Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Berita mengejutkan dari Jamal Abdillah

Rabu, 24 Mei 2017

Dalam diam penyanyi lagenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah akhirnya menamatkan zaman dudanya dengan memilih wanita berusia 23 tahun sebagai isterinya yang dilangsungkan pada 1 April lalu.

Bagaimanapun, penyanyi itu enggan berkongsi lanjut tentang butiran majlis perkahwinan kali keempatnya itu.

Difahamkan, isteri penyanyi yang terkenal dengan lagu Azura itu berasal dari Kulim, Kedah.

“Alhamdulillah, benar saya sudah bernikah, doakan yang baik-baik buat rumah tangga saya.

"Maaf saya tidak mahu berkongsi lanjut. Saya tidak yakin perbincangan di media akan membawa sejahtera kepada sesebuah rumah tangga,” jawabnya ringkas kepada mStar Online.

Battle menyanyi Jamal Abdillah vs anaknya (video)

Jumaat, 24 Mac 2017

Nasihat Jamal Abdillah untuk anak hensemnya

Jumaat, 23 September 2016

Jamal Abdillah walaupun seorang ayah tunggal namun dia memiliki harta yang bernilai iaitu anak sulungnya, Osama Yamani, 15, yang semakin kacak.

Jika diikutkan Jamal mahu Osama tumpukan pada pelajaran terlebih dulu daripada ikut jejak langkahnya dalam dunia anak seni walaupun menyedari Osama juga memiliki kelebihan dalam bidang menyanyi.

Penjelasan Nabil isu ramai tidak suka Jamal Abdillah

Khamis, 17 Disember 2015

Nabil tampil jawab isu Jamal Abdillah tak boleh terima lawak
"Astro bayar saya mahal bukan untuk jadi bahan lawak Nabil.." Itulah kata-kata Jamal Abdillah yang diulang dua kali di Final Gegar Vaganza 2.

Peminat mengkritik Jamal Abdillah sebagai seorang yang tidak boleh dibawa bergurau.

Nabil Ahmad sudah minta maaf, Datuk Jamal berlagak + poyo?

Selasa, 15 Disember 2015


Dengarnya program realiti GegarVaganza ada spoil sedikit. Kedatangan Jamal Abdillah yang di nantikan tetapi di spoilkan oleh dirinya sendiri.

Semua orang tahu nabil suka bergurau. Datuk Ramli sudah lali dengan gurauan Nabil. Tapi yang menyedihkannya adalah, Jamal Abdillah tetap sound Nabil Ahmad walaupun Nabil telah meminta maaf sebelum Gegar Vaganza tamat. Ini bukti di mana Nitezen bersetuju yang Jamal Abdillah Spoil malam Gegar Vaganza

Bila anak Dato' Jamal Abdilah, Osama berduet bersama (mantap!)

Selasa, 17 November 2015

Persembahan Khas Dato' Jamal Abdillah Bersama Anaknya Osama Yamani Dengan Lagu Hingga Tiba Saat Itu. Dah besar dah Osama ni. Suara dia pun tak kalah dengan ayahnya.

Apa yang tak kena dengan gambar pelakon ni?

Jumaat, 16 Januari 2015


Hakhak. Viral betul la sapa-sapa buat benda macam ni. Nak popular laju sangat kat laman sosial.

Alhamdulillah Adi Putra berangkat menunaikan fardu Haji (gambar)

Selasa, 30 September 2014

Syukur Alhamdulillah, selepas Datuk Jamal Abdillah dan Afdlin Shauki mendapat panggilan Kaabah di Makkah untuk menunaikan fadhu Haji, kali ini Adi Putra juga tidak ketinggalan untuk turut sama dengan mereka.

Namun, Adi sebelum berangkat pergi seorang diri, dia sempat memuatnaik sekeping gambar dimana dia mahu memohon maaf kepada sesiapa yang pernah disakiti olehnya.

Semoga dengan kepulangan mereka nanti, ibadah mereka diterima (haji mabrur) dan menunjukkan perkembangan yang lebih positif. :) -gambar Murai

Jamal Abdillah tunaikan fardu Haji (2 gambar)

Sabtu, 27 September 2014

Alhamdulillah. Datuk Jamal Abdillah diberitakan akan ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah fardu Haji. Beliau kelihatan di KLIA Sepang untuk berlepas ke sana.

Kelihatan anak-anaknya serta rakan-rakannya yang sempat bersama-sama untuk kepergiannya. Difahamkan memetik portal BHarian, Jamal berada di sana selama 16 hari.

Jamal Abdillah tidak suka shopping di tempat awam

Isnin, 2 Jun 2014

Amboi-amboi bukan main lagi selera Datuk Jamal Abdillah ni. Dengarnya memetik laporan mStar, dia tidak suka membeli belah ditempat awam, tapi lebih selesa jika ada tukang jahit datang ke rumah.
"Saya lebih senang jika tukang jahit sendiri datang ke rumah, tunjuk kain-kain terbaru dan kemudian jahit setiap baju-baju yang direka khas buat saya. Lagi puas hati.

"Cara ini akan membuatkan saya dilihat lebih eksklusif dan peminat akan menghargai kita setiap kali berada di pentas,"
Selain itu pula, Jamal bukan jenis kaki lepak dengan kawan-kawan, tapi suka duduk rumah dengan bermain bersama dua ekor ikan Arwana peliharaannya.
"Di rumah, saya akan menghabiskan masa dengan melihat dua ekor ikan arwana yang saya bela.

"Ada yang bertanya, tak bosan ke asyik terperap kat rumah? Bagi saya tidak! Menghiburkan orang dengan memakai pakaian yang cantik adalah minat dan keseronokan saya. Jadi di rumah, adalah masa untuk berehat.

"Tetapi sekiranya ada isteri nanti, rasanya kenalah keluar berjalan-jalan ye tak?" -ujarnya lagi

Datuk Jamal Abdilah Mahu Kahwin Lagi

Selasa, 24 Disember 2013

Kepada wanita diluar sana yang mahu mencari calon suami, ha ini adalah masa yang sesuai untuk menjadi isteri kepada penyanyi pop tanah air, Datuk Jamal Abdilah.

Datuk Jamal Adillah yang sudah hampir sedekad membujang kini mengakui mahu berkahwin lagi untuk mencari teman hidupnya.

Kesunyian Datuk Jamal jelas terpancar apabila dia akui bila balik ke rumah hanya dia seorang sahaja yang ada tanpa ada belaian daripada seorang isteri.

Jamal mengakuinya semalam di Bharian. Sabarlah Jamal, kalau ada jodoh tak kemana, harap ada kawan-kawan Jamal yang 'rekomen' kan seorang calon isteri untuk Jamal ok.
“Siapa yang tidak teringin hendak berkahwin? Bila balik ke rumah, ada seseorang yang menunggu. Dia boleh menjadi tempat saya berkongsi apa saja cerita termasuk meminta pandangan mengenai mutu persembahan saya.

“Lagipun anak-anak sudah besar. Osama Yamani kini berusia 12 tahun dan Ahmad Zaki Yamani pula 8 tahun. Sekurang-kurangnya apabila mempunyai isteri, bolehlah dia membantu saya mengendalikan anak-anak,”

“Saya sudah selesa hidup sendiri, mungkin sedikit kekok apabila bangun pagi ada seseorang di sisi. Tetapi, pada masa sama saya juga memerlukan seseorang untuk menemani dan menjaga saya.

“Walaupun bukan lagi muda, saya tetap menyimpan hasrat untuk bernikah semula. Cuma buat masa ini saya belum bertemu calon sesuai,” -Jamal

Datuk Jamal Abdillah

Jumaat, 25 Oktober 2013

Tahniah lah kepada raja Pop Negara, Jamal Abdillah yang kini bergelar Datuk (Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)). Ini bersempena dengan hari keputeraan ke-83 Sultan Pahang, semalam.

Tidak ketinggalan juga, Rossa (Sri Rossa Roslaina Handiyani) penyanyi sensasi nusantara yang sama-sama dianugerahkan darjah kebesaran untuk bergelar Datuk.

Jamal Abdillah Kahwin Tahun Hadapan

Sabtu, 11 Mei 2013

Raja Pop, Jamal Abdillah menyatakan hasratnya untuk kembali mendirikan rumah tangga selewat-lewatnya pada tahun hadapan memandangkan dia sudah berusia 54 tahun pada tahun ini.

Persandingan Jamal Abdillah dengan Fatimatuzahra Samat beberapa tahun yang lalu
Jelasnya, kegagalan perkahwinan terdahulu tidak pernah mematahkan hasratnya untuk memiliki sebuah keluarga yang lengkap dan bahagia.
"Seperti orang lain, saya juga berhasrat untuk mencari seorang wanita yang sesuai sebagai peneman hidup pada masa hadapan," -Jamal. -Utusan


Jamal Abdillah Tolong Baiki Pusara P. Ramlee

Rabu, 17 April 2013

Mana pergi artis kaya raya dan juga peminat yang selalu menjadikan Allahyarham Tan Sri P Ramlee sebagai idola? ni ha nak khabarkan yang Jamal Abdillah merupakan selebriti dan pihak yang awal selain Arkib Negara yang sedikit sebanyak menderma wang untuk membaiki pusara Seniman Negara yang dihempap pokok tumbang beberapa hari yang lalu.

Jamal memberikan replika cek sumbangannya itu kepada Presiden Seniman, Zed Zaidi semalam. Rasanya Jamal bukan nak menunjunk-nunjuk, namun ikut dari caranya, rasanya dia sangat prihatin dan sanggup memberikan wang yang kadang kala dia juga menyanyikan lagu Allayarham. Apalah sangat wang ringgit dibandingkan dengan jasa P Ramlee yang filemnya masih lagi tak bosan-bosan dilihat sehingga ke hari ini..

Petikan daripada portal SinarHarian.
"Saya guna lagu-lagu P.Ramlee untuk konsert dan rakaman, jadi saya terfikir apa yang saya boleh buat untuk beliau?

"Kebetulan musibah itu (pusara rosak) berlaku, maka saya bagi apa yang termampu untuk bantu,"-Jamal

Niat Murni Jamal Abdillah

Jumaat, 2 September 2011

Sebelum Hari Raya Aidil Fitri yang lalu, ada satu episod yang agak mungkin kita sedikit keinsafan dan kemurahan hati. Begitulah episod yang terjadi kepada penyanyi, Jamal Abdillah, apabila dia dengan murah hati menyumbangkan 1 lori atau bersamaan 1,520 kampit beras yang dianggarkan bernilai RM20,000 kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal seluruh Perak.

Niat dan tujuan Jamal hanya satu, adalah untuk meringankan beban umat Islam untuk menyambut Hari Raya yang bakal tiba dan untuk sedekah pahalanya kepada roh arwah ayahanda dan ibunda Jamal. Wallahualam kalau ada niat lain k.

Siapa yang benar dan salah?

Selasa, 24 Mei 2011

Pengerusi Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Datuk Yunus Pathi, meluahkan kekecewaannya terhadap Jamal Abdillah. Tambah Yunus lagi, walaupun menggunakan pelbagai kemudahan di pusat itu sepanjang lima tahun lalu, tidak banyak sumbangan diberikan Jamal kepada Pengasih sedangkan dia seorang artis popular.

-Jamal dan Yunus bermesra
“Artis ini tak sumbang apa-apa pun sepanjang hampir lima tahun menginap di pusat ini. Dia cuma bagi belanja makan dan minum untuk diri sendiri saja. Saya tahu dia banyak duit tapi kalau nak minta...sorry.’ Terpulanglah kepada dia sendiri menyumbang,” katanya.
Menurutnya, Jamal boleh dianggap memecahkan rekod sebagai penghuni paling lama (5 tahun, berbanding yang lain 3, 6 dan 12 bulan sahaja) menginap di Pengasih tanpa dikenakan bayaran yang sepatutnya.

Komen Jamal;
"semua dakwaan itu mengarut dan tak masuk akal. saya tidak mahu memneri sebarang kenyataan atau mengulas isu ini kerana mendakwa semuanya mengarut,perkara ini tidak patut dibangkitkan kerana hubungan saya selama ini dengan Datuk yunus dan pengasih begitu baik. malah saya mempunyai resit dan beberapa dokumen lain mengenai sumbangan saya kepada pengasih. Lebih tiga dekad saya berada dalam industri seni, saya sudah cukup masak dengan pelbagai isu." kata Jamal kepada Hmetro.
-Ps: siapa yang bersalah dalam hal ini? adakah media sengaja memperbesar-besarkan dan mensensasikan isu yang tidak benar? Zzzz

Jamal Abdilah mahu mencari calon isteri

Rabu, 14 April 2010

Tiga tahun hidup menduda, penyanyi bersuara jantan, Jamal Abdillah, 51, mengakui hidupnya terasa sunyi. Walaupun pernah beberapa kali gagal dalam melayari kehidupan berumah tangga, namun penyanyi yang popular dengan lagu ‘Kekasih Awaldan Akhir’ ini tidak pernah menutup hatinya untuk menerima kehadiran wanita sebagai suri hidupnya. Malah, Jamal mengakui kini dia sedia untuk berumah tangga lagi dan sedang mencari calon yang sesuai.

“Saya tahu, bukan mudah untuk seseorang menerima diri saya. Mungkin kerana latar belakang saya sebelum ini ditambah saya mempunyai dua orang anak. Tapi ia tidak mematahkan semangat saya. Saya tahu Tuhan akan sentiasa membantu orang yang selalu berdoa. Biarpun segala-galanya di tangan yang Maha Esa, tapi saya mahukan yang terbaik untuk diri saya memandangkan usia yang semakin meningkat. Orang cakap biarlah wanita itu memenuhi kriteria-kriteria sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran,” katanya
Sekiranya, tertulis jodohnya dengan sesiapa kelak, Jamal, bertekad untuk menjadi suami yang lebih baik agar sejarah lama tidak lagi berulang. Lagi pun Jamal dah berusia, bukan masa untuk bercinta dan putus lagi. Apa yang paling penting wanita itu boleh menerima anak-anak Jamal. -SinarHarian

Jamal Abdillah Dan Ogy Bergaduh?

Ahad, 26 Julai 2009

Penarikan diri pelakon dan pengarah, Ogy Ahmad Daud atau lebih mesra dikenali kak Ogy daripada konsert muzikal pertama Jamal Abdillah bukan kerana wujudnya kisah persengketaan antara mereka berdua. Sebaliknya faktor masa menjadi punca mengapa kak Ogy tidak dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasangannya dalam filem ‘Azura’ berkenaan.
“Tiada masalah antara saya dan Ogy. Kami masih lagi berhubungan baik. Malah dia sendiri menarik diri selepas dua minggu tawaran diberikan kepadanya dan ketika itu perjalanan konsert ini masih di peringkat perbincangan,” kata Jamal ketika ditemui pada majlis sidang media konsert ‘Kembara Seniman’ 24/7.
Selepas Ogy menarik diri, tempatnya digantikan Zainal Abiddin Bujang yang bertindak sebagai pengarah persembahan dan pengarah tari untuk konsert yang berlangsung selama lima hari itu. Juara Bintang RTM 1979 ini berharap penarikan Ogy tidak disalah erti dan disensasikan.
“Saya dapat merasakan penarikan Ogy akan disalah erti. Perlu saya jelaskan, saya sendiri yang menulis skrip untuk konsert muzikal ini, dan Ogy hanya bertindak selaku pengarah. Kerana itu apabila Zainal menggantikan Ogy, tidak ada sebarang masalah berlaku,” ujarnya lagi. -Gua

Penggung Jamal Abdillah di Suntik

Sabtu, 16 Mei 2009

Semasa mengadakan persembahan pada majlis Pesona De' Wajah Harmoni 2008/2009 baru-baru ini, banyak mata yang perasan perubahan pada susuk tubuh Jamal Abdillah. Bahagian mana yang berubah tu?

Paling ketara bahagian punggungnya yang mekar dan berisi. Dulu punggungnya nampak leper.

Apabila menari dengan mengenakan seluar yang agak ketat, ketara sekali susuk punggung Jamal yang makin mekar. Nampak seksi juga Jamal sekarang.

Sekali pandang persis menjalani rawatan suntikan pada bahagian itu. Betul ke Jamal menjalani rawatan suntik kologen pada bahagian punggung? Sekarang ini zaman pembedahan kosmetik yang menarik minat orang ramai.

Bukan sahaja wanita, golongan lelaki juga banyak yang obses dengan rawatan kecantikan itu. Jamal ada jawapan apabila ditanya pasal hal itu. Ini jawapan Jamal.
"Saya tak menjalani suntikan pada bahagian punggung, sebaliknya saya sekarang kerap ke gimnasium sejak beberapa bulan lalu untuk mendapatkan susuk badan yang menarik.
"Dulu memang bahagian punggung saya leper sikit, mungkin kerana pada masa itu saya kurus, sekarang badan saya berisi sikit, jadi nampaklah bahagian itu juga ada isi," kata Jamal.

Jamal Abdillah: Pengasih kekasih saya

Khamis, 9 April 2009

Kalau ditanya soal kahwin, masih belum sampai seru lagi bagi Raja Pop Jamal Abdillah untuk mencari pengganti yang lain. Sudah 3 kali dia mendirikan rumahtangga. Sayangnya, ketiga-tiga perkahwinan Jamal itu gagal diselamatkan.

"Semuanya adalah ketentuan Tuhan. Dulu saya sendiri yang mencari jodoh. Rasanya, sekarang ini saya tak mahu lagi fikir itu semua. Saya mahu fikir tentang diri saya saja. Lebih baiklah saya jaga diri saya sendiri. Kalau tidak kesian pada orang lain sebab mereka pula yang jadi mangsa keruntuhan rumah tangga saya.

"Kalau tetap ada jodoh saya, biarlah jodoh itu yang datang dengan sendirinya. Saya tidak akan menolak. Tak mungkin saya dapat melakukannya (menolak jodoh)," katanya.Tidak hairanlah mengapa sisa-sisa hidup Jamal kini lebih banyak ditumpukan kepada Pengasih yang kini sudah menjadi sebahagian daripada keluarganya sendiri.

"Hidup mati saya adalah untuk Pengasih sekarang ini. Saya sudah tidak ada keluarga lain. Ayah dan ibu pun sudah tiada. Jadi, Pengasihlah satu-satunya keluarga yang saya ada sekarang ini.

"Hendak ke mana pun tiada tempat lagi kecuali Pengasih dan bersama Pengasih juga saya akan terus berjuang, malah bergabung dengan mereka untuk membantu mereka melakukan kerja-kerja amal.

"Sepanjang bersama Pengasih, saya dapat lihat perubahan yang cukup besar berlaku pada diri saya dan ianya adalah satu perubahan yang cukup positif," katanya dengan penuh bersemangat.

Barangkali apa yang dilakukannya dengan Pengasih mempunyai kena-mengena dengan pembedahan yang dilakukannya di bahagian kepala. Pembedahan tersebut meninggalkan kesan parut hingga memaksa Jamal mengenakan rambut palsu.

"Sebenarnya, rakan-rakan saya tak bagi saya pakai rambut palsu. Kata mereka, parut tersebut tidak begitu keterlaluan. Tapi saya yang nak guna rambut palsu itu.

"Ia hanya untuk sementara waktu saja. Bila kesan parut itu sudah hilang, saya akan buka semula rambut palsu ini. Bagaimana fesyen rambut palsu yang saya pakai ini? Nampak OK tak?" katanya secara berseloroh.