Engku Aleesya akan Berlakon?

Pada: Rabu, 10 Jun 2009
Sebelum ini penerbit drama Mertua VS Menantu menawarkan anak Erra sendiri berlakon sebagai anaknya dalam musim baru yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi. Alasan penerbit, David Teo, Erra boleh menjaga anaknya sendiri semasa di lokasi.

"Tidak... Aleesya tak akan berlakon dalam drama itu, untuk watak bayi kita boleh ambil budak mana-mana pun. Semasa penggambaran Gugu Gaga Erra saya timbul rasa kasihan melihat Aleesya yang sangat kecil untuk di bawa ke set," jelas Erra.
Sebagai ibu bapa Erra dan suami mahukan anaknya membesar sebagaimana kanak-kanak lain yang jauh daripada dunia yang dilaluinya.

Erra mahu anaknya menjadi seorang yang boleh dibanggakan dalam pelajaran apabila membesar nanti.

Semasa wartawan ditanyakan soalan pasal membawa anak berlakon kepada Erra, Aleesya yang diam tiba-tiba bersuara kuat macam budak-budak tidak menyukainya.

"Kan dia dah bersuara tu," kata Erra berseloroh. -ManggaOnline

Tag : ,