Fara Guna Jin Untuk Mawi

Pada: Rabu, 12 Ogos 2009
Zaman moden ini, masih ada pihak yang suka mandrem (guna bomoh) dan suka main ilmu hitam. Terdengar khabar terbaru yang mengatakan bahawa pengacara Fara Fauzana telah mandrem (guna bomoh) keatas penyanyi lelaki no. 1 iaitu Mawi. Difahamkan lagi, dengan menggunakan menggunakan ilmu jin, Fara melakukan perkara itu ke atas Mawi. Biar betik, Fara sanggup berbuat demikian?

Jawapan itu ada dalam filem komedi aksi, Jin Notti yang dibintangi oleh Mawi yang kedua kali membintangi bidang lakonan selepas filem pertamanya Aduh Saliha dan Fara Fauzana. Ia akan ditayangkan pada 20 September 2009 ini iaitu pada Hari Raya Aidilfitri (nak dekat raya dah tue). Tapi sebelum itu, Tayangan Perdana Jin Notti akan berlangusung pada 14 Ogos 2009 ini di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara. Selain artis, peminat bertuah juga akan turut diundang.

Tag : , , ,