Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Anak Nikki, Audi

Isnin, 24 Jun 2013

Dah lama tak mendengar berita dari Nikki Palikat dengan suaminya, Audi Mok yang juga seorang komposer lagu. Dah tip top mereka dah mendapat cahaya mata bernama Liam Mok yang lahir pada 27 Oktober 2010 dan kini dan nak masuk usia 3 tahun. :)



Nikki Palekat selamat melahirkan anak

Sabtu, 30 Oktober 2010

Penyanyi yang berasal dari Sabah, Nikki Palikat selamat melahirkan bayi lelaki bernama Liam Mok pada pukul 7.08 malam, 27 Oktober lalu di Hospital Pantai, Bangsar. Bayi seberat 3.31 kilogram itu dilahirkan terlebih awal kerana isteri kepada komposer Audi Mok itu dijangka bersalin pada 4 November. Nampaknya hasrat Nikki untuk mendapat bayi yang dilahirkan pada bulan yang sama dengan tarikh lahirnya dan Audi iaitu pada 1 November dan 23 November tidak kesampaian. Nikki dan Audi berkahwin pada 27 Jun 2009.

Gambar Terbaru Nikki Palikat

Rabu, 7 Oktober 2009

Isteri dan juga penyanyi kepada Audi Mok seorang komposer lagu, Nikki yang baru-baru ini ditemui ketika dia menghadiri rumah terbuka RIM (Recording Industry Association of Malaysia) yang dilaksanakan di Megaview, Menara Kuala Lumpur pada 2 Oktober 2009. Melihat Nikki pada gambar, belum ada lagi tanda-tanda perutnya berisi yakni berbadan dua, dia masih mengekalkan fesyen zaman bujangnya itu, namun itu bukan lah petanda awal dia belum berbadan dua, mungkin sudah disahkan kot, tapi belum ada kenyataan rasmi lagi. ngeh3.

Perkahwinan Nikki dan Audi

Ahad, 28 Jun 2009

Komposer terkenal Audi Mok dan penyanyi seksi dari Sabah, Nikki Palikat, dengan selamatnya telah mengikat tali perkahwinan mereka, kira-kira jam dua petang kelmarin (27/6) bertempat di gereja St Francis Xavier, Jalan Gasing, Petaling Jaya.

Majlis yang ringkas tetapi penuh makna itu disaksikan oleh kaum keluarga, kawan rapat dan teman dari industri hiburan. Antaranya Ning Baizura dan suami Omar Shariff Christopher Layton Dalton, Maya Karin dan suami Muhammad Ali, ketua pegawai eksekutif 8TV Ahmad Izham Omar, komposer Azlan Abu Hassan, Rafidah (‘3R’), penerbit bersama eksekutif 3R Lina Tan, Sasha Bashir, Nubhan, Diddy, Amylea, dan Vanessa Chong (‘Talentime’). Faizal Tahir tidak dapat turut serta dalam kemeriahan hari ini kerana ayahnya dikatakan sedang menjalani pembedahan.

Ada suatu ketika, semasa melafazkan ikrarnya, Nikki menjadi emosional lalu menangis. Kemeriahan majlis itu diserikan dengan satu persembahan mengejut dari Jaclyn Victor dan Vince Chong yang bergandingan menyanyikan lagu “The Prayer”, yang dipopularkan oleh Andrea Bocelli dan Celine Dion.

Baju pengantin Nikki direka oleh pereka terkenal Jovian Mandagie sementara sut Audi ditempah dari Lord’s Tailor.

Malamnya pula, ibu bapa Audi akan mengadakan satu jamuan makan malam di Melaka sebelum pasangan suami isteri baru ini berlepas ke Bali dari 2 hingga 8 Julai ini untuk bulan madu mereka. -Gua

Kerabat di Raja Mahu Nikki

Sabtu, 11 April 2009

Baru-baru ini terdengar satu gosip tentang Nikki daripada orang yang rapat dengannya. Khabarnya, Nikki telah dihubungi pihak istana di ibu negara. Hai, ada kerabat diraja hendak melamar ke? Jeng, Jeng, Jeng...

"Ada seorang kerabat diraja yang begitu tertarik dengan Nikki. Bukan sebab nak menyuntingnya tapi mahu mendapatkan album Hawa selepas mendengar Nikki menyanyi dalam satu majlis. Kami amat terharu kerana peminat diraja Nikki itu bukan sembarangan dan sangat-sangat dihormati," kata sumber itu.Ironinya, walaupun album Nikki itu sungguh menarik dan berkualiti, ia tidak pula memenangi hati juri Anugerah Industri Muzik (AIM) 2009 kerana lagu daripada album Niiki itu langsung tidak tersangkut dalam sebarang pencalonan kecuali Kulit Album Terbaik. Kenapa? Apa yang juri-juri kita cari dalam AIM?

Ada kebanyakkan orang-orang muda pun suka dengan lagu ala-ala klasikal yang dinyanyikan Nikki dalam album itu iaitu Betara Sukma - Cinta. Tapi apa boleh buat, lain telinga lain citarasanya sedangkan apa pihak di Indonesia juga cukup tertarik dengan corak persembahan Nikki yang dianggap sehebat Agnes Monica. Wah gitu...

Gambar Peragaan Nikki Palikat

Selasa, 7 April 2009

Nikki ni juga salah seorang yang mahu popularitinya menaik dengan teknik pengayaan fesyen dan imej seksinya. Memang tidak salah, namun caranya mungkin kurang menarik perhatian peminatnya yang ingin mahu dia berada di alam nyayian dan bukan dalam bidang fesyen semata-mata. Namun Nikki bukan seperti begitu, dia juga tahu membahagikan masanya untuk peminat. Tapi bila lah mahu kahwin dengan si Mok ni, cakap je ke ni. Ahaks.

Lagi Gambar Hot Nikki Palikat

Jumaat, 27 Mac 2009

Inilah aksi Nikki semasa hadir dalam majlis sidang akhbar AIM ke 16 pada 26 Mac 2009 lalu. Apabila diminta pose bukan main lagi si Nikki ni posing sampai lupa ada sesuatu yang tertonjol di dadanya.

Agaknya Nikky lupa baju yang dipakainya tu jenis kain yang lembut. Bila agak ketat sikit maka, adalah yang tertonjol-tonjol bila badan dibengkokkan.Tak tahulah Mangga Muda kut kut Nikky memang sengaja pilih dress itu sebab nak menampakkan dia seorang wanita yang seksi. Nilaikanlah sendiri.

Ada majlis yang sesuai nak pakai seksi seksi ni dan ada juga yang kurang sesuai. Tapi artis Malaysia ini memang tak kisah dah sebab itulah sekarang ini banyak gambar-gambar aksi hot mereka berjaya dirakam dan disebarkan.

-Ehsan ManggaOnline-