Pada:
Ahad, 28 Jun 2009
Majlis yang ringkas tetapi penuh makna itu disaksikan oleh kaum keluarga, kawan rapat dan teman dari industri hiburan. Antaranya Ning Baizura dan suami Omar Shariff Christopher Layton Dalton, Maya Karin dan suami Muhammad Ali, ketua pegawai eksekutif 8TV Ahmad Izham Omar, komposer Azlan Abu Hassan, Rafidah (‘3R’), penerbit bersama eksekutif 3R Lina Tan, Sasha Bashir, Nubhan, Diddy, Amylea, dan Vanessa Chong (‘Talentime’). Faizal Tahir tidak dapat turut serta dalam kemeriahan hari ini kerana ayahnya dikatakan sedang menjalani pembedahan.Ada suatu ketika, semasa melafazkan ikrarnya, Nikki menjadi emosional lalu menangis. Kemeriahan majlis itu diserikan dengan satu persembahan mengejut dari Jaclyn Victor dan Vince Chong yang bergandingan menyanyikan lagu “The Prayer”, yang dipopularkan oleh Andrea Bocelli dan Celine Dion.
Baju pengantin Nikki direka oleh pereka terkenal Jovian Mandagie sementara sut Audi ditempah dari Lord’s Tailor.
Malamnya pula, ibu bapa Audi akan mengadakan satu jamuan makan malam di Melaka sebelum pasangan suami isteri baru ini berlepas ke Bali dari 2 hingga 8 Julai ini untuk bulan madu mereka. -Gua





Tag : Audi Mok , Berita Artis , Nikki Palikat , Perkahwinan Artis

