Syamsul Yusof dan Zed Zaidi Bergaduh

Pada: Isnin, 25 Mei 2009
Aktor popular, Zed Zaidi 'membelasah' pengarah muda, Syamsul Datuk Yusof Haslam di laman blog! Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba saja Zed meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Syamsul dengan melabelnya sebagai seorang yang 'pra tak matang' dan 'muka nak minta penumbuk'!

Menerusi zedzaidi.blogspot.com, Zed mendakwa dia pernah ada 'kes' dengan Syamsul suatu ketika dulu. Selain itu, dia juga menganggap Skop Productions masih relevan tanpa Syamsul.

Justeru, Syamsul hadir di Balai Berita, petang Isnin lalu untuk melahirkan rasa kecewanya terhadap Zed apabila menganggap pelakon yang pernah bekerja dengannya dalam drama bersiri Sembilu dan Sembilu Kasih itu umpama 'kawan makan kawan'! Tambah Syamsul, mereka tidak pernah ada masalah sebelum ini dan dia tidak faham, kenapa Zed sanggup berbuat begitu di laman blognya.

"AWALNYA saya sendiri tak tahu Zed ada menulis dalam blognya mengenai saya.Sehinggalah ada seorang wartawan menghubungi saya dan bertanya, samaada saya ada masalah dengannya atau tidak, barulah saya dimaklumkan mengenai perkara itu. Apabila saya sendiri membaca blog berkenaan,memang terkejut, bukan saya saja yang dia kutuk, tapi termasuklah Mawi!
Bagi saya, ini satu perbuatan yang melampau! Saya tak adaapa-apa masalah dengan Zed, tapi kenapa dia buat macam tu? Blog itu ditulis berdasarkan perjumpaan saya dan Zed pada malam Anugerah BintangPopular Berita Harian (ABPBH) 2008 pada 12 April lalu. Saya berkawandengan semua orang termasuklah Zed. Dalam blog itu pun, Zed ada tulis,saya menegurnya pada malam ABPBH2008 dengan cara baik.
Selepas itu aku berjalan lagi, jumpa pula si Syamsul Yusof Haslam. Ni seorang lagi Mamat yang aku tak berkenan dengan perangai yang 'pra tak matang'. Buat orang kalau tengok muka dia memang ‘muka nak minta penumbuk!’ (Syamsul membacakan sebahagian petikan blog berkenaan). Ooh, geramnya saya!
Nasib baiklah dia jumpa aku kat ABPBH2008, dia tak kurang ajar! (Syamsul membacakan sebahagian lagi blog berkenaan) Apa hal saya nak kurang ajar pula? Bagi saya, Zed ada isu dengan dirinya sendiri! Kalau dia kata ini satu kritikan, saya tak setuju, ini bukan kritikan! Saya bukannya jenis orang yang tak boleh terima kritikan, saya berfikiran terbuka.
Biasalah, dalam kita melayari kehidupan, bukan semua orang suka dengan kita, ada juga yang tak suka. Saya anggap, kalau ada orang yang tak suka dengan saya, itu lumrah. Yang jadi masalahnya sekarang,Zed dah tulis macam-macam mengenai saya dalam blog dan dia tahu, blog semua orang boleh baca. Tuan empunya badan seperti saya dan Mawi akan baca, jadi bagi saya, Zed seolah-olah mencabar saya!
Zed nak tengok apa yang kami boleh buat. Ada yang bertanya,kenapa Zed kutuk artis dalam blog sendiri, dia boleh kata, peduli apa,ini blog dia, suka hati dialah! Perkara ini silaplah. Mengkritik tak semestinya benci, cuma menegur kesilapan orang yang buat benda takbetul (Syamsul membacakan lagi sebahagian petikan blog Zed). Apa maksud Zed?
Saya tak faham apa yang dimaksudkannya. Pertamanya, apabila dia kata mengkritik, benda tu dah tak betul. Bagi saya, ini bukan kritikan, tapi satu luahan emosi secara peribadi, apa yang dia rasa sebenarnya terhadap saya selama ini! Tapi, apabila Zed mendakwa saya 'pra tak matang', 'muka nak minta penumbuk', saya darah dah naik, dapat 'darah tinggilah'!
Zed juga dalam blognya mendakwa saya pernah ada ‘kes’ dengannya dulu. Apa 'kes' itu, tanyalah dia sendiri. Bagi saya,sepanjang mengenalinya, saya tak pernah ada apa-apa masalah dengannya.Kami pernah bekerjasama ketika saya mengarah drama bersiri Sembilu dan Sembilu Kasih suatu ketika dulu. Lama saya bekerja dengannya, adalah dalam dua, tiga tahun. Kami bekerja dan berkawan.
Kalau Zed kata saya ada 'kes' dengan dia, saya tak nampak,apa 'kes' yang dimaksudkannya. Sebagai pengarah drama, saya pernah memarahinya di lokasi, tapi bagi saya, itu perkara biasa. Kami kadang-kadang berlainan pendapat, itu biasa, tapi bukan kepada Zed seorang saja, artis lain pun, kalau tak betul, saya tegur, marah. Dalam kita bekerja, benda tu adat, kita harus profesional. Yang penting kerjajalan, di luar set, kita kawan! -Tambah Syamsul dengan nada yang tegas -Bharian

Tag : ,