Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Anak Nikki, Audi

Isnin, 24 Jun 2013

Dah lama tak mendengar berita dari Nikki Palikat dengan suaminya, Audi Mok yang juga seorang komposer lagu. Dah tip top mereka dah mendapat cahaya mata bernama Liam Mok yang lahir pada 27 Oktober 2010 dan kini dan nak masuk usia 3 tahun. :)



Siti Nurhaliza., Krisdayanti Berjumpa

Khamis, 29 Oktober 2009

Baru-baru ini dua artis popular Nusantara, Siti Nurhaliza dan Krisdayanti telah mengadakn satu pertemuan tidak rasmi di studio milik Siti Nurhaliza. Mungkin terlalu kangen, kedua-duanya saling bermesraan dengan cerita-cerita yang telah berlaku sebelum ini. Mungkin termasuk kes penceraian Krisdayanti dan bekas suaminya. Selain itu, komposer dan juga suami Nikki, Audi Mok juga kelihatan ketika pertemuan berkenaan.

Gambar Terbaru Nikki Palikat

Rabu, 7 Oktober 2009

Isteri dan juga penyanyi kepada Audi Mok seorang komposer lagu, Nikki yang baru-baru ini ditemui ketika dia menghadiri rumah terbuka RIM (Recording Industry Association of Malaysia) yang dilaksanakan di Megaview, Menara Kuala Lumpur pada 2 Oktober 2009. Melihat Nikki pada gambar, belum ada lagi tanda-tanda perutnya berisi yakni berbadan dua, dia masih mengekalkan fesyen zaman bujangnya itu, namun itu bukan lah petanda awal dia belum berbadan dua, mungkin sudah disahkan kot, tapi belum ada kenyataan rasmi lagi. ngeh3.

Perkahwinan Nikki dan Audi

Ahad, 28 Jun 2009

Komposer terkenal Audi Mok dan penyanyi seksi dari Sabah, Nikki Palikat, dengan selamatnya telah mengikat tali perkahwinan mereka, kira-kira jam dua petang kelmarin (27/6) bertempat di gereja St Francis Xavier, Jalan Gasing, Petaling Jaya.

Majlis yang ringkas tetapi penuh makna itu disaksikan oleh kaum keluarga, kawan rapat dan teman dari industri hiburan. Antaranya Ning Baizura dan suami Omar Shariff Christopher Layton Dalton, Maya Karin dan suami Muhammad Ali, ketua pegawai eksekutif 8TV Ahmad Izham Omar, komposer Azlan Abu Hassan, Rafidah (‘3R’), penerbit bersama eksekutif 3R Lina Tan, Sasha Bashir, Nubhan, Diddy, Amylea, dan Vanessa Chong (‘Talentime’). Faizal Tahir tidak dapat turut serta dalam kemeriahan hari ini kerana ayahnya dikatakan sedang menjalani pembedahan.

Ada suatu ketika, semasa melafazkan ikrarnya, Nikki menjadi emosional lalu menangis. Kemeriahan majlis itu diserikan dengan satu persembahan mengejut dari Jaclyn Victor dan Vince Chong yang bergandingan menyanyikan lagu “The Prayer”, yang dipopularkan oleh Andrea Bocelli dan Celine Dion.

Baju pengantin Nikki direka oleh pereka terkenal Jovian Mandagie sementara sut Audi ditempah dari Lord’s Tailor.

Malamnya pula, ibu bapa Audi akan mengadakan satu jamuan makan malam di Melaka sebelum pasangan suami isteri baru ini berlepas ke Bali dari 2 hingga 8 Julai ini untuk bulan madu mereka. -Gua