Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Inilah dia gambar suami Cheryl Samad
Isnin, 9 Mei 2011
Nah betullah kan kalau Cheryl Samad dah bernikah baru-baru ni. Dan pernikahan itu telah pun diadakan dengan penuh sukses dan serba sederhana di Holiday Villa, SJ. Nama suami Cheryl tu adalah Ng Ping Ho yang berusia 8 tahun lebih tua daripada Cheryl. Oh kiranya muallaf lah ni. Nah baguslah, lepasni Cheryl kena bimbing suami mengenali Islam. Dan yang menjadi persoalan hebat disini, kenapa perkahwinan yang serba indah itu dirahsiakn daripada umum, apatahlagi wartawan dengarnya turut tidak diberikan kad kahwin.... Zzz.. Cheryl pasti ada jawapannya... -gambar Utusan
Cheryl Samad sudah berkahwin?
Khamis, 5 Mei 2011
Heboh sekarang ni mengenai pengacara kecil molek, Cheryl Samad dah berkahwin. Memang agak mengemparkan sebab tiada ura-ura dari umpunya badan sendiri sebelum ni. Tak tahulah benar atau tidak cerita ni, sebab ramai blogger gosip dah uwar-uwarkannya. Yang paling tidak disangka, Cheryl berkahwin dengan orang yang mempunyai keturunan Cina.
Berita perkahwinan mereka ini dikatakan hanya senyap-senyap sahaja, maknanya hanya keluarga terdekat sahaja. Perkahwinan yang dikatakan berlangsung pada hari Ahad yang lalu itu diadakan di Holiday Villa, Subang. Hai, kita tunggu dan lihat sahaja lah apa komen empunya badan. Ya la, takkanlah pokok boleh bergoyang jika takde angin, mungkin hantu kak limah kot yang kasih goyang.. haha..

Cheryl Samad bercinta dengan Mat Salleh?
Khamis, 18 Jun 2009
Adakah memang sudah menjadi prinsip hidup Cheryl yang tidak mahu berkongsi tentang cerita cintanya kepada umum atau sememangnya Cheryl yang memiliki nama penuh Cheryl Marina Samad ini seorang yang cukup memilih dalam soal teman hidup?

Namun Cheryl tidak berahsia tentang hubungan cintanya dan memberitahu dia kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki berbangsa asing yang sudah dikenalinya sejak tujuh tahun yang lalu.
Biarpun sudah lama mengenali antara satu sama lain, jelas Cheryl, cinta hanya terbit dalam diri masing-masing sejak setahun yang lalu dan mengakui cukup selesa berdampingan dengan jejaka yang lima tahun lebih tua daripadanya itu. -Utusan

"Sebaik sahaja saya menjejakkan kaki dalam bidang seni, cinta dan kehidupan saya di sebalik nama Cheryl Samad adalah sesuatu yang cukup peribadi.
"Hakikatnya, saya lebih suka untuk membicarakan tentang kerjaya. Tetapi, saya sedar sebagai seorang selebriti perkara itu memang tidak dapat dielakkan.

"Apa yang pasti, saya akan bercerita tentang perkara tersebut (cinta) apabila saya benar-benar bersedia dan percaya hubungan itu sudah mampu untuk dibawa ke peringkat seterusnya," ujar graduan Universiti Malaya, Kuala Lumpur kelulusan dalam bidang undang-undang.