Pada:
Ahad, 14 Jun 2009

"Kalau ada persembahan pula, saya dan rakan-rakan akan berlatih setiap hari termasuk memikirkan teknik-teknik tarian," katanya.Stacy kini sedang menyiapkan klip video lagu Pakai Buang yang ditulis oleh Edry KRU.
Stacy dan Adam juga bakal berduet dalam sebuah lagu untuk album runut bunyi filem My Spy, juga terbitan KRU.
Dia yang merupakan juara Akademi Fantasi musim keenam lega dengan kemunculan album perdananya, Aku Stacy. Album sulungnya itu menampilkan tujuh buah lagu dengan lima daripadanya adalah lagu baru. Antara komposer yang terlibat adalah Audi Mok, Kieran Kueak dan Edry KRU.Album itu telah dilancarkan oleh Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok di Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Mac lalu.

Tenaga di pentas akan terhasil apabila saya sangat bersemangat. Ia berlaku secara semula jadi terutama bila kita menyukai apa yang kita buat. Di atas pentas, saya rasa diri saya seakan Diva dan akan membuat persembahan dengan penuh semangat. Saya mahu penonton terpegun melihat saya. -Kosmo
Tag : Berita Artis , Stacy

