Pada:
Selasa, 19 Mei 2009
Bagaimanapun, dah hampir berbulan lamanya, projek tersebut macam tak kedengaran lagi. Tak tahulah sama ada akan menjadi atau dah terbantut sebab kegawatan ekonomi.
Terdengar cerita Faizal yang popular dengan lagu Datanglah, baru-baru ini telah melalui peristiwa seram dikejar hantu momok! Sampai trauma dibuatnya Faizal dan ia berlaku ketika dia pulang ke kampungnya.Rupanya ia berlaku dalam filem Momok The Movie arahan M Jamil. Jangan main-main, dalam filem itu Faizal pegang watak utama dan berlakon di sisi pelawak veteran Dato' Aziz Sattar dan Nabil Raja Lawak.
Baguslah tu. Tentunya peminat Faizal akan gembira mendengar perkembangan penyanyi dari Terengganu ini. Khabarnya selepas filem hantu lawak itu, dia muncul pula dalam sebuah filem bercorak percintaan romantis pula. Wah, makin aktif berlakon nampaknya Faizal. Mungkin dia akan menjadi juara AF yang berjaya sebagai pelakon berbanding penyanyi atau mungkin kedua-duanya. -Murai
Tag : Akademi Fantasia , Faizal AF4

