Siti Nurhaliza di Suria FM

Pada: Sabtu, 22 Ogos 2009
Siti Nurhaliza telah singgah untuk menjadi tetamu di konti Suria FM untuk memilih pemenang hadiah wang tunai RM10,000 bagi kempen Lagu Berduit Suria FM tajaan One Drop Perfumes pada 19 Ogos yang lalu. Siti nampak bermake-up tipis dan natural serta fesyen kasual dengan jaket dan topi hitam, Siti katanya begitu seronok menjadi tetamu undangan krew Breakfast@Suria bersama juruhebah Tuah dan Zizi. Lagi pun lagu nyanyiannya, Biarlah Rahsia menjadi lagu pilihan untuk ganjaran tersebut. (la ingat lagu Asma Ul Husna - Lagu baru)





















Tag : , , ,