Pada:
Isnin, 8 Jun 2009

"Kereta ini Nana hadiah untuk mak yang terlalu banyak berjasa menjaga Nana sejak kecil. Lagi pun ini kereta idaman Mak. Kalau ikutkan hati, Nana sebenarnya nak buat majlis kahwin ini pada 2 Jun lalu iaitu pada hari jadi mak. Tapi hari tersebut jatuh pada hari Nana bekerja.
"Nana pilih No plat kereta KCM ini bermakna Kereta Che Mahazan dan 66 adalah tarikh perkahwinan saya dan Brian serta tarikh pemberian hadiah ini," jelas Nana yang sebak ketika menyampaikan ucapan buat ibunya itu.Nana bagaimanapun enggan menyatakan berapa harga kereta itu kerana ia tidak akan sama dengan nilai kasih sayang terhadap ibunya itu.
Itulah kejutan Nana, 26, dan Mohamed Raqeem Brian, 34, pada hari pernikahan mereka di Muar, Johor (6/6). Dengan 2 kali lafaz akad nikah, Brian yang juga pengurus kanan Hitz. FM, sah menjadi suami kepada Nana.
Ps: 3 amalan yang dibawa ketika mati, doa anak yang soleh/ha kepada ibubapanya, amal kebajikan dan ilmu yang bermanfaat. Mercedes Benz?
Tag : Berita Artis , Nana

