Pada:
Sabtu, 13 Jun 2009
Ada someone ni kebetulan ada dalam pesawat yang sama dinaiki oleh mereka ke Perth, Australia. Benarlah memang Nabil ada penggambaran program TV di sana. Eh! Irma ikut sama ke? Emmm... Lu Pikirlah Sendiri.

"Saya ada nampak Nabil dan Irma dalam kapal terbang tu. Mereka duduk di tempat duduk belakang. Agaknya nakkan privasi lah tu. Nabil tu pakai baju yang siap ada tutup kepala dan pakai kaca mata hitam. Agaknya tak mahu dikenali lah tu gamaknya.
"Kat dalam kapal terbang tu ramai orang Malaysia, tutup macam mana pun orang akan kenal juga, diakan artis popular," kata kawan Mangga Muda yang menghubungi Mangga Muda.Apabila dah nampak mereka duduk berdua, someone tu pun usha-usha lah mereka. Ada juga ternampak aksi manja Irma yang baring di riba Nabil. Yalah penat agaknya sebab perjalanan ke Perth tu makan masa berjam jam lamanya.
Someone tu tak tahupun Nabil ada penggambaran di sana, yalah manalah orang kenal krew production kan. Pada hakikat sebenarnya, Nabil ke sana memang untuk tujuan penggambaran program TV.
Nabil... Nabil... ada ada saja ya. Kalau ya pun nak bermanja, janganlah tunjukkan depan orang. Nanti apa pula tanggapan orang. Kalau dah di depan orang boleh beraksi macam tu, apa pula agaknya yang boleh berlaku kalau mereka hanya berdua sahaja. Kan dah boleh menimbulkan syak yang tak baik tu. -ManggaOnline
Tag : Gossip Artis , Nabil

