Pada:
Rabu, 1 Julai 2009

Hai Syamsul, ikut jejak bekas buah hati ke? Kalau benar, nampaknya bukan suara Diana seorang sahaja yang boleh dinikmati peminat, Syamsul juga bakal mengikut jejaknya.
Bicara Syamsul, dia bukannya nak mengikut jejak sesiapa tetapi bidang nyanyian merupakan minat pertamanya sebelum jatuh cinta dengan dunia filem.

"Dulu sebelum jadi pelakon dan pengarah, saya memang nak menyanyi tetapi ayah membantah dan ingin melihat saya fokus dalam produksi terlebih dahulu.
"Jadi apabila hasratnya sudah tercapai saya cuba tunaikan pula hasrat saya untuk jadi penyanyi. Dalam filem Evolusi KL Drift 2 pun saya ada sumbangkan suara dan tidak lama lagi saya akan muncul dengan lagu single pertama berjudul Bidadari," katanya yang akan mengusung genre R&B dalam perjuangannya melalui dunia nyanyian. -Kosmo
Tag : Berita Artis , Diana Danielle , Penyanyi , Syamsul Yusof