Peminat Anuar Zain Luahkan Rasa Cinta

Pada: Ahad, 5 Julai 2009
Ketawa besar The Most Eligible Bachelor, Anuar Zain, apabila mendengar peminat menjerit, "Will You Marry Me Anuar?" di Istana Budaya (IB), 2 Julai 2009. Soalan nakal itu dilontarkan peminat wanita tatkala Anuar berkomunikasi di celah-celah persembahannya. Selain itu, jeritan "I love You!" dan aksi melayangkan flying kiss dapat didengar dan disaksikan di segenap ceruk panggung 3 tingkat itu. Ia sentiasa dibalas dengan "I Love You Too" oleh Anuar.

Ternyata peminat Anuar bukan sahaja memuja lagu-lagunya tetapi juga kalau mampu, ingin memiliki hati adik penyanyi Ziana Zain yang kacak itu. Dialah umpama Darling kepada setiap audien.

Jeritan histerikal turut terdengar sewaktu Anuar yang sedikit kepanasan, membuka kot kelabu dan hitamnya. Dengan gaya rambut pendek yang dipotong kemas, ia menambahkan lagi gaya kacak serta aura beliau di mata semua penonton malam tadi. Sampaikan Anuar berseloroh dan mengusik untuk membalingkan tudung plastik botol air mineralnya itu kepada mereka!

Jadi kita dapat membayangkan kenapa Anuar, 39, pernah dipeluk dan dicium peminatnya ketika membuat persembahan di ibu negara dulu. Ia tidak ubah seperti melihat seorang superstar dari Hollywood dan Hong Kong beraksi. -Murai

Tag : , , ,