Pada:
Isnin, 8 Jun 2009

“Saya dan Amir berpisah sementara sebelum mengambil jalan bercerai penghujung tahun lalu untuk menimbulkan rasa rindu, sekali gus memperbaiki hubungan kami.
“Namun jodoh kami hanya sampai di situ dan kami terpaksa berpisah,” kata anak kelahiran Dublin, Ireland ini yang menafikan wujud orang ketiga dalam hubungan mereka.
Menurut Sarimah, dia seboleh-bolehnya tidak mahu menghebahkan cerita rumah tangganya kepada khalayak, apatah lagi pasti ada yang menuding jari menyalahkan seorang daripada mereka menjadi punca kepada perceraian itu.Malah, mereka mengambil keputusan itu atas dasar tiada lagi keserasian antara mereka dan memikirkan itu jalan terbaik supaya tidak terus dibelenggu perbezaan cara hidup yang mereka lalui.

“Memang perit apabila terpaksa menerima hakikat kami tidak lagi bersama, namun saya yakin ada hikmah di sebalik peristiwa ini.
“Kami sama-sama berusaha menyelamatkan hubungan ini, namun ternyata jodoh kami tidak panjang dan saya akur dengan ketentuan Tuhan,” kata Sarimah. -hMetro

Tag : Berita Artis , Sarimah Ibrahim

