Pada:
Selasa, 19 Mei 2009
Bagaimanapun, pada malam kemuncak itu Khiriah tidak menghadirkan diri untuk menerima anugerah tersebut. Ketidakhadirannya itu bukanlah disengajakan, tetapi ketika itu Khiriah tidak sihat dan doktor menasihatkan untuk berehat di rumah.

“Saya bukan sengaja tidak mahu hadir tetapi ketika itu saya memang tidak sihat. Doktor yang nasihatkan saya supaya berehat di rumah sahaja. Sedangkan segala persiapan untuk ke Genting Highlands telah pun saya siapkan. Memanglah terkilan kerana tidak dapat pergi, tetapi kandungan saya perlu diutamakan,” ujar pelakon ini sewaktu ditemui di majlis penyampaian hadiah ABPBH08 baru-baru ini.
Khiriah kini sudah pun berbadan dua. Kandungannya berusia tiga bulan. Ini merupakan kehamilan kedua Khiriah. Sebelum ini dia pernah keguguran kira-kira dua tahun lalu.-Gua
Tag : Berita Artis , Noor Khiriah

