skandal Dengan VIP

Selasa, 17 November 2009

Naib juara kepada musim kedua pertandingan nyanyian realiti One in a Million (OIAM), Nur Shahila Amir Hamzah, atau lebih dikenali sebagai Shila, 19, sanggup mengetepikan soal cinta demi kerjaya nyanyiannya. Shila sedar belum sampai masanya dia bercinta lebih-lebih lagi kerjaya dunia hiburannya sedang mula berkembang.

"Biarlah saya fokus kepada kerjaya saya dulu. Memang ada di kalangan artis dan orang biasa yang ingin memikat saya. Tetapi saya lebih mengutamakan kedua-dua ibu bapa dan kerjaya saya," kata Shila yang enggan menamakan lelaki-lelaki tersebut.
Ditanya sama ada Datuk atau Tan Sri merupakan antara yang cuba menawan hatinya, Shila menafikannya sambil tersenyum. Tidak menghairankan jika ramai lelaki cuba memikat Shila yang jelita ini. Selain bersuara lunak, anak kepada penyanyi terkenal bergelar ND Lala ini bernilai komersial.

Fasha Sandha dan Tan Sri J

Sabtu, 10 Oktober 2009

Siapa pula Tan Sri J ini? Selepas Qabil Ambak mengeluarkan kenyataan yang dia tidak jadi melamar Fasha beberapa hari lalu, tiba-tiba keluar gosip mengaitkan Fasha dengan Tan Sri J pula. Hai, ramai betul peminat Fasha ini! Mungkin sebab itu juga Fasha sering dilanda kontroversi.

Menurut gosip yang sampai, Tan Sri J ini ada memberi kereta mewah kepada Fasha, katanya Porsche warna putih. Tidak tahulah sama ada diberikan secara percuma atau sekadar dipinjamkan. Malah, Tan Sri J juga dikatakan pernah menghadiahkan kalung berlian yang dibelinya dari Singapura kepada Fasha.

Sedikit info tentang Tan Sri J: VIP ini dikatakan memang suka membantu artis-artis yang baru hendak meningkat naik. Maklumlah beliau seorang pemegang saham terbesar dalam sebuah organisasi minyak. -Gua