Sarimah Ibrahim Merajuk Tinggalkan Diari AF

Pada: Khamis, 2 April 2009
AF7 sekarang makin hari atau makin setiap minggu makin panas dengan gosip dek jurinya mahupun pesertanya. Namun lain pula dengan kes mengenai pengacara Diari AF7, Sarimah Ibrahim yang enggan lagi mengacarakan program harian (setiap Isnin - Jumaat) itu.

Kejadian ini berlaku (1/4) apabila Sarimah menghantar SMS kepada Penerbit Eksekutif AF7, Sooraj Nair, ketika mesyuarat mingguan AF berlangsung di Pusat Penyiaran Asia (ABC) petang semalamnya juga.Sooraj pun naik panik dah. Ia terus membuatkan Sooraj meninggalkan mesyuarat itu buat seketika untuk mendapatkan penjelasan daripada Sarimah tentang perkara yang mengejutkan itu.

"April Fool.....!" demikian jerit Sarimah sebaik sahaja mendengar suara penerbit berkenaan di telefon.


Hai, begitulah nakalnya Sarimah yang berjaya mengenakan Sooraj sempena April Fool semalam, iaitu 1 April. Apabila Sooraj kembali semula ke mesyuarat itu, dia terus ketawa dan menggelengkan kepala. Itulah antara mangsa April Fool Sarimah Ibrahim.

-Ehsan Murai-

Tag : ,