Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sarimah jumpa langsung dengan Paris Hilton (gambar & video)

Rabu, 28 Oktober 2015

Bukan senang nak bergambar dengan selebriti Hollywood ni kan. Sarimah antara selebriti yang bertuah dapat bergambar bersama sambil berpelukan dengan selebriti Hollywood terkenal, Paris Hilton.

Mereka bertemu ketika satu acara Festival Muzik ACV yang berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon, Selangor pada Sabtu lalu.

Sarimah berpeluang berjumpa dengan Paris untuk satu sesi interview bagi sebuah stesen televisyen.

Sekitar majlis pernikahan Sarimah Ibrahim (8 gambar)

Jumaat, 3 April 2015


Tahniah Sarimah Ibrahim yang kini bergelar isteri kepada cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 43, tenghari semalam.

Sarimah menerima tujuh dulang hantaran berbalas jumlah yang sama kepada pengantin lelaki. Sarimah turut menerima mas kahwin sebanyak RM6,000.

Sarimah bertunang dengan Tunku Nadzimuddin atau lebih mesra dikenali Tunku Jamie pada 27 September tahun lalu.

Tunku Jamie pula sudah berstatus duda tanpa anak ketika bertemu Sarimah. -Bharian

Punca Sarimah Ibrahim cerai dengan Adrew

Isnin, 16 Februari 2015

gambar nourarahmat fg

Rasanya ramai yang dah tahu Sarimah Ibrahim yang pernah berkahwin dengan jejaka kelahiran Australia, Andrew John Browning telah sah bercerai.

Mereka berpisah secara baik dan sah setelah diputuskan di Mahkamah Rendah Syariah beberapa hari lalu. Sebelum itu, Andrew sudah melafazkan cerai di kediaman mereka sekitar bulan Mei 2009 yang lalu.
“Ia disaksikan tiga adik-beradik saya. Kami banyak berselisih faham dan tidak tinggal sebumbung sejak Januari 2009″

“Malah, kami juga menghadiri sesi kaunseling lebih enam kali, tetapi nampaknya sudah tiada jodoh. “Alhamdulillah, semua sudah selesai. Hidup perlu diteruskan,” -Sarimah petikan Hmetro.
Sarimah bakal mendirikan rumahtangga semula dengan pasanganya, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada 2 April ini.

Sekitar majlis pertunangan Sarimah Ibrahim (6 gambar)

Isnin, 29 September 2014

Tahniah kepada Sarimah Ibrahim yang selamat bergelar tunangan kepaada cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, iaitu Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar yang diadakan di salah satu hotel terkenal di Kuala Lumpur semalam.

Sarimah tunang dengan kerabat diraja Negeri Sembilan

Jumaat, 12 September 2014

Sarimah Ibrahim bakal bertunang dengan pasangan pilihannya, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar (cucu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Al-Marhum Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman) pada 27 September nanti.

Majlis diadakan di hotel sekitar Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh keluarga terdekat dan media. Majlis juga diserikan dengan adat-adat masing-masing.

Mereka berdua mula berkenalan pada akhir tahun lalu di majlis makan malam seorang kenalan.

Gambar kekasih Sarimah Ibrahim

Khamis, 20 Mac 2014

Mengikut berita yang diterima, Sarimah Ibrahim kini sudah mempunyai kekasih yang dikenalinya 3 bulan yang lalu. Dan ini sekaligus membuat satu kebanggan buat Sarimah dimana inilah kali pertama dia bercinta dengan lelaki Melayu.

Nama kekasihnya itu adalah Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, lihat nama seperti seorang kerabat diraja, tapi tak dapat dipastikan lagi. Sarimah berharap Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar adalah pilihannya yang tepat untuk dijadikan suami.

Kekasih Sarimah Ibrahim orang France

Sabtu, 3 Disember 2011

Sarimah Ibrahim mengakui sedang menjalin hubungan intim dengan lelaki warga Perancis bernama Guillaume sejak dua tahun yang lalu. Mereka hanya menjadi rapat sejak lelaki berusia 34 tahun itu menetap di Kuala Lumpur.

“Saya sudah lama kenal dengannya, sejak lapan tahun lalu kerana dia memang menetap di Asia sebelum ini. Bagaimanapun, sebelum ini kami sekadar bertegur sapa begitu saja dan hanya kawan biasa.

“Hubungan kami menjadi semakin rapat kira-kira dua tahun selepas dia (Guillaume) berpindah ke Kuala Lumpur

“Saya senang dan selesa berkawan dengannya tapi sejujurnya saya tidak pasti jika dia adalah lelaki paling tepat untuk menjadi calon suami.

“Saya berserah kepada Allah, jika dia adalah calon terbaik saya terima dengan hati yang terbuka.

“Apa pun, hanya masa yang akan menentukan siapa pasangan terbaik yang telah ditakdirkan untuk saya, insyaAllah,” kata Sarimah. -Via

Sarimah Ibrahim mahukan anak

Khamis, 28 April 2011

Kasihan kepada pengacara terkenal, Sarimah Ibrahim ni, selepas bercerai dengan Amir Andrew Abdullah pada Jun 2009, Sarimah kelihatan agak sunyi tanpa teman. Nak kata ramai peminat memang Sarimah akui, tapi mereka suka Sarimah yang kat dalam tv, majalah dan sebagainya, kalau Sarimah 'original' mereka susah mahu terimanya, kenapa? wallahualam lah.

Sebelum ini Sarimah pernah tertipu dengan seorang lelaki yang dikenalinya melalui Facebook aka cinta Facebook. Kini Sarimah kemungkinan berstatus 'single' dan mengharapkan cepat-cepat kahwin aka jodoh dan mendapatkan zuriat. Sabarlah Sarimah, rezeki tu ketentuan Allah. Sarimah berusaha sahaja buat masa ni, carilah pasangan yang betul-betul sepadan dan boleh menerima Sarimah seadanya. Amin.

Dipetik daripada laman portal ManggaOnline: "Sekarang matlamat saya adalah mencari orang yang mahukan anak, seperti mana apa yang saya rasa sekarang ini.

"Kalau dulu sewaktu perkahwinan pertama, saya tidak terlalu memikirkan soal anak, tetapi sekarang, saya terlalu inginkannya, (mahu anak dan menjadi seorang ibu)" jelas Sarimah.

Sarimah Ibrahim bercinta dengan pelakon lelaki kacukan

Khamis, 18 Mac 2010

Setelah beberapa ketika bergelar janda, pelakon, penyanyi dan pengacara berdarah kacukan, Sarimah Ibrahim akhirnya dikatakan sedang bercinta dengan seorang pelakon lelaki yang juga berdarah kacukan. Khabar berita ini sampai pada minggu lalu, iaitu sebaik sahaja rancangan realiti ‘The Biggest Loser Asia’ berakhir. Nampaknya Sarimah masih memilih jejaka yang mempunyai darah Inggeris.

Walaupun buah hatinya itu hanya berdarah campuran, tetapi jejaka ini membesar dan menetap di London. Cuma sesekali dia akan terbang ke Malaysia apabila mendapat tawaran berlakon di sini. Diharapkan perhubungan Sarimah dan jejaka ini akan berakhirnya ke jinjang pelamin. Nanti bolehlah buat ‘wedding of the year’. -Gua

Sarimah Seksi nampak pusat

Sabtu, 6 Februari 2010

Dalam satu rancangan tv, Sarimah Ibrahim yang terkenal kerana menghostkan rancangan Akademi Fantasia musim lalu, kini makin menampilkan aksi seksi. Aksi seksi nya bukan lah menampakkan bahagian dada atau paha, namun bahagian pusatnya. Aiseh nak ikut dalam drama Bollywood lah pulak. Sarimah mungkin sedar mengenai cara pemakaiannya yang singkat itu, di harap ada lah pihak-pihak yang berani mengegurnya. Memang jarang artis Malaysia menayangkan pusat mereka.

Sarimah menjanda 8 Bulan

Khamis, 30 Julai 2009

Siapa sangka Sarimah yang cukup dikenali dengan kepetahannya berbicara dalam rancangan program realiti Akademi Fantasia baru-baru ini telah bercerai dengan pasangannya, Amir Andrew Abdullah sejak Disember tahun lalu. Tiada siapa sangka badai yang melanda pasangan yang sempat melayari kehidupan suami isteri selama tiga tahun ini kerana tiada desas desus mengenai keretakan rumah tangga mereka diperkatakan. Rupanya hampir lapan bulan Sarimah menjanda.

Perkenalan selama hampir sembilan tahun tak dapat menjamin perkahwinan Sarimah kekal bahagia ke anak cucu. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Kepada Sarimah, tabah hadapi dugaan dan tak semua yang dirancang akan menjadi kenyataan. Banyakkan berdoa semoga dipertemukan dengan insan yang lebih baik. Semoga kita hari ini lebih baik dari kita semalam. -ManggaOnline

Sarimah Ibrahim Berpisah dengan Andrew

Isnin, 8 Jun 2009

Sarimah Ibrahim, 31, yang terpaksa akur dengan ketentuan Ilahi bahawa jodohnya dengan suami tercinta tidak dapat dipertahankan sehingga menuju persimpangan berbeza.


“Saya dan Amir berpisah sementara sebelum mengambil jalan bercerai penghujung tahun lalu untuk menimbulkan rasa rindu, sekali gus memperbaiki hubungan kami.
“Namun jodoh kami hanya sampai di situ dan kami terpaksa berpisah,” kata anak kelahiran Dublin, Ireland ini yang menafikan wujud orang ketiga dalam hubungan mereka.
Menurut Sarimah, dia seboleh-bolehnya tidak mahu menghebahkan cerita rumah tangganya kepada khalayak, apatah lagi pasti ada yang menuding jari menyalahkan seorang daripada mereka menjadi punca kepada perceraian itu.

Malah, mereka mengambil keputusan itu atas dasar tiada lagi keserasian antara mereka dan memikirkan itu jalan terbaik supaya tidak terus dibelenggu perbezaan cara hidup yang mereka lalui.

“Memang perit apabila terpaksa menerima hakikat kami tidak lagi bersama, namun saya yakin ada hikmah di sebalik peristiwa ini.
“Kami sama-sama berusaha menyelamatkan hubungan ini, namun ternyata jodoh kami tidak panjang dan saya akur dengan ketentuan Tuhan,” kata Sarimah. -hMetro

Gambar Adik Sarimah Ibrahim

Selasa, 5 Mei 2009

Ha kalau korang nak tahu, Sarimah ni ada adik lelaki. Macho siot. Walaupun tidak sepopular kakaknya, namun adiknya tetap memberi sokongan kepada kakaknya. Tapi sayangnya, penulis tak dapat tahu namanya. Inilah buktinya, dia dan Sarimah sama-sama hadiri satu majlis konsert yang penulis kureng pasti samaada di AF, OIAM dan lain-lain. Kemungkinan adiknya juga turut menceburi bidang seni dengan berpakaian bergambarkan band dari luar negara (mungkin minat jer kot).

Sarimah Ibrahim Merajuk Tinggalkan Diari AF

Khamis, 2 April 2009

AF7 sekarang makin hari atau makin setiap minggu makin panas dengan gosip dek jurinya mahupun pesertanya. Namun lain pula dengan kes mengenai pengacara Diari AF7, Sarimah Ibrahim yang enggan lagi mengacarakan program harian (setiap Isnin - Jumaat) itu.

Kejadian ini berlaku (1/4) apabila Sarimah menghantar SMS kepada Penerbit Eksekutif AF7, Sooraj Nair, ketika mesyuarat mingguan AF berlangsung di Pusat Penyiaran Asia (ABC) petang semalamnya juga.Sooraj pun naik panik dah. Ia terus membuatkan Sooraj meninggalkan mesyuarat itu buat seketika untuk mendapatkan penjelasan daripada Sarimah tentang perkara yang mengejutkan itu.

"April Fool.....!" demikian jerit Sarimah sebaik sahaja mendengar suara penerbit berkenaan di telefon.


Hai, begitulah nakalnya Sarimah yang berjaya mengenakan Sooraj sempena April Fool semalam, iaitu 1 April. Apabila Sooraj kembali semula ke mesyuarat itu, dia terus ketawa dan menggelengkan kepala. Itulah antara mangsa April Fool Sarimah Ibrahim.

-Ehsan Murai-