Pada:
Isnin, 25 Mei 2009
Sekuat mana pun penafian mereka, jelas perkembangan terbaru ini seakan mengiakan desas-desus yang sudah bertiupan sejak beberapa tahun ini tentang perhubungan antara pendakwah bebas dan penyanyi itu.
Dalam akhbar Harian Metro kelmarin (24/5), Maizawati yang telah selama ini mendiamkan diri, akhirnya tampil ke depan untuk mengumumkan perpisahannya dari Akhil dan kes perceraian mereka akan dibicarakan pada 2 Jun ini.
Katanya, jodoh diantara mereka sudah tiada dan dirasakan apa yang berlaku atas ketentuan Allah SWT dan untuk kebaikan mereka bersama.“Saya tidak salahkan dia. Saya reda kerana saya anggap apa yang berlaku sebagai mainan dunia semata-mata. Cinta kita cinta kepada Allah. Setiap perkara yang berlaku ada qada’ dan qadarnya.
“Tiba masanya saya tampil memberi penjelasan supaya masyarakat memahami apa yang berlaku. Tiada langsung niat untuk memburukkan sesiapa. Mungkin ada hikmahnya selepas ini,” jelas Maizawati yang turut memberitahu dia percaya bila diberitahu Akhil tidak berkahwin dengan Waheeda.Selain itu Waheeda enggan membuat ulasan mengenai hal ini.
"Saya tidak mahu komen apa-apa," luah penyanyi popular Waheeda.
Tag : Akhil Hayy , Berita Artis

