Cheryl Samad bercinta dengan Mat Salleh?

Pada: Khamis, 18 Jun 2009
Adakah memang sudah menjadi prinsip hidup Cheryl yang tidak mahu berkongsi tentang cerita cintanya kepada umum atau sememangnya Cheryl yang memiliki nama penuh Cheryl Marina Samad ini seorang yang cukup memilih dalam soal teman hidup?

"Sebaik sahaja saya menjejakkan kaki dalam bidang seni, cinta dan kehidupan saya di sebalik nama Cheryl Samad adalah sesuatu yang cukup peribadi.
"Hakikatnya, saya lebih suka untuk membicarakan tentang kerjaya. Tetapi, saya sedar sebagai seorang selebriti perkara itu memang tidak dapat dielakkan.
"Apa yang pasti, saya akan bercerita tentang perkara tersebut (cinta) apabila saya benar-benar bersedia dan percaya hubungan itu sudah mampu untuk dibawa ke peringkat seterusnya," ujar graduan Universiti Malaya, Kuala Lumpur kelulusan dalam bidang undang-undang.
Namun Cheryl tidak berahsia tentang hubungan cintanya dan memberitahu dia kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki berbangsa asing yang sudah dikenalinya sejak tujuh tahun yang lalu.

Biarpun sudah lama mengenali antara satu sama lain, jelas Cheryl, cinta hanya terbit dalam diri masing-masing sejak setahun yang lalu dan mengakui cukup selesa berdampingan dengan jejaka yang lima tahun lebih tua daripadanya itu. -Utusan

Tag : ,