Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Senarai penuh pemenang AJL31

Isnin, 23 Januari 2017

Semalam telah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan beberapa kejutan pemenang.

Juara
judul : Lelaki Teragung
ciptaan : Iman Imran dan Natasyah
nyanyian : Dayang Nurfaizah
hadiah : wang tunai sebanyak RM50,000, baucer produk CJ Wow Shop bernilai RM10,000, sebuah telefon pintar Samsung Galaxy A berserta trofi.

Naib juara
judul: Terimaku Seadanya
ciptaan : Ajai
nyanyian : Hafiz dan Misha Omar.
hadiah : wang tunai RM35,000 berserta trofi.

ke-tiga
judul : Sudah Ku Tahu
ciptaan : Razif daripada kumpulan Projector Band
nyanyian : Razif daripada kumpulan Projector Band
hadiah : wang tunai berjumlah RM20,000.

Persembahan Terbaik
kumpulan Khalifah (Hang Pi Mana)
hadiah : wang tunai RM12,000, sebuah telefon pintar Samsung Galaxy A berserta trofi.

Vokal Terbaik
Dayang Nurfaizah (Lelaki Teragung)
hadiah : wang tunai sebanyak RM12,000.

Kesemua persembahan pada malam itu diadili seramai 10 barisan juri profesional dan diketuai oleh komposer terkenal Azmeer. -mStarOnline

Punca sebenar Restoran Ajai terpaksa ditutup

Khamis, 23 Jun 2016

Inilah punca sebenar kenapa Ajai menutup operasi restoran miliknya baru-baru ini.

“Biasalah, saya percaya masalah pekerja dialami oleh kebanyakan peniaga. Cuma, ia pengalaman pertama buat saya memandangkan perniagaan makanan adalah bidang yang baharu saya ceburi. Bayangkan, pengurus restoran curi duit, kemudian minyak yang sudah digunakan dijual tanpa pengetahuan saya”

“Belum lagi masalah pekerja datang lambat. Jadi saya mengambil pendekatan untuk tutup restoran berkenaan buat sementara waktu bagi mendapatkan pekerja baharu,” jelasnya kepada BH Online.

Anak dapat 9A SPM, Ajai belikan hadiah 'gempak' tapi cukup sederhana

Isnin, 7 Mac 2016

Seperti sedia maklum, anak selebriti yang mendapat keputusan terbaik SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) baru-baru ini adalah anak Ajai dan bekas isterinya, Nurul Wahab.

Walaupun ibu bapanya sudah tidak bersama lagi sebagai suami isteri, namun kasih sayang kedua-duanya setelah berpisah diberikan cukup merangsang anaknya untuk terus berjaya.

Nama anaknya Ayu Nazirah memperolehi 9A dalam semua subjek yang diambilnya. Sebagai hadiah, Ajai memberikan hadiah untuk Ayu.

Hadiahnya adalah..

Stop it, Nurul! -Ajai (PANAS)

Khamis, 11 Jun 2015

Ajai meminta bekas isterinya iaitu Nurul Wahab berhenti mengaitkan namanya dalam tulisan di blog (nurulwahabdepp.wordpress.com) mahupun memberi apa-apa kenyataan di media.

Ajai berkata, walaupun dia sering ditanya sejauh manakah hubungannya dengan Nurul, dia tidak pernah memberi reaksi memandangkan mereka tiada lagi apa-apa kaitan sejak bercerai pada tahun 2007.
"Saya berharap Nurul hentikan menulis, kaitkan kisah lama atau sebut nama saya yang bukan-bukan di laman blognya.

"Kerana bagi saya, bukan tidak ada orang bertanya tentang dia daripada saya. Tetapi ada! Bagaimanapun saya tak pernah nak beri apa-apa jawapan atau kaitkan nama dia dalam mana-mana sesi temubual mahupun di laman sosial saya. Jadi harap maklum dan stop it.

"Urusan saya dengan bekas isteri saya itu dah habis sejak kami berpisah. Kalau ada update, itu hanya atas urusan anak kami Ayu Nazirah (17 tahun)," -Ajai petikan portal mStar
Ajai diminta mengulas mengenai entri blog milik Nurul yang bertajuk Other Question Please! meluahkan rasa terkilan apabila kerap kali diasak dengan pertanyaan mengaitkan kisah silamnya dengan Ajai.

Nurul menerusi entri tersebut turut menulis kisah diminta penganjur untuk berduet dengan bekas suaminya sehingga mengundang rasa tidak selesa dirinya.

Tambah Nurul, persembahan duet bersama Ajai tidak mungkin berlaku memandangkan komposer itu bersikap tidak profesional.
"Bukannya aku tak mahu. Aku ini seorang yang sangat professional. Malah, suami aku juga mengizinkan dan memberi restu andai aku mahu berduet semula dengan bekas suami aku itu. Namun keputusannya bukan di tangan aku. Orang tak mahu, buat apa kita memaksa. Lupakan saja," katanya dalam blog itu.

Ajai tak kisah tayang badan tegapnya (10 gambar)

Isnin, 27 April 2015


Difahamkan laman sosial Ajai kini dipenuhi bentuk badannya yang masih dalam pembinaan bentuk badan. Namun ada juga kecaman daripada pengikutnya mengenai tindakan Ajai memuatnaik gambar seperti itu.

Bagi Ajai dia tidak kisah dengan persepsi pengikutnya asalkan dia tidak berbogel.

RM28,000 buat hidung - Ajai

Rabu, 19 Februari 2014

Memetik portal Kosmo!, isu hidung komposer, Ajai (Faizal Maas) memang tidak sehangat cerita-cerita lainnya, namun difahamkan harga pembuatan hidung Ajai yang mencecah RM28,000 itu adalah untuk kesihatan semata-mata bukan untuk mencantikkan bahagian berkenaan.

Ni temubual dia dengan wartawan Kosmo! untuk merungkap segala-galanya mengenai hidung barunya itu.
Benarkah Ajai membedah hidung kerana ramai berpendapat hidung anda kelihatan lebih mancung berbanding dulu?

Memang benar saya menjalani pembedahan menukar batang hidung tetapi bukan untuk kecantikan, sebaliknya keputusan itu diambil selepas tiada jalan penyelesaian terhadap masalah sinus yang saya hadapi.

Mengapakah anda mengambil keputusan drastik untuk membedah hidung?

Sebenarnya sudah berbelas tahun saya menghadapi masalah sinus dan ia semakin kritikal sejak kebelakangan ini. Puncaknya, suatu hari apabila saya bangun daripada tidur saya dapati telinga sebelah kiri saya tidak boleh mendengar apa-apa.

Jadi, saya terus buat pemeriksaan di hospital dan doktor mengesyorkan untuk saya jalani pembedahan hidung supaya masalah yang sama tidak berulang.

Sebelum ini anda tidak pernah cuba rawatan alternatif lain?

Sudah cuba tetapi semuanya tidak membuahkan hasil. Bagi menggelak masalah berlarutan saya makan ubat tetapi doktor kata kalau sentiasa ambil ubat akan merosakkan buah pinggang.

Mahu tidak mahu, saya terpaksa serah diri pada pisau bedah kerana gegendang telinga saya sudah rosak dan sinus saya banyak tersumbat di batang hidung.

Jika saya tidak boleh mendengar macam mana saya mahu cari pendapatan kerana kerja saya memerlukan saya mendengar dengan teliti.

Tidakkah anda kekok dengan pandangan orang terhadap hidung baharu anda?

Saya tidak kisah apa orang nak cakap asalkan saya boleh bernafas dan mendengar dengan selesa. Saya bukan bedah hidung untuk nampak cantik tetapi atas faktor kesihatan. Jika fikirkan balik kos RM28,000 itu bukan murah tetapi saya terpaksa. Sekarang sudah tiga bulan selepas pembedahan, barulah saya dapat biasakan diri dengan hidung baharu ini.

Ajai Akui Buat Hidung Untuk....

Khamis, 30 Januari 2014

Wah tak sangka komposer terkenal, Ajak akui dirinya ada membuat pembedahan hidung. Desas desus mengatakan yang dia buat pembedahan hidung untuk lebih mancung dan menarik.

Namun Ajai menafikan dia buat kerana itu, tapi lebih kearah kesihatan. Memetik portal HarianMetro semalam..
“Saya buat pembedahan hidung bukan sebab obses dengan kecantikan tapi atas dasar kesihatan,”

“Bukan saya buat hidung baru tapi pembedahan itu dilakukan sebab saya memang sakit. Sinus saya bertambah teruk dan menjangkiti bahagian telinga kiri dan batang hidung saya.

“Bayangkan, akibatnya bahagian batang hidung saya terpaksa dibuang dan digantikan dengan batang palsu. Atas nasihat doktor, kalau saya tak buat, ia akan menjejaskan pendengaran saya." -Ajai

Tahniah Hafiz - Juara AJL 28!

Isnin, 27 Januari 2014

Tahniah kepada Hafiz AF yang memenangi johan untuk Anugerah Juara Lagu ke-28 semalam yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil semalam.

Lagu nyanyian Hafiz iaitu Bahagiamu Deritaku komposer oleh LY dan Baiduri telah dinobatkan juara dengan mengalahkan 11 lagu hebat lainnya dan sekaligus mengondol wang tunai RM35,000 berserta tropi.

Naib juara yang juga lagu kegilaan ramai, Hanya Aku - Hyper Act telah dinobatkan sebagai naib johan dengan membawa pulang wang tunai RM15,000 dan tropi.

Tempat ketiga, Kalau Aku Kaya - Awi Rafael ft Altimet telah membawa pulang wang tunai RM12,000 dan trofi. Selain daripada itu bagi anugerah Vokal Terbaik diberikan kepada Jaclyn Victor - Ikut Rentakku (RM10,000 dan trofi) dan anugerah persembahan terbaik dari Hafiz - Bahagiamu Deritaku (RM10,000 dan trofi)

Majlis berkenaan diadili oleh juri berpengalaman aka otai dalam dunia muzik iaitu Acis, Ajai, Habsah Hassan, Aubrey Suwito, Ad Samad dan Helen Yap, Taja, Cat Farish dan Edrie Hashim. -mStar

Anak Ajai Dapat 8A PMR 2013

Jumaat, 20 Disember 2013

Tahinah kepada anak komposer terkenal, Ajai bernama Ayu Nazirah yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam.

Menurut laman sosial instagramnya itu, anaknya mendapatt 8A dalam semua mata pelajaran yang diambilnya.
@ ] ajai911 YND Alhamdullilh. Syukur. The biggest reward for my girl today Ayu Nazirah. Efforts and knowledge and now result in your hand. Now go and grab your 8A's and say Syukur Alhamdulillah upon Allah. Amin @ayu_ace @mrsajai75 @ae_territory @kal_azuan @baloqliat @arman_clc @alfializar5 20min

@ ] mrsajai75 Alhamdulillah Ayu Nazirah. May the success that has come your way today lead you to a bigger achievement in your life. Bravo to PMR scorer! @ayu_ace @ajai911 22min

Nurul Wahab Teruja Hamil Setelah 15 Tahun

Khamis, 2 Mei 2013


Memetik portal mStar semalam yang Nurul Wahab kini sangat teruja hamil anak ke-2 hasil perkahwinannya dengan warga France, Eric Daniel pada Jun 01 yang lalu setelah 15 tahun yang lalu. Dan berharap penuh dengan usia kandungannya kini 4 bulan dengan tidak terjadi apa-apa yang diinginkan. Namun yang lagi membuatkan mereka ingin teruja sekali lagi adalah jantina anak itu nanti.

"Bayangkan anak sulung saya sudah berusia 15 tahun (anak hasil perkahwinan dengan komposer Ajai, Ayu Nazirah) dan kini mengandung buat kali kedua. Sudah tentu saya berasa sangat gembira dan teruja,

"Suami paling teruja dan tidak kisah akan jantina anak itu nanti dan sibuk membuat persiapan anak pertamanya dan Ayu tidak sabar untuk bertemu dengan adiknya," katanya.

Gambar Pernikahan Nurul Wahab

Jumaat, 8 Jun 2012

Sebelum ni Nurul Wahad yang juga bekas isteri kepada komposer, Ajai telah pun bernikah dengan mat salleh, Eric Depp warga France dan anda boleh baca maklumat itu di sini. Dan kali ini pula dilampirkan beberapa keping gambar sampingan ketika majlis berkenaan berlangsung. Enjoy..

Nurul Ex Ajai sah isteri mat salleh

Khamis, 7 Jun 2012

Dengan hanya sekali lafaz, Nurul Wahab (ex-Ajai) sah bergelar isteri kepada jejaka Perancis, Eric Depp sekitar jam 12.20 tengahari semalam. Majlis perkahwinan yang sedang berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang ini hanya dihadiri oleh kira-kira 200 orang tetamu yang merupakan sanak-saudara, kenalan rapat dan beberapa wakil media sahaja.

Pengantin lelaki membawa lima dulang hantaran. Manakala pengantin perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran. Majlis bertema perkahwinan ala Inggeris ini dikendalikan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis. -via

Nurul Ex Ajai bakal isteri Mat Saleh

Selasa, 3 April 2012

Dengar berita, yang Nurul bekas isteri kepada Ajai, bakal bernikah atau berkahwin tidak lama lagi. Bakal suami Nurul ini adalah seorang yang berbangsa France (mat saleh). Ada informasi memtik dari Cari Gosip menyatakan beberapa hari lalu Nurul pergi ke JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) untuk pendaftaran @convert masuk Islam. Nama bakal suami Nurul ini adalah Mr. Eric Deep seorang businessman yang sukses. Info mengenai Eric Deep ada di SINI

Selebriti di majlis pelancaran produk

Selasa, 21 Disember 2010

Majlis ni kira special sikit sebab dirasmikan oleh Datuk Rosnah Shirlin (Timbalan Menteri Kesihatan). Mengikut pengirim gambar, gambar ini diambil pada 13 Disember yang lalu bertempat di Concorde V, Concorde Hotel Kuala Lumpur, mungkin kerana kesibukan waktu, jadi gambar ini sedikit berlalu. Tapi tak per, majlis ini dihadiri oleh selebriti-selebirti tempatan, termasuk juga komposer terkenal, Ajai bagi memeriahkan majlis berkenaan. Majlis ini bersempena pelancaran produk penjagaan kesihatan yang terbaru di pasaran, yang bernama Balung.

Saari dihina Ajai tiada pendidikan?

Selasa, 8 Jun 2010

Komposer terkenal dan vateran diantara komposer-komposer yang ada, Saari Amri berkecil hati dengan Ajai selepas bakal dekan rancangan Keynote itu dilaporkan membuat kenyataan merendah-rendahan tahap pendidikan Saari pada satu sidang media hujung bulan lalu. Saari dalam kenyataannya melalui akhbar Mingguan mStar baru-baru ini berkata, Ajai tidak sewajarnya membuat kenyataan itu kerana ia benar-benar telah mengguris hatinya.

“Siapa Ajai hendak merendah-rendahkan saya? Dia pun popular disebabkan saya yang menaikkan namanya bersama Exist dulu. Tahu atau tidak lirik lagu Untukmu Ibu siapa yang tulis kalau bukan saya?” soal Saari.
Dalam sidang akhbar anjuran Astro, Ajai dikatakan mengambil contoh Saari Amri berjaya sebagai seorang komposer tetapi dia tidak mempunyai pendidikan khusus dalam bidang muzik. Saari yang hanya berkelulusan peringkat sekolah rendah dan pernah bekerja sebagai buruh binaan berkata, walaupun tidak belajar tinggi tetapi dia berjaya menghasilkan album yang pernah mencecah jualan ratusan ribu unit. Antaranya Kumpulan Ukays, Slam, Ziana Zain, Nicky Ardilla dan beberapa artis popular lain. Malah kata Saari, penyanyi Andy Lau juga pernah mengundangnya ke Hong Kong selama dua minggu suatu ketika dahulu semata-mata untuk melatihnya menjadi seorang penyanyi.

“Bukan saya nak bangga diri. Tengoklah orang yang tak ada pendidikan tinggi macam saya pun mendapat pengiktirafan daripada penyanyi luar,” ujarnya.
Tambah Saari lagi, Ajai boleh memberi contoh dalam sidang media itu tetapi seelok-eloknya janganlah menyebut nama individu tertentu kerana ia kelihatan agak kurang cerdik.

Kata Saari, Ajai perlu melihat juga dirinya apabila dia sering kali mendapat reaksi negatif daripada peminat setiap kali memberi komen yang pedas apabila diundang menjadi juri dalam sesebuah rancangan realiti.
“Kalau dia bagi komen bukan main ‘laser’ lagi mulut dia. Ramai juga orang tak suka. Jadi faham-faham sajalah. Saya anggap dia macam budak kecil,” kata Saari.
Sementara itu Ajai dalam kenyataannya itu tidak bermaksud untuk memperlekehkan Saari.
“Niat saya baik iaitu ingin memberi penghormatan kepada Saari. Tetapi mungkin ada sedikit salah faham. Apa-apa pun saya lebih senang untuk meminta maaf daripadanya,” kata Ajai yang tidak mahu perkara itu berpanjangan.

Liza, isteri ajai selamat lahirkan anak

Sabtu, 24 April 2010

Pada hari Jumaat yang mulia kelmarin (23/4), jutaan tahniah diucapkan kepada komposer dan penyanyi Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas, 35, kerana isterinya, Norliza Mohamad Ilias, 37, selamat melahirkan bayi perempuan yang comel, petang Khamis. Syukur alhamdulillah kerana Liza melahirkan bayi itu secara normal yang diberi nama Danisha dengan berat 2.9 kilogram, jam 5.10 petang di Pusat Perubatan Roopi, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Difahamkan Ajai yang sentiasa berada di sisi Liza sejak awal pagi, memaklumkan bayinya dilahirkan dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan pakar perubatan. Begitupun dia amat bersyukur kepada Allah kerana anak perempuan keduanya itu dilahirkan dengan selamat dan sihat. Ajai mahupun Liza, jelas terlalu gembira. .

Pasangan berkenaan berkahwin dengan meriah di Pulau Pinang, Ogos 2008. Sebelum ini Ajai mempunyai seorang anak perempuan, Ayu Nazirah yang kini berusia 11 tahun hasil perkahwinan pertama bersama penyanyi seksi, Nurul Wahab. Semoga rezeki Ajai dan Liza akan bertambah makmur selepas ini. -hMetro

Sekitar Majlis Pernikahan Ajai Liza

Ahad, 16 Ogos 2009

Komposer dan penyanyi, Ajai atau nama sebenarnya Faizal Maas, kelmarin (16/8) selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya Norliza Ilyas, yang merupakan bekas pegawai kanan Maestro Talent Management. Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Rujuk-Nikah Pejabat Agama Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Ustaz Hj Mansur dengan hanya sekali lafaz dari Ajai, kira-kira pukul 11 pagi di Masjid Negeri Pulau Pinang.

Mas kahwin bagi perkahwinan mereka adalah sebanyak RM 1001 manakala jumlah wang hantaran pula adalah RM 15 ribu. Pihak lelaki menghantar tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada mas kahwin, sebentuk cincin, sepasang kasut, sebuah beg tangan, satu set solekan, kek dan juga tepak sireh. Manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran yang terdiri daripada senaskhah al-Quran, sebentuk cincin, satu set tali pinggang dan dompet, satu set pakaian, sepasang kasut, kek yang dihiasi dengan nota muzik, tepak sireh, satu set wangian dan sebuah telefon bimbit jenis Blackberry. -mStar

Ajai Akhiri Zaman Duda

Rabu, 5 Ogos 2009

Penyanyi dan komposer popular Ajai dan Liza Ilias akhirnya bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 15 Ogos ini. Mereka sudah mula mengedarkan kad undangan kepada rakan media dan jemputan lain. Majlis pernikahan akan diadakan di Masjid Negeri, Pulau Pinang pada pukul 10.30 pagi dan diikuti jamuan doa selamat di rumah keluarga Liza atau nama sebenarnya Norliza Ilias bertempat di Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang. (orang penang tue)

Ia sekali gus mematikan gosip liar yang mengaitkan Ajai atau nama Mohd. Faizal Maas) dengan wanita lain selama ini. Mereka sudah lama mengakui hubungan mesra malah pernah merancang bernikah tahun lalu, namun kesibukan masing-masing membuatkan mereka gagal mencari tarikh yang sesuai. Inilah perkahwinan pertama Liza manakala Ajai pernah berkahwn dengan penyanyi Nurul dan memiliki soorang anak, Ayu Nazirah. -ManggaOnline

Nurul Lancar Album Mini

Jumaat, 10 Julai 2009

Semasa awal kemunculan dulu Nurul dikenali sebagai penyanyi pop yang memilih lagu bernada tinggi. Selepas itu apabila bertemu Ajai sebagai penerbit dan menjadi suami selepas itu nada lagu-lagu Nurul lebih berbau pop yang bersentuhan R&B. Sekarang Nurul akan muncul dengan album terbarunya yang mana album ini bukan album single nya (walaupun statusnya yang kini single), namun berkonsep mini yakni album mini. Apa ini album mini, kata Nurul, album ini memuatkan lagu yang hanya diputarkan di stesen radio sahaja. (alahai, ingatkan album mini untuk orang kenit, negh3.)

Ogos Pernikahan Ajai dan Liza

Khamis, 18 Jun 2009

Sesudah sekian lama menduda akbat dek berpisah dengan Nurul, komposer Ajai atau Faizal Maas akhirnya mengakui bahawa dia akan mengahwini kekasihnya, Liza Ilyas, pada bulan Ogos 2009 ini.

Di kalangan warga industri hiburan, ramai mengenali Liza sebagai bekas orang kuat Warner Music Malaysia yang kemudian beralih kepada Maestro Talent & Management. Kini Liza bertugas dengan syarikat Ajai, Wake The Baby Records.

Ajai meluahkan pengakuan itu ketika ditemui menjayakan rakaman klip video lagu Liyana Jasmay, Aku Tak Percaya Cinta di Universiti Multimedia, Cyberjaya, petang semalam.

"Memang betul. Saya memang benar-benar serius mahu berkahwin dengan Liza. Sudah 4 tahun saya hidup menduda, dan saya rasa sudah penat. Umur saya pun makin lama bukan semakin muda. Jadi rasanya, inilah masa yang cukup sesuai untuk saya menamatkan zaman duda saya," kata Ajai.
Menurut Ajai lagi, segala persiapan perkahwinan yang perlu sudah pun dibuat tetapi majlisnya akan dilakukan secara sederhana sahaja di kediaman datuk Liza di Pulau Pinang.

"Saya dan Liza sudah rancang untuk buat kenduri kecil-kecilan saja di rumah datuk Liza di Penang. Ia hanya akan dihadiri keluarga serta rakan-rakan terdekat. Ketika ini memang jadual kerja saya sungguh padat tapi, saya akan tetap luangkan masa yang sesuai untuk hari bahagia itu.
"Kalau boleh kami mahu berkahwin sebelum kedatangan bulan puasa nanti. Apapun keputusan saya untuk berkahwin dengan Liza ini adalah yang terbaik untuk anak perempuan saya, Ayu (hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama Nurul," jelasnya lagi. -Murai