Diana Danielle Cinta Baru Farid Kamil?

Pada: Rabu, 10 Jun 2009
Wah apa kes ni, Diana Danielle bercinta dengan Farid Kamil. Biar betik. Kononnya Diana Danielle menganggap Farid sebagai kawan biasa sahaja. Namun lama kelamaan, DD sepertinya tidak boleh menafikan lagi. Yang kes Farid dengan Lisa Surihani tu tiada kesudahan episodnya, tidak tahu penulis ending hubungan mereka berdua. Namun yang sekarang DD merupakan cinta baru Farid Kamil. Ikuti kata Diana Danielle nie..

"Memang perkara itu betul...saya tak nafikan dan sebenarnya saya memang tidak jangka langsung. Tapi, saya tak mahu ulas lebih-lebih tentang perkara ini, ye. Cukup-cukuplah apa yang saya belajar menerusi pengalaman yang lalu.

"Kita bercakap tentang perkara lain sajalah," tutur Diana sambil cuba mengalih topik.
"Itu saja yang boleh saya cakap. Farid adalah lelaki yang baik. Dia seorang yang 'cool', itulah yang membuatkan saya cukup kagum dengannya," kata Diana yang terus enggan berbicara tentang hal itu selepas ditemui ketika berakhirnya pengalamannya di PLKN pada 7 Jun lalu. -mStar

Tag : ,