Ogos Pernikahan Ajai dan Liza

Pada: Khamis, 18 Jun 2009
Sesudah sekian lama menduda akbat dek berpisah dengan Nurul, komposer Ajai atau Faizal Maas akhirnya mengakui bahawa dia akan mengahwini kekasihnya, Liza Ilyas, pada bulan Ogos 2009 ini.

Di kalangan warga industri hiburan, ramai mengenali Liza sebagai bekas orang kuat Warner Music Malaysia yang kemudian beralih kepada Maestro Talent & Management. Kini Liza bertugas dengan syarikat Ajai, Wake The Baby Records.

Ajai meluahkan pengakuan itu ketika ditemui menjayakan rakaman klip video lagu Liyana Jasmay, Aku Tak Percaya Cinta di Universiti Multimedia, Cyberjaya, petang semalam.

"Memang betul. Saya memang benar-benar serius mahu berkahwin dengan Liza. Sudah 4 tahun saya hidup menduda, dan saya rasa sudah penat. Umur saya pun makin lama bukan semakin muda. Jadi rasanya, inilah masa yang cukup sesuai untuk saya menamatkan zaman duda saya," kata Ajai.
Menurut Ajai lagi, segala persiapan perkahwinan yang perlu sudah pun dibuat tetapi majlisnya akan dilakukan secara sederhana sahaja di kediaman datuk Liza di Pulau Pinang.

"Saya dan Liza sudah rancang untuk buat kenduri kecil-kecilan saja di rumah datuk Liza di Penang. Ia hanya akan dihadiri keluarga serta rakan-rakan terdekat. Ketika ini memang jadual kerja saya sungguh padat tapi, saya akan tetap luangkan masa yang sesuai untuk hari bahagia itu.
"Kalau boleh kami mahu berkahwin sebelum kedatangan bulan puasa nanti. Apapun keputusan saya untuk berkahwin dengan Liza ini adalah yang terbaik untuk anak perempuan saya, Ayu (hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama Nurul," jelasnya lagi. -Murai

Tag : ,