Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Produk kena hina, ini luahan hati Kak Ogy

Khamis, 15 Jun 2017


Fauziah Ahmad Daud atau Ogy  kecewa dengan tindakan seorang nitizen yang memuat naik status menghina produk terbitannya dan kariernya di laman sosial Instagram miliknya.

Ayat yang berbunyi ‘Klu boleh elak kan dr makan air tangan retis... Masa muda mengangkang sana sini, bila tua dah xde punca pendapatan mula lah berjualan, sambal bodoh taruk nama lagend... Air tangan tu jng la bg ank2 mkn’ yang ditulis individu dikenali sebagai ezaieyda itu dimuat semula Ogy di Instagramnya dan mendapat perhatian banyak pihak.

“Selama ini saya hanya berdiam diri dengan cakap-cakap orang. Kali ini, saya tidak mampu bersabar lagi. Sebab itu, saya ‘screen shot’ komen penghinaan hamba Allah itu di Instagram saya sekali gus meminta pandangan netizen mengenai perkara itu.

“Terus-terang, saya sangat terhina dengan perkataan ‘mengangkang’ yang dilabel hamba Allah itu pada golongan artis tanah air. Bagi saya ia satu fitnah yang sangat besar kerana membabitkan maruah anak seni.

“Saya juga ingin bertanya hamba Allah itu, apa buktinya dia menuduh dan memfitnah kami sedemikian rupa? Adakah dia sendiri melihat perbuatan itu dengan matanya sendiri sehingga dia menjatuhkan hukuman sebegitu?,

“Saya lebih hormat orang yang tidak berpuas hati dengan saya tetapi berjumpa secara berdepan. Sebagai artis, saya percaya bukan semua orang suka kita.

“Namun, penghinaan hamba Allah itu bukan ditujukan kepada saya secara individu tetapi membabitkan anak seni secara umum. Rata-rata komen yang saya terima menyokong saya daripada belakang.

“Sepanjang empat tahun mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga dengan perniagaan ini, belum ada komen yang tidak baik mengenai produk yang dikeluarkan termasuk dalam kalangan wanita hamil,” kata Ogy memetik HarianMetro.

Ini komen Elly Mazlein terhadap kak Ogy. Hormat sampai tahap 'ibu'!

Rabu, 16 November 2016

Elly Mazlein mengakui yang dia masih mempunyai rasa hormat terhadap Fauziah Ahmad Daud aka Ogy Ahmad Daud sebagai orang yang lebih tua dan berpegalaman dalam dunia seni, walaupun menyedari Ogy mengkritiknya di program realiti Gegar Vaganza 3 (GV3) pada 6 November lalu.
"Pada saya banyak cara dia boleh bercakap termasuk menegur saya secara peribadi jika tidak berpuas hati tetapi perkara sudah pun berlaku dan saya ingin lupakan sahaja.

"Biarpun dia serang saya tetapi saya tetap menghormatinya bukan sahaja sebagai pelakon senior dan orang yang lebih tua daripada saya tetapi melihatnya sebagai seorang ibu.

"Hendak bergaduh pun sampai bila? Ia tidak akan membawa apa-apa kebaikan dan saya terima sahaja apa yang orang hendak katakan kepada saya,

"Apabila Kak Ogy mengatakan dia kenal saya, saya sebenarnya tidak mengenalinya secara peribadi untuk mengulas panjang tentang tujuannya mengkritik saya.

"Kami bekerjasama pun 11 tahun lalu dan itu pun dia hanya sempat mengarah separuh sahaja drama berkenaan sebelum diganti orang lain kerana masalah tertentu," ujarnya. ujarnya kepada mStar Online.

Kritik Elly Mazlein, Ogy Ahmad Daud Tak Mahu Mengaku Kalah!

Rabu, 9 November 2016

Susulan kecaman yang diterima pelakon terkenal, Ogy Ahmad Daud selepas mengkritik secara terang-terangan penyingkiran Elly Mazlein daripada program Gegar Vaganza, nampaknya pelakon itu tak mahu mengalah.

Sebelumnya, Ogy dikatakan telah membuat para pengikut Elly Mazlein dan juga netizen marah dengan kenyataannya yang begitu pedas.
"Memang dia patut keluar..dok drama kehidupan je kat atas pentas.."
Ternyata kenyataan tersebut tidak disenangi ramai dan menganggap Ogy bercakap sesuka hatinya tanpa mengira perasaan orang lain.

Tak mahu mengalah, pelakon tersebut membalas menerusi laman Instagram,

"Ini IG saya dan saya berhak untuk menulis apa yang saya nak. You all tak suka saya dan tak suka baca komen saya tak perlu baca.

"Saya pun tak hard up nak jadi juri GV. Dan saya nak kais pagi ke, tak hidup mewah ke yang saya tak ganggu orang lain meminta-minta," ujar Ogy memetik portal Cari

Ogy Ahmad Daud nak bersara?

Jumaat, 13 Mei 2016

Pelakon Fauziah Ahmad Daud aka Ogy memberitahu dia tidak meletakkan sasaran tertentu untuk bersara dan meninggalkan dunia seni tanah air.

Tambah Ogy lagi, dia pernah terfikir ke arah itu beberapa tahun lalu, namun gagal melaksanakannya kerana minat yang terlalu kuat dalam bidang berkenaan.

"Saya tidak menetapkan bila akan bersara kerana setiap kali datang skrip yang hebat saya akan rasa tercabar untuk melakukannya.

"Dulu ketika pulang daripada umrah saya ada fikir untuk berhenti dan keluar dari industri tapi akhirnya saya kembali semula berlakon. Jadi lebih baik saya tidak tetapkan bila saya rasa nak bersara" ujarnya kepada mStar Online.

Ogy A. Daud, Erma Fatima berbaik semula, ini sebab dia..

Isnin, 12 Oktober 2015

Hubungan Erma Fatima dengan Ogy Ahmad Daud sejak setahun lalu amat rengang. Dan kini mereka mula belajar untuk berbaik dan berdamai semula.

Kisah kerengangan hubungan mereka bermula apabila berlakon bersama untuk drama Pengantin Popular 2014, akibat Erma menegur lakonan Ogy, disitulah hubungan mereka rengang.

Dan kini mereka mula berbaik untuk satu pementasan teater pada November tahun ini.
“Saya ketika itu hanya pelakon baharu, yang memandai mandai nak menegurnya. Sebagai pelakon senior, dia ada egonya tersendiri. Tapi semua itu kisah lama yang tak perlu dikenang lagi. Buang yang keruh, ambillah yang jernih,” jelas Erma kepada BH Plus.

Abam Bocey kecil hati sindirian Ogy Ahmad Daud!

Rabu, 20 Mei 2015

Ogy Ahmad Daud memang lantang berkata, sekali berkata memang kurang bertapis, adakalanya ada juga rakan artis yang makan hati dengan katanya.

Terbaru Abam Bocey telah dikritik oleh Ogy untuk rancan Qu Puteh Bintang Bersama Bintang. Akui Abam dia terasa dengan dakwaan Ogy yang menganggap kumpulan Bocey sengaja menggunakan Abam sebagai objek utama persembahan mereka untuk meraih undi dan menang sesuatu pertandingan.
“Apa pun orang nak cakap, kita buat untuk semua terhibur jika anda tak puas dengan persembahan kami maaf kami ucapkn sebab tiada manusia yang perfect. Tak salah untuk mengkritik tapi jangan sampai menjatuhkn air muka. Kalau tak suka, cakap tak suka…simple in my life,” -Abam
Dan inilah kata-kata pedas Ogy yang dilemparkannya itu.
“Kenapa daripada dulu sampai sekarang ye, kumpulan Bocey ni hanya menggunakan Abam sebagai bahan, mesti fizikal tubuh Abam. Bagi kakak kalau sentuh pasal lawak skopnya luas, kamu kata kamu orang tua tapi di mana watak orang tua nya? Bahasa tubuh orang tua? intonasi org tua di mana?”

“Itu maksud kakak. Tapi kalau awak menang pun kerana undianlah. Kerana ramai peminat awak yang akan mengundi awak bukan kerana persembahan. Terima kasih,” -Ogy Ahmad Daud

Ogy A. Daud sindir Zahida Rafik guna botox (mesti baca)

Sabtu, 25 April 2015

Dalam rancngan Ya Ke yang ditayangkan baru-baru ini di TV3 ada mana host rancangan berkenaan iaitu AG dan Ogy Ahmad Daud telah digandingkan bersama untuk setiap tetamu selebriti yang berbeza setiap minggu, rancangan ini sebenarnya adalah sesi soal jawab secara spontan.

Namun jemputan selebriti seperti Zarina Zainuddin, Jasmin Hamid, Maria Farida, Zahida Rafiq, Sherry, Kilafairy dan Adira. Sehinggalah giliran Zahida yang ditanyakan oleh Ogy dengan soalan panas dimana dia kerap dihubungkaitkan dengan golongan VVIP.

Sehinggalah soalan paling panas bertanyakan soal botox yang ditujukan oleh Ogy kepada Zahida. Zahida menjawab persoalan itu, namun dipotong oleh Ogy dengan ucapan, ''bukan ke menggubah ciptaan maha pencipta itu berdosa besar' bahkan Ogy dikatakan bangga kerana wajahnya tidak menggunakan botox, tapi neutral.

Siapa tidak termakan hati dengan kenyataan Ogy seperti ini kan. Dah lah live.. -gambar Forum Cari

Zaman muda mudi Ogy Ahmad Daud (15 gambar)

Khamis, 5 Mac 2015

Tak sangka periang wajah Ogy Ahmad Daud ketika usia mudanya ni kan. bernostalgia betul bila lihat gambar-gambar lama ni kan. Jom layan. -gambar Forum Cari

Afdlin Shauki tak senang dengan kenyataan Ogy Ahmad Daud

Selasa, 3 Jun 2014

Hari minggu yang lalu, ada satu yang tidak kena dengan program Bintang Mencari Bintang ke-2 (BMB) di TV3, dimana jurinya, Ogy Ahmad Daud memberikan komen dan teguran pedas terhadap anak didik kepada Afdlin Shauki iaitu kumpulan Ooooo, Zack dan Ridhuan.

Tidak dipastikan apa komentar pedas yang disampaikan Ogy kepada anak didik Afdlin itu, namun pastinya ianya tidak memuaskan hati dan perasaan Afdlin sendiri sebagai rakan anak seni.

Akibatnya kumpulan Ooooo tersingkit pada peringkat separuh akhir. -gambar atas HarianMetro

Gambar Pernikahan Fazura, Shaheizy Sam

Jumaat, 10 Mei 2013

Tiada angin tiada ribut, tip top dorang dah bernikah, biar betul. Tapi jangan panik, gambar dibawah bukanlah gambar pernikahan/perkahwinan sebenar diantara pelakon Nur Fazura dengan Shaheizy Sam. Tapi mereka berdua hanya lah berlakon untuk satu filem yang berjudul Manisnya Cinta Di Cappadoccia.

Filem ini juga turut dibarisi oleh Lisa Surihani, Kak Ogy, Zaibo, Rafidah 3R dan ramai lagi. Gambar dibawah adalah sebagian babak yang mereka berjaya jalani. -gambar FB Manisnya Cinta Di Cappadoccia
























Ogy Tak Jadi Saman Johan RL

Rabu, 14 Mac 2012

Akibat daripada ketidak 'dewasaan' Johan Raja Lawak di artikel yang lalu di sini, kira-kira 3 bulan yang lalu, Ogy Ahmad Daud telah pun mengemukakan satu tindakan saman terhadap Johan. Namun tindakan ini telah ditarikbalik sendiri oleh Ogy. Memetik sumber dari GUA, Ogy telah memberikan komennya seperti ini, selepas ditemui ketika rancangan pengumunan protoge Mentor 6 baru-baru ini.

"Untuk pengetahuan semua, saya tidak jadi saman Johan," ujar Fauziah
selepas ini molek benor kalau mereka berdua bermaaf-maafan antara satu sama lain. :)

Johan sedia apa pun risiko! isu saman Ogy

Rabu, 30 November 2011

Sebelum ini Ogy telah mendakwa dirinya telah diaibkan oleh Johan di hadapan penonton termasuk tetamu VVIP, TPM, dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis FFM24 berlangsung. Menyifatkan isu ini sebagai sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh, kata Ogy, dia nekad untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Johan. Johan enggan memberi penjelasan lanjut mengenai 'ketelanjurannya' itu kerana enggan memanaskan lagi keadaan.

"Buat masa ini, saya belum menerima apa-apa surat saman. Saya tidak mahu komen lebih-lebih mengenai perkara ini.

"Jika saya ada apa-apa program melibatkan media, baru saya bersedia untuk memberikan kenyataan kerana saya mahu adil pada semua teman media.

"Saya tidak mahu ulang benda sama banyak kali. Biar kita duduk pada suatu tempat yang sama, tanyalah apa pun, saya bersedia untuk menjawab," -Via

Johan RL Kurang Ajar! -Ogy

Ahad, 27 November 2011

Episod ini berlaku semasa Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Ahad lalu. Idea pihak Astro menggabungkan Fauziah Ahmad Daud dengan Johan Raja Lawak sebagai hos mungkin dianggap boleh memberikan kelainan.

Namun, siapa sangka sebenarnya berlaku konflik senyap yang mungkin tidak disedari oleh kebanyakan penonton. Kekecewaan diluahkan oleh Fauziah atau Ogy ini mengenai sikap Johan terhadapnya sepanjang mengemudi majlis yang disaksikan hampir satu juta penonton itu.

Dakwa Ogy, Johan telah mengaibkannya di hadapan para penonton termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis berlangsung.

“Hampir satu juta penonton dapat saksikan bagaimana Johan memperlekehkan, mengaibkan dan mempersendakan saya di pentas FFM. Ini bukan gelanggang Raja Lawak. Di depan tetamu kenamaanteri pula tu.

“Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.

“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,” katanya.
Menurut Ogy, sepanjang majlis, dia hanya mampu beristighfar di dalam hati walau sedih dengan sikap Johan yang dianggap keterlaluan. Bagi Ogy, dia harus bersikap profesional kerana mahu tidak mahu, majlis perlu diteruskan dengan baik.
“Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar.

“Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya.

“Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya.

“Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya.

“Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali,” kesalnya.

Gambar Mia Sara Nasuha April 2011

Jumaat, 22 April 2011

Amboi-amboi makin bergaya melihat Mia Sara Nasuha ni. Semakin comel juga agaknya, biasalah dah semakin dewasa. Berita terbaru mengenai Mia adalah Mia kali ni akan berlakon dalam drama 'Berpaling Dari Jannahmu' dan digandingkan bersama pelakon, Ogy Ahmad Daud dan Nasir Bilal Khan. Memang sesuatu yang dinantikan oleh peminat-peminat Mia di luar sana. :) -Gambar Budiey

Mia Sara Nasuha

Mia Sara Nasuha

Mia Sara Nasuha

Mia Sara Nasua

Mia Sara Nasuha

Mia Sara Nasuha

Ogy Ahmad Daud di Raya Ke-2

Rabu, 2 September 2009

Rancangan TV bersitkom komedi, Kecoh Petang Raya… Lagi!! turut membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Ogy Ahmad Daud, Adibah Nor, Zahid AF, Adi Putra, Siti Sarah, Harun Salim Bachik, Jalil Hamid dan ramai lagi artis-artis yang turut menjayakannya. Rancangan ini juga akan disiarkan pada Hari Raya Kedua, 21 September, jam 6.00 petang di Tv3. Anda kalau nak tengok, dinasihatkan reminder kalendar di handphone anda tue. Ngeh3

Jamal Abdillah Dan Ogy Bergaduh?

Ahad, 26 Julai 2009

Penarikan diri pelakon dan pengarah, Ogy Ahmad Daud atau lebih mesra dikenali kak Ogy daripada konsert muzikal pertama Jamal Abdillah bukan kerana wujudnya kisah persengketaan antara mereka berdua. Sebaliknya faktor masa menjadi punca mengapa kak Ogy tidak dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasangannya dalam filem ‘Azura’ berkenaan.
“Tiada masalah antara saya dan Ogy. Kami masih lagi berhubungan baik. Malah dia sendiri menarik diri selepas dua minggu tawaran diberikan kepadanya dan ketika itu perjalanan konsert ini masih di peringkat perbincangan,” kata Jamal ketika ditemui pada majlis sidang media konsert ‘Kembara Seniman’ 24/7.
Selepas Ogy menarik diri, tempatnya digantikan Zainal Abiddin Bujang yang bertindak sebagai pengarah persembahan dan pengarah tari untuk konsert yang berlangsung selama lima hari itu. Juara Bintang RTM 1979 ini berharap penarikan Ogy tidak disalah erti dan disensasikan.
“Saya dapat merasakan penarikan Ogy akan disalah erti. Perlu saya jelaskan, saya sendiri yang menulis skrip untuk konsert muzikal ini, dan Ogy hanya bertindak selaku pengarah. Kerana itu apabila Zainal menggantikan Ogy, tidak ada sebarang masalah berlaku,” ujarnya lagi. -Gua