Pada:
Selasa, 29 September 2009
Ketika itu, identiti bakal suaminya dirahsiakan dengan ketat. Yang hanya dikongsikan "orangnya hitam manis, dia ahli perniagaan, penyayang selain dapat menerima saya seadanya." Lebih pentingnya, "dia bukan suami orang, jauh lagi duda." Malah dalam temubual itu, Fasha juga mendedahkan keputusannya untuk bersara dari bidang lakonan, atas permintaan bakal suaminya.Dua bulan kemudian, laman web mstar menerbitkan satu temuramah dengan Fasha pada 22 Julai, dimana dia dipetik berkata, "InsyaAllah, saya akan adakan sebuah sidang media ringkas pada bulan September ini untuk rakan-rakan media dan kenalan rapat. Di situ nanti saya akan cerita tentang majlis perkahwinan kami itu." Setelah lama berteka-teki, identiti buah hati Fasha didedahkan di Harian Metro, edisi 19 Ogos. Orang yang dimaksudkan bukannya bekas suami Nora Danish, Rizal Ashram Ramli (Jejai) tetapi ekuesterian negara, Qabil Ambak.

“Saya sudah mengenali Fasha sejak setahun lalu, tapi tidak mahu perkara ini diperbesarkan. Tunggu bulan depan, nanti saya akan membuat pengumuman," kata QabilTetapi nampaknya, apa yang dijanjikan selama ini tidak mampu Fasha tepati.
Tag : Fasha Sandha , Gossip Artis , Pelakon , Tunang Artis

