Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Engku Aleesya edisi tahun baharu (10 gambar)

Sabtu, 17 Januari 2015


Ini adalah gambar sepanjang bulan Januari buat Engku Aleesya anak kepada Erra Fazira dan Engku Emran. Walaupun kedua-duanya sudah bercerai, namun Engku Aleesya sangat gembira disamping kedua-duanya.

Gambar diambil melalui kedua-dua instagram milik Erra dan Emran. :)

Nurul selamat bersalin, bayi berjantina..

Nurul Wahab selamat melahirkan anak ke-2 hasil perkahwinannya dengan Eric Daniel Depp 15 Januari yang lalu. Bayi lelaki yang diberi gelaran Baby R.

R dilahirkan secara pembedahan di Pusat Perubatan Prince Court, jam 4.43 petang.
“Keadaan saya dan anak kedua okey. Cuma bayi dilahirkan tak cukup bulan maka dia dipantau dan diletakkan di dalam inkubator. Saya dinasihatkan berehat dan dilarang menerima pelawat lagi buat masa ini,” -Nurul

Seksinya Nur Fazura (6 gambar)

Jumaat, 16 Januari 2015



Nur Fazur telah mencipta sejarah sebagai Bintang Miniseries Malaysia E! dan program ini telah dilancarkan di seluruh Asia pada Ahad, 14 December lalu. Baru-baru ini Fazura tampil cantik untuk temubual pertama beliau.

Siri ini menampilkan kehidupan Fazura yang belum pernah ditampilkan dalam mana-mana episod kehidupannya secara live.

Sepanjang siri ini, penonton akan disajikan dengan lebih mendalam dan unscripted. -gambar http://ohmy-gummy.blogspot.com

Fauziah Latif nak kahwin lagi (3 gambar)

Inilah wajah terkini Fuziah Latif atau Kak Gee panggilan popularnya, masih mengekalkan awet mudanya gitu. Namun pun begitu, Fauziah dikatakan akan berkahwin lagi, betul ke. ini jawapannya.

Apa yang tak kena dengan gambar pelakon ni?


Hakhak. Viral betul la sapa-sapa buat benda macam ni. Nak popular laju sangat kat laman sosial.

Diana Rafah, Zamarul Hisham bakal bercerai..

Perjalanan rumahtangga Diana Rafar dengan Zamarul Hisham terjawab semalam apabila satu sumber yang memetik portal Bharian dimana Diana telah memfailkan perceraian terhadap Zamarul di mahkamah Syariah Shah Alam.

Menurut fakta, mereka berkahwin pada 16 Mei 2009 yang lalu dan dikurniakan seorang anak lelaki, Kashfi Haikal berusia lima tahun.
"Ya, saya sudah memfailkan perceraian sekitar jam 1 tengah hari tadi. Bagaimanapun saya tidak mahu mengulas lanjut punca perpisahan kami lagi buat masa ini. Saya reda dengan apa yang terjadi,"

"Di sebalik dugaan hidup yang saya lalui termasuk kisah rumah tangga yang sering menjadi buruan, saya sedar ini semua ujian Tuhan untuk saya jadi lebih kuat. Saya barangkali gembira dengan perniagaan dan kerjaya, tapi ada yang bagaikan tidak lengkap.

"Seperti kosong. Saya sendiri tertanya apa yang bermain di fikiran itu. Dan tanpa diduga saya tergerak hati untuk bertudung. Malah sebelum itu, saya jadi macam malas dan segan nak keluar rumah.

"Saya bermula dengan mengenakan selendang dan rasa yakin diri untuk keluar rumah. Keesokan harinya, saya tanggalkan kembali selendang itu jadi janggal. Kemudian saya nekad mengambil tudung. Saya sedar kebahagiaan yang ditarik itu diganti dengan cara sebegini," -Diana

Sekitar akikah anak Johan, Ozlyn (10 gambar)

Khamis, 15 Januari 2015

Baru-baru ini Johan dan isterinya, Ozlyn telah mengadakan satu majlis akikah untuk anak kesayangan mereka Nur Latifah Chantiq Hanania. Majlis berlangsung di Villa Casa Heliconia dengan dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain.

Black timang cahaya mata sulung!

Tahniah buat Black dan isterinya, Cira yang selamat menimang anak sulung mereka pada 13 Januari lalu jam 8 malam secara normal.

Bayi berkenaan seberat 2.09kg. Black turut berkongsikan pengalaman pertama bersama-sama isterinya ketika dia nak bersalin di wad.
"Air ketuban isteri saya pecah awal kerana terkena jangkitan. Dia sakit dalam dua hari juga. Selepas dua hari, petang semalam barulah rahimnya terbuka. Ketika lahir anak saya tidak menangis dan memberikan respon walaupun ditepuk. Hampir 10 minit jugalah doktor yang bertugas berusaha. Ketika itu, saya rasa sangat resah dan 10 minit kemudian barulah terdengar tangisannya. Saya tergamam hingga tidak mampu berkata apa-apa.

"Saya rasa terlalu teruja sehinggakan tidak berselera untuk makan. Manakan tidaknya, sekejap-sekejap saya akan menjenguk isteri, sekejap-sekejap saya akan menjenguk anak," -Black petikan MediaHiburan

punca Zizan-Emma dah berbaik

Adakah ini lakonan semata-mata untuk meningkatkan populariti? atau memang benar-benar berlaku? hanya mereka dan Allah sahaja yang mengetahuinya. Begitulah episod cinta Zizan Razak dengan Emma Maeombong yang dikhabarkan sudah bertaut kembali setelah beberapa hari putus cinta.

Namun bagi Zizan yang memetik portal mStar semalam, dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai hal itu, hanya mahu korang berdoa agar mereka boleh kahwin kelak.
"Saya tidak mahu kongsi tentang perkara itu kerana bagi saya ia sudah selesai, kami sudah kembali bersama dan ia tidak perlu diperbesarkan lagi.

"Saya hanya harap yang terbaik dan minta semua peminat mendoakan kami. Sekarang masa saya untuk beri perhatian kepada kerjaya," -Zizan

Lisa Surihani dah mengandung?

Dengar khabar yang Lisa Surihani kini dah hamil. Biar betul, satu berita yang mengejutkan. Tapi itu semua di dalam sebuah telefilem Astro berjudul Suamiku Encik Perfect 10!.

Lisa berlakon sebagai Aleeya Azmeen yang difahamkan tengah mengandung. Kita doakanlah ye, lepas ni Lisa mengandung betul-betul. :)
“Saya banyak buat pemerhatian sekeliling dengan melihat orang lain yang mengandung supaya saya dapat lagi mendalami watak wanita yang mengandung. Saya juga banyak berbincang dengan pengarah untuk mengetahui apa yang dikehendaki dan disukainya dalam watak Aleeya Azmeen”

“Selain itu saya juga membesar bersama-sama dengan saudara-mara saya yang lain dan daripada situ saya melihat bagaimana mereka ketika mengandung,” -Lisa Surihani

Rozana simpan patung kemaluan lelaki emas!

Rabu, 14 Januari 2015

mStar: Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada Selasa diberitahu, isteri kepada penyanyi terkenal Awie iaitu Rozana Misbun mengamalkan amalan khurafat sepanjang sembilan tahun perkahwinan mereka.

Peguam Syarie yang mewakili Awie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memberitahu mahkamah, anak guamnya mempunyai bukti kukuh bahawa Rozana seorang pengamal perkara syirik, khurafat dan tahyul dengan penemuan beberapa barang di rumah kelamin mereka di Ukay Bestari, Ampang dekat sini.

Jelas Mohd Zaidi dihadapan Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain, anak guamnya menemui barang-barang seperti darah, rambut dan tulang yang diletakkan di dalam botol kecil selain patung kemaluan lelaki diperbuat daripada emas tulen dan patung logam Buddha.

Selain itu, turut ditemui adalah tangkal yang dibungkus dalam kain hitam dan kuning serta tali pusat bayi dan barang-barang lain dibungkus dalam kain dari warna sama.
"Anak guam saya telah menemui sebahagian barang-barang tersebut sebelum responden meninggalkan kediaman mereka dan sebahagian lagi dijumpai setelah responden meninggalkan rumah.

"Barang-barang tersebut telah disorok di bawah tilam, di dalam almari pakaian, ditanam di dalam pasu bunga dan disembunyikan dalam rak barang perhiasan di ruang tamu," katanya.
Mohd Zaidi berkata demikian pada sesi penghujahan balas dalam perbicaraan tuntutan membatalkan perintah ex-parte terhadap hak penjagaan anak yang dikemukan oleh Rozana pada 8 Ogos tahun lalu.

Perbicaraan bersambung pada Rabu dan Rozana akan dipanggil sebagai saksi. Awie turut hadir pada prosiding berkenaan dan diwakili peguam Hazman Harun dan Aimizaizul Amran. Rozana bagaimanapun tidak hadir kerana berada di Mahkamah Tinggi Syariah.

Disangka Ning Baizura rupanya Dayang Nurfaizah

Kadang kala memang ada orang akan membuat viral dengan menyalah sangka penama untuk seseorang yang terkenal itu. Bah tindakannya itu seperti di sengajakan untuk mendapatkan populariti di laman sosial.

Namun tak tahu pula tindakan Alexander Zulkarnain yang sengaja atau tidak sengaja bertanyakan soalan bonus ini . Samada dia minat suara Dayang Nurfaizah tapi tak kenal wajah Dayang.

Abby Abadi tak salahkan penyanyi Kpop berpeluk!

Isu KPop yang melibat gadis bertudung menjadi bahan panas dan kontroversi yang menjadi perbualan ramai pihak. Selebriti juga ada yang memberikan pendapat mereka mengenai hal demikian.

Namun seorang selebriti Abby Abadi telah memberikan kenyataan sepertinya tidak menyalahkan golongan orang Korea berkenaan kerana mereka bukan tahu halal dan haram serta adat Malaysia.

Ragam-ragam anak artis ke sekolah (15 gambar)

Sesi persekolahan yang bermula hari Isnin yang lalu, jom sergah mereka. Ada yang menangis ke tak..

Ini lah dia bakal tunang Hafiz Suip, akan bertunang pada...

Selasa, 13 Januari 2015

Hafiz Suip bakal bertunang dengan kekasihnya, Effy pada 27 Februari ini yang akan dilangsungkan di Hotel Pullman, Kuching, Sarawak. Sebelum itu, Hafiz sudah pun merisik Effy yang telah diadakan di rumah Effy di Kuching, Sarawak pada 21 Disember yang lalu.

Mereka merancang untuk berkahwin pada pertengahan tahun 2016 memandangkan Effy masih lagi belajar di salah sebuah IPTS tempatan.
"Saya akan melangsungkan pertunangan pada bulan hadapan. Cuma saya boleh beritahu nama gadis tersebut Effy dan berusia awal 20-an.

"Saya tidak boleh mendedahkan terlalu mendalam tentang identiti bakal tunang saya itu memandangkan perlu menjaga privasi dia kerana ketika ini dia masih belajar lagi,"

"Kalau ditanya apa yang membuatkan saya tertarik dengannya, saya lihat dia seorang yang sangat lemah-lembut dan begitu menghormati orang tua.

"Berkenaan dengan perancangan untuk berkahwin pula, saya akan tunggu bakal tunang saya itu tamat belajar dahulu yang berakhir pada pertengahan 2016," Hafiz petikan portal mStar.

Komen Hanis mengenai komen Ustaz lamaran pesong akidah

Isu lamaran yang dibuat oleh Hanis Zalikha dengan kekasihnya, Hairul Azreen beberapa hari lalu telah menimbulkan pelbagai reaksi dan komen daripada masyarakat seluruh negara.

Seorang penceramah terkenal, Ustaz Zul Hamat telah memberitahu semua pihak yang cara lamaran mereka berdua itu bertentangan dengan konsep akidah agama Islam.

Namun Hanis membalas dengan kenyataan ringkas atas kenyataan Ustaz itu di dalam laman sosial twitter miliknya sepertinya tidak berpuas hati dengan cara Ustaz itu menegur.

Puteri Balqis enggan ke sekolah sebab..

Pelakon kanak-kanak yang meningkat naik namanya, Aqish atau nama betulnya, Puteri Balqis difahamkan berhasrat tidak mahu bersekolah, bukan atas sebab popularitinya namun atas sebab pernah dibuli.

Balqis yang kini berusia 8 tahun mengakui, dia lebih selesa belajar di rumah dengan guru yang dibayar sendirinya sejak berusia 3 tahun lagi.

Panas! Riezman, Karina mahu bercerai?

Memetik portal Utusan semalam, suami isteri, pelakon Riezman Khuzaimi dan Karina Ayob telah hadir ke mahkamah syariah baru-baru ini. Dan dkhabarkan salah seorang daripada mereka telah memfailkan permohonan cerai.

Belum dipastikan kesahihan cerita ini, memandangkan kedua-duanya belum mengomen apa-apa lagi. Namun apabila melihat Instagram milik Riezman, dia ada memuatnaik gambar dan caption yang menuju ke arah itu.

15 tahun mereka mendirikan rumah tangga kalau tidak silap. Harap-harap ianya hanya gosip semata-mata, doakan mereka kekal hingga ke akhrnya.

Pesanan dari Azwan Ali kepada gadis kPop


Pesanan Abang Azwan Ali yang cukup membina dan membakar semangat peminat kPop di Malaysia. Kuikui.

Anak Liyana Jasmay edisi tahun baharu (6 gambar)

Isnin, 12 Januari 2015


Mari layan gambar anak Liyana Jasmay, Sofia Arissa edisi tahun baharu..

Baby Bump 8 bulan Almy Nadia (4 gambar)

Ini lah dia baby bump terkini Almy Nadia yang juga isteri kepada Fizz Fairuz. Mereka ditemui ketika Fizz dilantik menjadi duta untuk jenama motosikal berkuasa tinggi (GO Motoshow Malaysia) baru-baru ini.

Ikut informasi, kandungan Almy sudah masuk 8 bulan, dan dijadualkan bila-bila masa sahaja untuk bersalin. -gambar RotiKaya

Ayu selamat melahirkan anak ke-3 berjantina...

Tahniah kepada Ayu Damit yang dikhabarkan telah selamat melahirkan anak ke-3 pada pukul 11 pagi Sabtu lalu, 10 Januari 2015. Menurut portal mStar, Ayu melahirkan anak lelaki seberat 3.2 kilogram di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Namun mereka belum lagi memberitahu nama anak mereka itu kepada umum. Sebelum ini mereka dikurniakan dua cahaya mata Syed Nasrul Haikal, 5 dan Sharifah Alya Adriana, 2.