Fara Fauzana Berniaga Kuih Raya

Pada: Khamis, 27 Ogos 2009
Jom kita jenguk apa aktiviti Fara Fauzana sepanjang bulan puasa ini. Kalau anda hendak tahu, sempena kedatangan Syawal tidak lama lagi, Fara akan menjual biskut raya istimewa di Bazar Ramadhan Plaza Damas, Sri Hartamas. Menurut Fara lagi, biskut yang dijualnya itu adalah resipi istimewa daripada ibu dan juga makciknya.

“Bermula pada minggu hadapan, saya akan cuba luangkan masa untuk menjual biskut raya di Plaza Damas. Sebenarnya, saya berkongi ruang niaga dengan Kak Liza, pembantu peribadi Ziana Zain.Biskut raya ini emak dan makcik saya yang buat. Koleksi biskut ini dinamakan Fafau Cookies kerana ia gabungan nama emak dan makcik saya, Faridah dan Fauziah. Antara biskut yang dijual ialah seperti Cip Coklat, Nescafee dan Biskut Arab.
“Semua biskut ini dijual pada harga berpatutan dan yang paling penting, ada jaminan wang dikembalikan jika pelanggan tidak berpuas hati dengan rasa biskut ini. Kami berani bagi jaminan tersebut kerana yakin biskut ini memang sedap!” ujar Fara semasa ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Media dan Anak Yatim anjuran Rangkaian Radio Media Prima Hot FM dan Fly FM Selasa lepas....

Tag : , , ,