Pada:
Sabtu, 11 Julai 2009

“Mengarut... lucu.. tidak ada kena mengena dan gila!” spontan Raja SMS itu menjawab.
“Kami pernah berjumpa sekali, itu pun ketika sama-sama menjayakan Minggu Setiausaha. Selepas itu, kami tidak pernah bertemu lagi. Dia seorang yang mesra dan gila-gila. Memang ketika sama-sama menjayakan minggu setiausaha itu kami ada berbual tetapi hanyalah sekadar perbualan biasa dan kami hanya bertemu setakat itu saja.
“Tetapi tidaklah terbawa-bawa hingga di luar kerja, malah selepas majlis itu kami tidak pernah berhubung langsung untuk bertanya khabar. Gosip itu memang mengarut betul,” katanya Mawi."Saya tidak tergamak dilabel sebagai perosak rumah tangga orang. Saya juga tidak memerlukan cerita negatif untuk menaikkan nama. Mahu saya tak terkejut dengar cerita sebegini kerana kami memang tidak pernah rapat,” tambah Mawi.
Pinta penyanyi itu juga, janganlah sengaja mengadakan cerita sebegini kerana ia boleh mengganggu keharmonian rumah tangga yang baru dibina dengan wanita tercinta Disember lalu setelah hampir dua tahun berkenalan.
Malah, dia juga tidak mahu cerita itu menambahkan lagi kekeruhan yang sedia dihadapi penyanyi dari sebarang itu. -Bharian
Tag : Artis Indonesia , Gossip Artis , Mawi , Penyanyi , Rossa


